8
Komen

Tinta Akhir Menutup Tirai


Sedetik waktu .. Cuma tinggal sedetik. Sebelum kita buang kalender hari ini jauh dari pandangan dan menggantikan kalender yang baru menjadi tatapan untuk masa yang akan datang. Yakin kah akan ada masa "akan datang" untuk kita..untuk aku kembali membetulkan langkah yang terpesong..untuk aku melaksanakan apa yang tak terlaksana.. untuk aku ... untuk aku ... dan yakin kah kamu akan ada masa untuk lakukan sesuatu di masa akan datang?

Bukan soal azam yang terlaksana atau tidak, bukan soal duit tolak tambahnya, bukan juga soal pertambahan umur semata mata, tapi kini aku persoalkan sejauh mana aku mampu mengubah warna hati yang kelam kepada yang cerah. Berjayakah aku.

Pejam mata. =.=
Fikir sejenak.
Jutaan saat telah ku bazirkan!



Kalau lah aku tak mampu lagi untuk berlari, berilah aku ruang masa untuk aku berjalan.. Saat aku tak mampu lagi untuk berjalan. Bukan bermakna aku putus harapan. Selagi kaki mampu menampung segalanya, aku akan cuba. Merangkak sekali pun. Tetap bergerak.

TingTongTingTong :: LEARN from yesterday. Live for today. Hope for tomorrow.


~Salam Akhir & Awal Tahun~ 




8
Komen

Kahwin + Paksa





*********
Sambungan dari Subjek hati remaja 

*********

Menebang balak di dalam hutan
balak ditebang menggunakan kapak
hati dipaksa supaya bekenan
diterima dengan jiwa bergolak


Biru :: weii...syoknya kawen!
Merah :: aku belum ready la.. tapi keluarga aku beria sangat nih suh aku kawen.

.................

Sebenarnya, perkahwinan merupakan satu perjalanan baru bagi seseorang. Bukan bermakna kahwin adalah penghujung cerita kehidupan, tapi permulaan! Jadi sebelum memulakan satu pejalanan yang berliku dan onak duri, eloklah kita persiapkan diri dengan ilmu alam rumah tangga. Siapa yang tidak bahagia bila jodohnya sudah tiba tapi jika jodohnya datang tanpa kerelaan hati, konflik mampu tercetus sebelum kamu mengorak langkah dengan lebih jauh. Percayalah.



Dalam perspektif islam sebenarnya tidak sah perkahwinan tanpa kerelaan salah seorang dari pasangan yang ingin di satukan. Islam menitik beratkan soal keamanan dan sangat membenci pada kekejaman. Paksaan bukan dari kerelaan mampu memberi tekanan kepada seseorang. 




Kadang kadang pilihan keluarga bukanlah neraka untuk kita, mungkin bagi pemikiran si anak, hak mereka dalam menentukan masa depan telah di tarik semula saat ibu dan ayah menetapkan dengan siapa seharunya si anak berkongsi kasih sehidup semati. Andai si anak sudah memiliki cinta di hati, mampukah si anak merelakan hatinya di miliki oleh orang yang asing tanpa cinta? 

Pilihan sendiri VS Pilihan orang tengah = BAHAGIA? 
Dalam mencapai kebahagiaan tidak perlu terlalu berharap atau bermimpi akan dipinang oleh putra kayangan.. Rupa paras bukan jaminan kamu kelihatan cantik sepanjang masa, kekayaan bukan tiket untuk kamu selamat dari dilanda musibah kesempitan.. Cukuplah memilih pasangan berpandukan islam.. Kita hanya mampu merancang dan berusaha.. Allah juga Maha Merancang untuk hambaNya..


TingTongTingTong :: Jangan salahkan cinta, kerana cinta itu suci.. 
 manusia sering mengotorkan cinta dengan dosa




5
Komen

Andai Tiada Kasih


Kasih ibu berterusan hingga ke syurga..
Jangan salahkan didikan ibu bapa jika si anak masih tak seperti manusia
Bukan salah ibu yang mengandung ..

Benarkah..?

Bukankah ibu bapa yang bertanggungjawab mendidik dan mencorak si anak supaya menjadi yahudi atau nasrani? Ya. sememangnya banyak faktor luaran yang mungkin mempengaruhi si anak untuk jadi apa yang mereka mahu.

Sebelum si anak melangkah keluar, rumah merupakan sekolah terawal bagi mereka.. Ibu bapa pula guru terawal yang memdidik mereka sebelum guru di sekolah. Anak anak lebih mudah meniru dan belajar dengan apa yang mereka lihat daripada apa yang mereka dengar

Si anak sering di pukul, di lemparkan kata kata kasar, di hamun seiring gelombang nafsu bisikan syaitan ibu bapa. Dan masih mampukah si anak ini betah bertahan tinggal dalam keluarga sedemikian? Hati aku berkata "tidak". Si anak akan mudah memberontak dalam diam, dia memandang sekeliling melihat mereka yang keluar bersama keluarga, tersenyum riang. Dalam hati turut berbisik "andai aku punya rasa itu,walaupun sesaat. Aku merayu pinjam kan aku rasa bahagia itu"



Andai aku tiada kasih seorang ibu, pimpinlah aku untuk terus jadi manusia mulia di atas muka bumi ini.. Allah, tak ingin aku untuk terus gagal dalam permainan di pentas dunia.


