1
Komen

Mereka Berkata, Aku Mendengar

Andai dunia sepi tanpa kata, aku tak lagi mendengar bisikan suara teman teman yang ada kalanya menghiburkan hati. Tapi mengapa kali ini aku benar benar mengharapkan seolah olah dunia ini bisu tanpa kata kata?

Tahukah kamu, lidah mereka lebih berbisa dari ular, lebih tajam dar pisau, tanpa sebarang sentuhan ia mampu mematikan degepuan jantung kamu, mematahkan semangat kamu dari terus bangun! Benar, adakalanya ungkapan mereka ibarat racun.



Saat ini, aku cuba menyendiri, ruang yang agak terpencil menjadi saksi aku bermonolog sendiri memikirkan kata mereka. Sungguh aku hanya memdengar ungkapan mereka kerana aku tidak betah untuk turut serta kerana aku khuatir terlanjur kata.

Dulu, aku petah berkata kata. Hari ini tragedi itu "mematikan" aku yang dulu. Ada sesuatu yang aku belajar dari situ. Jangan mudah membongkarkan prihal diri kamu kepada seseorang. Seseorang yang mungkin baik dengan kamu kerana "sesuatu".

Maka besabarlah kamu atas apa yang mereka katakan
dan bertasbihlah dengan memuji tuhanmu
sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya
bertasbihlah pula pada waktu waktu malam dan siang
supaya kamu merasa senang. (130) Taha~


Manusia macam kita memang pandai bercakap, cetusan idea dari minda tak pernah kurang, begitu mudah menyalahkan orang lain, mengutuk orang lain, pelekehkan orang lain, merendahkan orang lain. Apa yang mereka peroleh hanya kepuasan hati, hati yang kian gelap. Hilang keindahan sinar kebaikan. Mereka tetap tidak peduli.

Maafkan aku sekiranya hati ini mudah curiga, tapi aku tetap belajar sesuatu dari kamu. Kau hancurkan kepercayaan yang aku hulurkan. Siapa pun aku, kau tak berhak berkata sebelum kau tahu akan hal yang sebenarnya.

Benar itu hak kamu untuk berbicara, namun ada perkara yang perlu kamu tahu bahawa ungkapan kamu menyakitkan hati hati yang menilai, membingitkan telinga yang mendengar. Pertimbangkanlah tindakan nuranimu ..




TingTongTingTong :: Cakap Bila Perlu ~



1 Kuntum Mawar:

eLL said...

cakap siang pandang2,
cakap malam dengar2.
:)

Link blog sahabat