2
Komen

Sampai Hati Dia Buat Aku

Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!


Bicara mawar kali ini akan diringkas seringkas ringkas-ringkasnya . He he terok nye BM budak nih . Aduss, tapi tidak kisah sangat sebab mawar tahu korang mesti faham kan ;) .. Tajuk dekat atas ni macam sedih je bunyi nya, tapi mawar tetap mampu tersenyum sekarang ni. Percaya tak? Eh eh  nak bukti ke? ... Nah ambil ni >>>    =)    <<<   Haaa kan dah senyum sorang sorang ni, adoii ...

Masa ni tengah ber'emosi hampir seminggu fikiran mawar kacau dodol, baru sekarang mawar sedar dan rasa bertapa sukarnya untuk merelakan hati memaafkan orang yang dah buat aniaya pada kita. Kawan kawan penah rasa macam ni tak? rasa macam nak menagis, tapi mawar tak nak bazirkan mutiara yang mahal ni untuk orang jahat .

Dan Al-kisahnya, tadi masa lepas solat magrib mawar duduk duduk baca Quran dan sekali dengan terjemahan . (Eh .. itu pun dah bagi tahu ke) . Okey okey kembali ke panggal cerita. Sepasang mata ni tertumpu pada sebaris ayat yang bermaksud :: ... Hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani .. ::

Hati mawar menagis lepas baca kalam Allah ni ( surah al-Nur (24) : 22 ) .. Oh berdosanya aku !! Ya allah, tidak layak diri ini untuk menghukum insan lain, kerana aku juga insan biasa sepertinya.. kerap kali melakukan kesilapan . ~_~ . Mujur masih ada sahabat yang sudi merawat emosi mawar dari terus hanyut melayan hasutan syaitooon laknatullah . Huhu


Tuutt tuuttt. . . (bunyi msg)
          Dapat msg dari sahabat ::

Kalau satu hari awak nak menangis
bgitau saya, Saya tak janji nak buat awak tersenyum
tapi saya boleh menangis bersama awak ..

Kalau satu hari awak ada masalah
bagitau saya, Saya tak janji nak bagi awak penyelesaian
tapi awak boleh kongsi dengan saya ..

Kalau satu hari awak mahu berjalan pergi
bagitau saya, Saya tak janji untuk halang awak pergi
tapi saya boleh berjalan bersama awak ..

Kalau satu hari awak perlukan seseorang
untuk mendengar cerita awak
bagitau saya, Saya janji akan dengar untuk awak ..



^_^
hati kembali tersenyum dan rela memaafkan segala perbuatan 
yang telah menyakitkan sekeping hati ini





2 Kuntum Mawar:

Hafriz Mohamad said...

jiwa yg resah ttapi masih mmpunyai iman.. akan kmbali segar dan aman apabila disiram dgn titisan kalam Tuhan..

like ayat ni!
"Oh berdosanya aku !! Ya allah, tidak layak diri ini untuk menghukum insan lain, kerana aku juga insan biasa sepertinya.. kerap kali melakukan kesilapan ."

Mawar berduri said...

@Hafriz Mohamad

insyaallah selagi iman d hati
akn cuba sedaya upaya utk memeliharanya
walaupn kerap kali terbabas di jln.. ^^_)

Syukran ats motivasi yg diberi =)

Link blog sahabat