TingTongTingTong :: (=_=")




0
Komen

Praktikal + Dadah Membunuh


Sedetik aku di sini, menagih secebis ilmu dunia.. Memahami erti kehidupan sebenar dengan insan yang bernama manusia. Aku melangkah dengan harapan agar aku pulang dengan pengetahuan yang sarat di dada, inilah pengalaman ringkas aku dalam dunia pekerjaan (Li) di Agaensi AntiDadah Kebangsaan daerah kulim. Segalanya berkaitan dadah aku selidik, aku kaji...

Ganja, Heroin, Morfin, Syabu, Inhalan, Pil Psikortropik, Ekstacy, Amp, Gam, Kodein, 
Ketamin, Eramin 5


"jangan kau menilai sesuatu kesalahan tanpa usul periksa, usah kau persalahkan mereka 
yang menjadi mangsa"

Mereka yang terlibat dengan dadah selalunya di pandang hina oleh masyarakat, malah di beri gelaran "sampah masyarakat". Tapi sebenarnya kita yang salah, salah kerana tidak memberi ruang atau peluang untuk memimpin mereka yang kini hanyut untuk kembali berhenti dari najis dadah..Malah kita terus menghina mereka sehingga mereka terus hanyut dalam dunia khayalan.

Keluarga malu mempunyai zuriat seorang penagih, jiran tetangga memandang jijik, orang kampung memulau dengan cacian. Jadi siapa yang akan menyelamatkan dan meredakan situasi macam ni? siapa...? 

Mereka juga manusia biasa yang mengimpikan kehidupan normal, rumahtangga yang bahagia, kerana mereka juga insan biasa macam kita..! saat mereka berazam untuk keluar dari kepompong hitam kata kan lah pada mereka "saya sedia membantu anda" , walau tiada sokongan keluarga dan sanak saudara cukuplah Allah bagimu kerana selain dari manusia, kamu masih punya Allah sebagai tempat perlindungan yang sebaiknya.

Sungguh, hati aku berdebar berhadapan dengan mereka yang separa sedar apabila aku menjalankan sesi kaunseling.. Namun aku gagahkan mulut ini untuk terus manis bicara sehingga aku dapat merungkai sesuatu yang aku cari dalam diri seorang penagih, benarlah sangkaan ku. Mereka ingin berubah!


Masa lalu merupakan guru terbaik untuk mendidik kita.. Siapa kita semalam tidak lagi penting, yang penting siapa kita untuk hari ini, esok dan hari-hari seterusnya. 

TingTongTingTong :: We Care We Serve







1
Komen

Saat Hati .....



Saat hati berkata "ingin" 
Namun Allah terkata "tunggu"
Saat air mata harus menitis
Allah bertaka "senyumlah"
Saat hati merasa segalanya menjadi"bosan"
Namun Allah bertaka "TERUSKAN MELANGKAH"




TingTongTingTong :: Jangan Pandang Tapak Kaki Yang Berada Di Belakang



14
Komen

Lelaki Dan Air Mata

Senyum Mesra !!


Sungguh janggal kan kalau lelaki menangis tersedu sedu..? Macam anak kecil yang merajuk bila keinginan tak di penuhi *hentak hentak kaki* tapi cOmel ! ;)

*********

Air mata mampu membasuh jiwa, yang secara tidak sengaja akan mengalir dalam situasi tertentu, sedih & gembira mampu di ungkapkan dengan air mata. Bukan wanita je yang memiliki air mata, cuma air mata seperti sebahagiaan dari cara hidup seorang wanita.

Lelaki pun makhluk yang punya perasaan, cuma cara mereka menzahirkan perasaan agak berbeza dengan wanita.. Secara jujurnya lelaki di lihat sangat "miskin" dengan perasaan berbanding perempuan.

Anggapan bahawa lelaki harus tahan perasaan mereka dalam situasi apa pun agar tidak mengalir kan air mata kerana akan di anggap lemah! kebudak budakkan! tak matang!.. Sebenarnya silap. Air mata seorang lelaki tidak ada kena mengena dengan tahap profesional mereka.


Lelaki yang menangis bukan satu hal yang janggal untuk di perkatakan, tangisan seorang lelaki bukan kerana sifat mengada ngada tapi sebaliknya lelaki ini mempunyai kehalusan dan memiliki jiwa yang luhur untuk dinilai. Mengenepikan ego demi perasaan. Bukan kah ianya satu hal yang membanggakan =)

Air mata Bukan Milik Wanita, tapi juga milik kamu yang bernama lelaki. 

