1
Komen

Poligami .. Nak ke?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Duhai Kasih Allah

Cerita kali ni mawar dapat ilham dari seorang kawan, sementara cuti masih bersisa and diri tak sibuk dengan urusan di kampus ni, senang berkongsi pengetahuan dengan kehadiran sahabat. Walau budi dan diri masih baru, tapi dari tutur kata yang dihulurkan dalam salam persahabatan amat menghargai antara satu sama lain. Insyaallah. Moga kau tetap menjadi "sahabat" :) . Credit to Encik IR 

***

Kebahagiaan Yang Dicari ATAU Kesengsaraan Yang Diimpikan ( Poligami )

Poligami is "praktik pernikahan lebih dari satu"
Monogami is "seseorang hanya memiliki satu suami atau isteri"

Allah telah berfirman dalam surah An Nisa' ayat 3 Yang bermaksud  .::.  "Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya) maka berkahwinlah wanita-wanita lain yang kamu senangi, dua tiga ATAU empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinlah seorang sahaja atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."

Ehem ehem !! Dah baca maksud dari kalam Allah ni, faham akan maknanya. Poligami tak salah jika itu terjadi dalam hidup kita, tapi mengapa kita nak marah marah jika suami minta kawin lain tanpa menceraikan kita terlebih dahulu. Jika kita isteri Pertama jangan hukum isteri Kedua !! Dia perempuan dan kita jugak perempuan, dia faham perasaan kita sebab telah dimadu kan oleh Sang Suami dan kita jugak kena memahami hati dia ( iserti ke2 ) kerana dia tak minta untuk dimadu kan. (kecuali yg jenis gedik2 dengan laki org) Percayalah akan takdir allah, sejauh mana pun kita berlari dari kenyataan ini ia tetap akan terjadi dalam hidup.

Ehh jangan salah tafsir ye, mawar bukan sokong dengan hidup berPOLIGAMI tapi mawar akur dengan kenyataan dalam ayat di atas. That's all okey, mawar tak nafi memang susah untuk berkongsi hidup, berkongsi kasih sayang, dan macam-macam lagi lah yang harus dikongsikan bila telah bermadu ( tak tersenarai dibuatnya ) kita nak kongsi barang dengan adik beradik sendiri pun agak berkira, inikan pula berkongsi hidup. right?

Bagi suami ini bones yang dia dapat di dunia, tapi belum tentu sama dengan si isteri. Bukan senang melayari bahtera bersama pasangan dan bukan mudah untuk bekorban. Rata rata suami di luar sana mempunyai keinginan nak isteri lebih dari satu, alasannya "alaa.. nanti madu ayang boleh tolong ayang buat kerja2 rumah ni, abg bukan apa.. kesian kan ayang je penat bekerja lps tu siap kan makan pakai abg lagi, itu je" . Wah wah wah bukan main murni hati si suami kalau itu lah niat utama lelaki untuk kawin lagi satu. Tapi ape kes sampai nak buka cawangan ketiga and empat?? ( ada alasan lagi ke )


Duhai Si Isteri jangan kau susah hati, dalam islam itu sendiri telah menetapkan peraturan dan disiplinnya. Soal berlaku baik dan adil kepada isteri, bukan sahaja diwajibkan untuk mereka yang berPOLOGAMI sahaja, bahkan kepada sesiapa sahaja yang berMONOGAMI juga wajib melakukan kebaikan & keadilan kepada Si isteri. Kalau Si suami cuai dalam berpoligami bukan beerti puligami itu buruk, cuma sikap perlaksananya itu yang salah. Ramai juga yang monogami tapi tetap Menzalimi isteri, tak bertanggungjawab terhadap keluarga, dll..

Kepada Encik encik di luar sana, sila jangan salah guna kuasa yang ada di tangan anda.. Kerana setiap apa yang anda lakukan di dunia akan dihitung di akhirat kelak.. ;) okeyh .


TingTongTingTong :: Daripada biar Si Suami ada perempuan simpanan >_<


Link blog sahabat