Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!
Duhai hati .. mengapa engkau begini
Sesuka hati kau mempermainkan janji
Sekejap kau ingin berbakti kepada ilahi
Sekejap kau lari pula dari niat mu yang suci
Hinggakan aku tak pasti apa yang kau cuba cari
Aku pinta padamu wahai sang hati
Tolonglah mengerti keinginanku yang satu
Ku ingin sekali menghadap Tuhan dengan jiwa murni
Tanpa janji palsu yang bersarung penuh puisi kosong
Menjadi ungkapan tetapi tidak jua ditepati
Adakah kerana sifatmu semulajadi berbolak balik ?
Pantas kau mudah menukar haluan layarmu
Laksana kolek yang terumbang ambing dipukul ombak
Ditolak ke kiri dan kanan tanpa tujuan
Tiada sauh pemberat, tak juga dipasak ke bumi
Langsung tak teguh !
Tidakkah kau malu pada penciptamu ?
Di penghujung malam kau merayap inginkan keampunan
Namun di siang hari kau mencorak dosa serta mungkar
Sedarlah seisi dunia ini hanyalah taman permainan
Malah harganya kurang daripada sebelah sayap nyamuk
Senda gurau ini tidak akan berlarutan sampai bila bila
Sampai masanya episod ini akan ditamatkan jua
Usahlah kau tertipu dek kerana pujuk rayu nafsu
Pintu syurga terbuka seluas luasnya untuk mu ..
Jejakkan kaki
Jika benar kau bijak
Ambil lah peluang disini
Kau bakal tersenyum girang di "sana" nanti
TingTongTingTong :: Jangan biarkan hati mati sebelum ajalnya
10 Kuntum Mawar:
semoga mendapat keredhan dlm hidup..
hati mmg banyak maksud tersurat dan tersirat.. dan selalu berubah2..
amin .. :) hati hanya satu untuk memendam terlalu banyak rasa ..
jgn biarkan jiwa terseksa bkn kerana penyebab yg sptt nye :)
sekeping hati dibawa berlari.. jauh melalui jalan "Mawar Berduri".. =)
Cik Lin ::
~ pelihara hati dari terkena penyakit ^_^ .. nice2
Iwanski
hehe sian penulis lirik tu, sb lagu die dh kena edit olh kamoo .. :P
wah...mendalam..like
Asalam..
Datanglah ziarah dan menjadilah antara warna dalm etuza blog warna-warna kehidupan. Tq
Duhai hati, terima kasih kongsi kiasan madah indah ini.Semoga kita jauh dari noda hitam ya.
Pendamba mawar ::
dalam sedalam dalam nya .. ~_^ huhu
etuza ::
mudah2an .. trima kasih sudi jenguk ruang sepi mawar ^_^
Post a Comment