Air mata lelaki mampu memberi kekuatan kepada kita, kerana setelah ia mengalir, segala yang terbuku di hati akan terungkai. Masalah mampu diredakan. Jalan keluar akan terbuka sedikit demi sedikit.


TingTongTingTong :: Hati Wanita Mampu Cair Dengan Air Matamu~


7
Komen

Subjek Hati Remaja


Wink wink .. Apa khabar si Jelita and si Jejaka? Jangan ingat mawar menyepi tanda kamu semua di lupakan. Itu tak betul sama sekali..  Segalanya bermula dari blog comot ni. Mawar mula mencari dan mengisi sesuatu yang kosong dalam kehidupan yang kian hambar...

Diam tak diam sekrang mawar dah tahun akhir untuk mengorak langkah menuju impian, dan untuk semester ni mawar belajar subjek yang di jamin mawar dengan kawan kawan lain tak kan mengantuk dalam kuliah! Haha. Untuk menarik minat atau tumpuan pelajar dalam jangka masa yang lama, memang agak susah & satu cabaran untuk semua pensyarah nak kawal macam macam ragam anak murid. kan kan kan ...?

Tapi, untuk kali ni .. Lec mawar tersangat lah beruntung, sebab classmate mawar bekobar kobar nak belajar! Yeeaahh, belajar subjek perkahwinan memang tunggu masa je berangan nak naik pelamin semuanya (+_+") ngee~ .. 

Untuk kali ni mawar buat tugasan tajuk "Kawin Paksa" nampak menarik tak? Serius mawar semangat nak kaji perihal isu kawin paksa dari sudut psikologi vs islam, sebab bagi mawar zaman sekarang tak sama dengan zaman dulu dulu. Kalau dulu dulu anak gadis tak pandai bergaul, tapi sekarang remaja lebih cenderung berkawan dan memilih pasangan hidupnya sendiri. Right? Ada jugak segelintir yang jodohnya ditentukan oleh keluarga.

Persoalannya, mampu ke bahagia bila hati tak rela? Cinta boleh berputik selepas diri bergelar isteri/suami . . . Tapi kalau sebelum tu hati sudah terisi dengan cinta Si kekasih hati macam mana pulak? *emosi*

Dan dengan rasa tak besalahnya mawar betapa dekat kedai buku berjam jam untuk cari bahan berkaitan kawin paksa, alhmdllah Allah permudahkan segala urusan ;) buku yang berkaitan semuanya lengkap huraian pasal kawin tanpa rela nih, kalau korang nak mawar terangkan pun boleh, tapi tunggu mawar rajin sikit. Haha


"Gerbang Cinta"
Khalid Abdul Rahman Al-'ikk




TingTongTingTong :: Jumpa Cik Farah Tengah Khusyuk Baca Buku!
                              Hapy Bufday Farah ~



8
Komen

Satukan Perbezaan




Kau biarkah keindahan itu terbang
Menebar sayap di segenap ruang
Andai rasa itu tak mampu di genggam
Mereka tidak akan terus kaku dan berdiam


Mampukah perbezaan disatukan
Bisakah sayang itu hilang, menjadi benci kerana manusia berbeza
Benarkah dunia ini akan tersenyum dengan adanya cahaya cinta itu
Teguhkah hati mu bertahan dengan semua perbezaan mereka
Masih utuhkah cinta di hati itu dengan dugaan yang satu

Bahagia itu sementara
Membawa sebaris sendu
Menghambat sejuta cinta




Carilah ia ..
Kerana , rasa itu tidak bersyarat
jadikan perbezaan itu satu keindahan
saling melengkapi , saling memahami
dua dunia tak mustahil untuk disatukan 






10
Komen

Terlebih @ Terkurang


Cinta


seperti membancuh kopi
jika terlebih kopinya
akan terasa pahit
tapi jika terlebih gulanya
akan membuat manusia diserang penyakit !


TingTongTingTong :: Jangan dimanjakan 




1
Komen

Mereka Berkata, Aku Mendengar

Andai dunia sepi tanpa kata, aku tak lagi mendengar bisikan suara teman teman yang ada kalanya menghiburkan hati. Tapi mengapa kali ini aku benar benar mengharapkan seolah olah dunia ini bisu tanpa kata kata?

Tahukah kamu, lidah mereka lebih berbisa dari ular, lebih tajam dar pisau, tanpa sebarang sentuhan ia mampu mematikan degepuan jantung kamu, mematahkan semangat kamu dari terus bangun! Benar, adakalanya ungkapan mereka ibarat racun.



Saat ini, aku cuba menyendiri, ruang yang agak terpencil menjadi saksi aku bermonolog sendiri memikirkan kata mereka. Sungguh aku hanya memdengar ungkapan mereka kerana aku tidak betah untuk turut serta kerana aku khuatir terlanjur kata.

Dulu, aku petah berkata kata. Hari ini tragedi itu "mematikan" aku yang dulu. Ada sesuatu yang aku belajar dari situ. Jangan mudah membongkarkan prihal diri kamu kepada seseorang. Seseorang yang mungkin baik dengan kamu kerana "sesuatu".

Maka besabarlah kamu atas apa yang mereka katakan
dan bertasbihlah dengan memuji tuhanmu
sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya
bertasbihlah pula pada waktu waktu malam dan siang
supaya kamu merasa senang. (130) Taha~


Manusia macam kita memang pandai bercakap, cetusan idea dari minda tak pernah kurang, begitu mudah menyalahkan orang lain, mengutuk orang lain, pelekehkan orang lain, merendahkan orang lain. Apa yang mereka peroleh hanya kepuasan hati, hati yang kian gelap. Hilang keindahan sinar kebaikan. Mereka tetap tidak peduli.

Maafkan aku sekiranya hati ini mudah curiga, tapi aku tetap belajar sesuatu dari kamu. Kau hancurkan kepercayaan yang aku hulurkan. Siapa pun aku, kau tak berhak berkata sebelum kau tahu akan hal yang sebenarnya.

Benar itu hak kamu untuk berbicara, namun ada perkara yang perlu kamu tahu bahawa ungkapan kamu menyakitkan hati hati yang menilai, membingitkan telinga yang mendengar. Pertimbangkanlah tindakan nuranimu ..




TingTongTingTong :: Cakap Bila Perlu ~



8
Komen

Hacker Baik Hati

Ini bukan kali pertama tapi ianya kali ke dua blog mawar di hack .. Dah macam artis pulak kan, dari 8 ~ 13 jun blog ni tak berfungsi.. Bila log in blog dapat masuk dashbord je tapi tak dapat nak view blog. Bila view je jadi macam gambar kat bawah ni


Dia kata mawar LOL ? tersentap hati ini baca tex tu, mawar pun tak faham sangat dengan dunia blogger ni, tapi yang hairannya mawar tak sedar apa salah mawar kali ni, smpai kena hack lagi ;'( .. 

Dengan rasa tak malunya, mawar pun tanya lah kat sahabat blogger yang lain macam mana nak dapat kan blog buruk mawar ni balik. Alhmdllah, masih ada yang sudi membantu.. Mawar bukak FB Hacker Yang Baik Hati ni dan terus antar privt msg, dengan harapan "Hacker pls balas msg mawar tu.." hehe.

Selang berapa minit, Hacker tu balas msg mawar, dia tanya soalan macam polis. Tapi lepas je Hacker ni tanya soalan kat mawar, terus dia reply "ok you will get it back tomorrow.leave me ur email and blog" .. Aik, senang nya?? Hehe macam tak percaya semudah abc 123 mawar dah boleh dapat blog ni semula..

Kalau korang nak tahu, dekat Sini wall fb hacker memang banyak sangat link blogger lain yang dia hack, mungkin hobi dia kot.. Sebab nama pun Hacker kan (penggodam) .. Last skali hacker ni ada tinggalkan pesanan untuk mawar, mungkin blogger lain perlu juga berhati hati lepas ni. "make this as a lesson to make your blog/email more secure when in internet.ok"  

Tips ::
- guna paswed sepanjang yang mungkin, selang selikan paswed anda dengan (abc123def456)
- jangan samakan kata laluan blog dengan fb email atau yang lain lain
- lepas je sign in blog, sila Log Out !! jangan tekan pangkah .. Wajib sign Out .
- default password? Oh please .... Jangan gunakan .. Biar susah janji selamat.
- berhati hati di jalan raya dalam menggunakan internet, kalau nak kena hack, kena jugak kan ... Huhu


TingTongTingTong :: Hacker dah jadi kawan Mawar ^_^




8
Komen

Dia Bukan Untuk Kamu..

Sejujurnya pengalaman bercinta mawar pada tahap "zero". Tapi mawar pernah ditanya oleh kawan yang baru berpisah dengan kekasihnya, "Macam mana cara nak menghadapi putus cinta?".. Mawar kata "Jangan toleh ke belakang, terus pandang ke depan je". Dia tanya lagi "Bagaimana?" .. "Lupakan sejarah lama dan bina masa depan yang baru".. 

Dan akhirnya dia faham maksud yang ingin di smpaikan, 
awak harus membina semula keyakinan diri yang telah pergi bersama kekasih hati.


Kadang kadang kita mungkin akan terserempak dengan dia buat kali kedua dan ketika itu dia bersama kekasihnya yang lain. Dan agak memeritkan bagi kawan kawan yang bercinta di sekolah, IPT yang sama atau tempat kerja yang sama dan sekarang kena menghadap mukanya di setiap waktu. Oh... sadisnya...

Aku bukan milikmu, kau juga bukan milikku. Kita ditakdirkan bersama orang lain, dan kita harus belajar terima kenyataan. Hanya yang terbaik akan mendapatkan apa yang terbaik untuk dirinya.

Anggaplah dirimu umpama sebutir belian, kau begitu cantik dimata insan yang pandai menilai dan nilai dirimu tidak semurah harga jualan di pasar malam. Satu pergi seribu yang akan mencari. Don't worry okeyh. Senyum selalu. 

Kalau orang dah tak nak kita, buat apa kita nak memaksa dia untuk suka kan kita. Hati dia sudah sukakan orang lain, itu bahagian dia. Jangan letakkan dirimu dalam jurang "mangsa cinta" , kerana cinta tidak pernah mencari mangsanya tapi cinta mencari pemiik hati yang benar benar perlukannya. 


Cinta Allah sentiasa terbuka untuk aku, kau dan kamu..


TingTongTingTong :: Manusia Bertemu dan Berpisah





9
Komen

Let's Have Some Fun (edit photo by NiL)


 Senyum Mesra !!


Sekali baca, macam tak percaya pun ada. Sebab Sis Nil tag mawar macam mawar ni tere mengedit gambar lah pulak, hahaha (gelak guling guling) ehem, back to normal. Sebagai tanda penghargaan mawar, jom tunaikan apa yang patut.

Suka edit? Klik Sini


Kalau kita keluar berjalan makan angin, mesti akan amik gambar sebagai kenangan. Kalau mawar bosan, terasa gatal tangan nak make up gambar yang mana tak cantik dimata jadi sedap mata memandang. *Oh sungguh perasan* 

Selepas                  Sebelum 

Yang ni just guna
PhotoScape

Kekadang mawar guna
Adobe photoshop
Elfin Photo
Magic Photo Editor
Photoshop.com

<< Insan Terpilih >>
Fatim



TingTongTingTong :: Tunjuk bakat korang cepat !!






6
Komen

Ladybug


 Senyum Mesra !!


 Jangan sesekali kamu menyerah jika kamu masih sanggup .. 
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal, jika kamu masih mahu mencuba ..




TingTongTingTong :: Rabu Yang Bisu




2
Komen

Simple GIVEAWAY by Ira Thira


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!


Wink wink (^_^) selamat malam "bunga" and "kumbang" .. Hehe, kali ni mawar nak join Giveaway dari blogger yang baik hati plus rajin ni. Oleh kerana mawar di tag Cik Buaya . . . So .... Senyum selalu ! (^_^.)


KLIK -->> Oner Giveaway ..

Moga ada sinar harapan dapat rezeki kali ni. 1st time ! Hehe =)

Insan Terpilih




9
Komen

Menjerit Dalam Diam


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!



Sesungguhnya orang yang besabar, tinggi darjatnya di sisi Allah .. Ujian yang diturunkan untuk hamban-Nya tidak akan melepasi kesanggupan kamu sendiri.

Selama mana hati ini mampu bertahan . . . . 



Duhai hati, sesakit mana pun kamu di pukul. Seberat mana pun fitnah menimpa diri dan cuba menjatuhkan kamu. Sedalam mana pun luka yang di lemparkan kepada kamu, sehina mana pun kamu di mata mereka. Besabarlah. Allah Maha Merasa, akan apa yang kau rasakan.


TingTongTingTong :: Bibir tersenyum, hati menagis 





4
Komen

Debaran Kian Terasa


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!




Adat bila habis exm mesti seronok sangat. Tak sempat keluar pintu dewan peperiksaan lagi, semua calun dah tersenyum lega bila masa dah tamat, hati terasa lapang, bahu terasa ringan. Otak dah menjerit girang dapat balik kampung dan habiskan masa cuti dengan senyuman

Tapi sekarang, beban makin sarat. Nadi tak reti nak berehat seiring dengan debaran di hati. Ya Allah ... moga ibuku mampu tersenyum dengan segala kemungkinan yang telah Kau tentukan.






TingTongTingTong :: Awak tak rasa bedebar ke


6
Komen

Cinta Lama Biarkan Pergi


Assalamaualaikum Dan Salam Senyum Mesra !!


Cerita basi kini berulang lagi.. Cinta satu elemen hidup yang misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama denyutan nadi seseorang, tak kira sama ada telah berusia atau masih teruna dan dara. Rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka orang yang kini bongkok tiga tidak lagi memiliki rasa cinta, jangan menyangka warga tua itu sudah kehilangan cinta.

Jauh di dalam hati, cinta terus segar dan mewangi walaupun kini kebahagiaan milik kita, ada kalanya kita masih teringat akan si dia.. Si dia dan semuanya sudah bertahun di tinggalkan jauh dari hidup kita, dia tetap terasa dekat. Terasa banyanagn senyum tawanya jelas, kita masih ingat akan suaranya, masih terdengar-dengar gurauannya. Seolah olah baru semalam berpisah !

Sesaat. kita merasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah kita dengar dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya .. Dan itu mustahil terjadi . . .

Itulah cinta, ia misteri yang manusia tak pernah berjaya merungkai jawapan dari dulu hingga sekarang. Tuhan menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Macam mana kita lari darinya, sejauh mana kita tinggalkannya, ia tetap datang dan akan terus datang. Uh ... penat aku lari jauh jauh dari cinta, tapi akhirnya datang jugak ke...?

Andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi cerita semalam, pasti aku akan lakukan yang terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi, Kehidupan yang telah pergi tidak mungkin akan berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul. kedut medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti henti, tapi cinta lama masih mekar dan segar di ingatan. 



Wahai hati, sedarlah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah. Jangan biarkan sejarah berlaku kali kedua. Esok yang bakal dihadapi harus ditempuh untuk terus menjadi insan yang cemerlang dalam kehidupan .. Chaiyook !!





4
Komen

.:: Secebis Kenangan ::.


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!





Kali ini hati terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang agak terpencil .. Membisikkan sesuatu yang mungkin indah bagi seseorang, dan mungkin juga sesuatu yang ingin di lupakan dalam hidup seseorang.. Setiap perkara yang telah berlalu atau peristiwa yang lepas, itulah kenangn .. Setiap apa yang berlaku semalam, itulah kenangan kita pada hari ini .. dan hari ini, kita bakal melakar kenangan untuk hari esok.

Perkara yang paling jauh adalah masa lampau
makin kita kejar, makin jauh ia berlari meninggalkan kita
mustahil untuk kita miliki 
menjadi mimpi dalam dunia realiti

Kenangan tetap kenangan, yang berlalu akan terus berlalu, dan mustahil untuk kita mengubah kembali .. Andai waktu dulu titik hitam masih menjalar dalam minda, menghantui tiap langkah pada hari ini, mengertilah ia sebenarnya mengajar kita erti kekuatan. Pernahkah kau bayangkan bertapa kosong dan hambarnya kehidupan tanpa warna warni kenangan silam, suatu saat nanti kau pasti tersenyum sendiri bila memikirkan masa lalu (^_^)

Kenangan ibarat kupu kupu, makin kau mengejar makin ia menghindar..
Kenangan mampu membahagiakan, tapi sering pula menyakitkan ..


Teruskan melangkah walaupun ia tidak semudah mawar menulis, tapi mawar menyeru untuk kamu tetap utuh dalam langkah walau tidak segagah dulu.. Kamu hanya ada hari ini untuk menyuci segala kekotoran di baju usangmu kerana mentari tetap bersinar di luar jendela. Untuk apa kau mengharapkan sinar mengubah takdir itu pada hari esok . Mustahil ... ianya mustahil .. aku benar benar mengharap agar kita sama sama merasai keindahan hari esok dengan senyuman ..

Namun, usah kau terpegun dengan warna gelap.. Andai kau ceria, pasti hidupmu penuh dengan wana keindahan.. Kini, coretkan kenangan terindah di usia muda untuk tatapan hati di usia tua kelak..

Penghujung lakaran, Sejarah hitam tak beerti ia melelahkan .. Tapi itulah titik titik yang membuat kita terus berhati hati pada hari ini ... esok .. dan selamanya .. Orang yang berjaya tidak menjadikan kenangn lalu sebagai penghalang untuk terus maju .. Chaiyook2 !!

Dari Mawar ... Untuk Kamu

TingTongTingTong :: Apa Kenangan Yang Korang Tak Lupa Sampai Sekarang?




2
Komen

Untuk Hati Yang Bersedih


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!


Saat kita menempuh onak duri dunia
derita sekali sekala mencuit hati
hati remuk menangis tak henti
kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati ..

Ketika itu sabar pun tidak dikenali lagi
dalam terharu ..
air mata tertumpah juga

Wahai hamba ilahi
begitulah kehidupan di dunia
kita tidak akan sesekali dapat menjangka
apa yang Allah aturkan untuk kita

adakalanya kita tersangat gembira
adakalanya kita tersangat kecewa

Namun ..
jangan risau manusia
Allah itu Tuhan kita
Tuhan Yang Maha Luas Kasih SayangNya

Percayalah ..
Allah tidak akan menduga hambaNya
kecuali untuk melihat hambanya 
tersenyum disana .. tertawa disana
berbahagia disana .. Insyaallah di syurga ..
yang mengalir dibawahnya 
sungai-sungai yang mendamaikan jiwa
Oh indahnya ...!

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah s.w.t

Wahai hamba Allah.
jangan bersedih, kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan
ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada hari esok ..

Kesedihan demi kesedihan bakal membuat anda semakin
terperuk dalam putus asa dan dunia yang luas dirasakan sempit
dan tidak lagi berguna ..

Padahal, dunia inilah kesempatan 
untuk kita dekatkan diri kepada Allah
untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah
serta bebas daripada rasa kesedihan.

Gara-gara kesedihan
air yang manis akan terasa pahit
makanan yang lazat terasa hambar
bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu..

Ingatlah tangisan terindah itu
apabila butir-butir air mata
mengalir hangat di pipi
lantaran terasa diri kita
begitu kerdil di sisi Allah
dan begitu berdosanya diri kita di sisi Allah

Wahai hamba Allah,
lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa

Senyuman yang kau berikan
dan air mata yang kau titiskan, simpan ... jadikan tauladan
segala yang kau pandang dan dengar, simpan ... buat pedoman..


hey yOu ... Think pOsitive okey =)
you don't know everything but Allah know everything

TingTongTingTong :: Don't be sad .. Allah always with you .. ^_^





6
Komen

Awak Curang


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!


1 - hati berbunga dengan hadirnya cinta

2 - bila kepercayaan dipersiakan

3 - cinta mula disingkirkan ..



TingTongTingTong :: Sentuhan pertama, cuba melukis .. hehe
2
Komen

Ingin Menyepi



Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!

Rindu akan sahabat blogger
Rindu akan lawatan jelajah dunia pemulisan
Turut rindu akan komen yang bertebaran

Hum banyak yang mawar rindu .. Hehe tapi tetap jugak tak muncul muncul bagi mengubat rindu di hati, maaf kawan ... hati ingin menyepi, entah mengapa...terasa berat untuk bersama mencoret kisah yang membangkit kan semangat, sedang aku sendiri perlukan sokongan untuk terus berdiri. Teruk kan? inilah realiti kehidupan.. Mungkin dari luar, orang menilai kita seorang yang optimis, happy go lucky, mesra, sentiasa senyum, gelak tawa tak lekang dari bibir.. Tapi pernah kah mereka terfikir dunia realiti tak seindah mimpi sebenarnya. Mungkin mereka alpa untuk menjaga hati hati insan yang mudah terluka.. Mungkin juga meraka tidak peduli akan hati hati yang mereka sendiri merasakan ianya tidak penting dalam hidup mereka.

Sesuatu yang ingin di kongsikan ::


it breaks your heart to see the one you love is happy with someone else, 
but it's MORE painful to know that the one you love is unhappy with you ..

Bukan cinta yang mawar maksudkan.. Tapi nilai keindahan dalam hati seseorang, kita boleh gunakan paksaan untuk mendapatkan apa yang kita harapkan, tapi kita tak mampu untuk memaksa keikhlasan datang andai bukan dengan kelembutan. Usah memaksa hati mengukir senyuman palsu, tapi "pujuklah" hati untuk kembali senyum ..

Biarlah apa orang kata terhadap kita, biarlah orang tak pandang siapa kita.. Tapi jangan biarkan murka Allah bersama kita, jangan biarkan Pandangan Allah jauh dari kita .. =) 


::        dari hati si gadis       ::
Nazatulwanis Mohd Khorish


TingTongTingTong :: Salam maju jaya untuk final exam ^_^









11
Komen

Bidadari Kecil



Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!




Kasih sayang dan kemesraan sentiasa tersemat di dalam sanubari seorang wanita yang merupakan fitrah kurniaan Allah.. Tapi keistimewaan itu tidak cukup untuk menjadikannya dia seorang wanita yang solehah jika tidak dihiasi dengan ajaran yang mulia. Hanya yang telah melengkapi diri dengan budi pekerti luhur dan keimanan yang murni akan kekal mekar sebagai bunga idaman yang menghiasi taman taman syurga.

Wanita soleha akan menghiasi kehidupannya dengan fitrah kebenaran. Jika dia seorang anak, maka ia akan menjadi anak yang solehah.. Jika dia seorang isteri, ia akan taat dan patuh terhadap suami.. Jika dia seorang ibu, akan dicurahkan kasih sayangnya untuk anak anak.. Begitu juga sebagai hamba Allah, dia akan sentiasa tunduk dan menyerahkan diri kepadaNya.. Wanita solehah juga mampu menghargai dirinya sendiri dan mampu pula menjalinkan hubungan silaturrahim sesama insan ...

TingTongTingTong :: Pimpinlah daku dalam redha-Mu


16
Komen

Seketsa Ringkas :: Curang



Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!



Semuanya berlaku lebih kurang 10 tahun yang lalu.. Waktu itu hubungan Haris dan Haziqah tidak lebih dari kasih seorang abang kepada adiknya. Namun melihat gadis itu sering ditipu lelaki yang tidak bertanggungjawab, hubungan yang pada dasarnya hanya sebagai abang angkat bertukar kepada kekasih.

Tak tahu bagaimana perasaan ini boleh hadir dalam dirinya, mungkin kerana terlalu mengambil berat serta bimbangkan keselamatan diri Haziqah. Lantas kata putus diambil agar mereka mengikat tali pertunangan.

Haris sukar mempercayai dengan apa yang terjadi, ternyata pasangan hidup yang dicari selama ini rupa rupanya berada di depan mata. Setinggi rasa syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana menyatukan hatinya dengan Haziqah.



Haris dan Haziqah merupakan pasangan yang bercinta akhirnya mengakhiri zaman bujang ke jinjang pelamin.. Namun impian yang dilakar tidak kekal lama lantaran nafsu yang sukar dibelenggu, dan terpengaruh dengan kisah lama yang mencuit ingatan. 

Sebaik bergelar pengantin baru, Haris diterima bekerja di sebuah kilang elektronik yang cukup terkenal. Mungkin rezeki isteri, gaji yang diterima cukup berbaloi untuk mereka berdua. Tidak sampai setahun usia perkahwinan, Haziqah disahkan berbadan dua dan tentunya Haris insan yang paling bahagia. Boleh dikatakan setiap hari dia membuat kerja lebih masa bagi mengumpul wang untuk persiapan bayi yang bakal lahir.

Dan kini ... Hari yang ditunggu menjelma juga, kehadiran  orang baru seakan memberi semangat buat mereka. Jika sebelum ini Haziqah sering kali meluahkan rasa bosan kerana keseorangan di rumah, tetapi kini tak lagi ..

Malah ada ketika waktu Haris pulang dari kerja pun isterinya tidak sedar kerana terlalu asyik melayan si kecil yang pastinya memerlukan perhatian yang secukupnya.. Pejam celik, pejam celik tak lama lagi mereka bakal meraikan ulang tahun perkahwinan yang keempat.

Biarpun ada yang mengatakan lelaki susah untuk mengingati tarikh tarikh penting dalam hidup mereka tetapi tidak bagi Haris, selain dari hari jadi isteri dan anaknya, tarikh ulangtahun ini lah yang selalu berada di ingatan. Seminggu sebelum itu Haris sudah sibuk mencari hadiah yang sesuai buat Haziqah. Terngiang ngiyang suara manja isterinya minta dibelikan telefon bimbit medel terbaru dengan skrin sentuh yang lengkap berinternet.

********************************

Sejak memiliki telefon baru, perlahan lahan sikap Haziqah makin berubah. Tumpuannya tidak lagi kepada anak malah aktiviti sehariannya lebih kepada melayari laman sosial di internet. Hingga suatu hari, Haris berjaya membongkar kegiatan isteri yang cuba disembunyikan selama ini.

Patutlah setiap kali pulang ke rumah, anaknya ditinggalkan bermain seorang diri sementara Haziqah tak pernah lekang dengan telefon kesayangannya. Tidak cukup dengan itu, satu bulan sekali dia akan keluar berjalan di melaka dengan kawan kawannya. Haris hanya menurut tanpa mengesyaki sesuatu

Satu hari amarah Haris sudah tidak mampu dikawal lagi. Dia tergerak hati mengambil telefon bimbit Haziqah ketika dia berada di dapur.. Sebaik dibuka laman sosialnya, tertera wajah Haziqah tanpa tudung di kepalanya dan lagak persis si anak dara !!

Bila dibuka peti pesanannya, berderet deret nama Kamal, biarpun hati terasa sakit membaca massage tersebut, Haris gagah kan hati untuk mencari bukti yang nyata.

Rupa rupanya mereka adalah bekas pasangan kekasih yang secara kebetulan bertemu kembali di laman sosial, yang mambuatkan hati Haris panas bila membacanya mereka masih menggunakan panggilan manja "papa mama" dan tentunya dia telah meragut kesucian cinta yang selama ini Haris hulurkan.

Lebih meruntun perasaan apabila Haziqah bertindak di luar jangkaan, berkunjung ke bilik hotel atas permintaan "teman lelakinya".

Tumpuan Haris terganggu bila Haziqah masuk ke bilik.. Segera wajahnya bertukar pucat bila telefonnya berada di genggaman suaminya.. Tanpa diminta Haziqah cuba bertindak untuk menjernihkan suasana, memberi alasan seolah olah menegakkan benang yang basah !!

Tanpa sebaris ayat, Haris segera keluar dari rumah sambil mendukung anaknya.. Tekad hatinya untuk berpisah dan mungkin itulah jalan terbaik bagi mengembalikan zaman remaja Haziqah.. Sungguh dia tak rela jika anaknya mengetahui kecurangan ibunya. Bermain cinta dengan lelaki yang juga suami kepada orang lain.




TingTongTingTong :: Nak Handset 3310 Boleh?


Link blog sahabat