23
Komen

Awak kata hati saya keras, Tapi ..

Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!



"...Pernah rasa hati kita keras atau lembut? Betul ke hati bentuk Love?.." Bunyi soalan macam tak yakin je kan .. macam tak puas hati je kan.. Kalau hati ayam ke lembu ke kambing ke unta ke memang mawar pernah rasa keras ke lembut. Tapi hati orang, mawar tak tahu sejauh mana kebenaran keras ke lembut tu.

Keras yang mawar maksudkan "tak mudah tersinggung" "tak mudah melenting" dan "segala macam yang tak mudah........." dan selalunya hati macam ni ada pada lelaki, sesuai dengan jiwa mereka yang gagah layak menjadi pemimpin. Lembut pada pandangan mawar lebih kepada sifat ke'wanita'an, yang bakal menjadi seorang ibu dengan naluri yang lemah lembut dan mudah tersentuh.

Tapi bukan seratus peratus betul pun, itu hanya pandangan mata kasar je sebab soal hati bukan terletak pada jantina atau..... Yup! Tak percaya ke ?.. Ada lelaki yang luar nampak ganas tapi hati siap ada kolam renang lagi..  Dan ada perempuan yang hatinya keras, susah untuk melihat air matanya mengalir walau hati terasa perit.

Pendek kata, luaran tak semestinya mencermin kan diri kita, walaupun pada hakikat sebenar memang betul pun.. Tapi manusia lebih bijak berlakon di pentas dunia sehinggakan lakokan nampak macam real, sandiwara yang di hulur mampu menipu tiap mata yang memandang.




Dunia mampu berlaku kejam
tapi sinar mata itu
tidak mampu menyembunyikan kata ..
langkah kaki itu
tidak mampu membendung rasa ..

Manusia mampu mencorak kan warna
memburu impian dan harapan
sehingga tenggelam dalam
sandiwara dunia ..

Awak kata hati saya keras macam batu, tapi awak tak tahu sebak didada hanya tuhan yang tahu. Awak kata hati saya keras, tapi awak tak tahu saya tetap melangkah walau lutut saya tersungkur ke tanah. Awak selalu tanya kenapa saya tak menagis bila diri dikhianati, kenapa saya masih berdiri tanpa goyah walau mereka berpaling setia.. tapi awak tak tahu sepanjang malam saya merintih pada-Nya atas ehsan dan kasih sayang-Nya saya terus kan keceriaan saya untuk tiap mata yang memandang ..

Kerana aku juga manusia biasa, punya perasaan .. seperti kamu .. terasa malu bila menjadi bahan ketawa, terasa hina bila dijadikan bahan ejekan, terasa sakit bila diri ditinggalkan, terasa hampa bila hati di kecewakan dan aku juga akan gembira bila diri diberi perhatian. Tapi ....

Yang membezakan kau dan aku, bukan soal hati.. Tapi cara yang menjarak kan persamaan kita. Aku tak mampu menagis menzahirkan sendu, tapi akau hanya mampu menahan lidah yang kelu. Mencegah dari disakiti amat mudah berbanding merawat hati yang telah sakit sehingga kau berasa lelah..!




Mampu menjadi pelakon terhebat di pentas kehidupan..? Kau mampu lakukan..?



TingTongTingTong :: Membebel tak ingat dunia .. hehe   >_<"



14
Komen

Cakap Pada Diri, Tanya Pada Hati





Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!




Jadikan mata hati ini
dapat memandang cinta dan kurniaanMu setiap masa ..
Jadikan diri ku dapat membalas cintaMu setiap saat ..
Jadikanlah diri ku sentiasa faqir kepadaMu dalam setiap langkah ..
Biarkan diri ini tidak berpaling ke belakang demi meraih cinta semalam ..
Pada kasih sayangMu aku hilangkaan segala bayang yang terlindung ..


5
Komen

Berhenti Berharap


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!




Salah satu pekara yang paling menyeksa ialah cuba melupakan seseorang sedangkan orang itu tidak mampu kita lupakan . Dia sentiasa ada dalam ingatan, bayangannya bagaikan ada dimana mana . Lebih menyeksa bila ada kenangan indah (dulu dulu).. Stiap kali cuba untuk melupakan, semakin rindu pulak jadinya .

Begitulah hakikat dalam kehidupan, berkenalan jauh lebih mudah dari perpisahan . Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, kejujuran dan keberanian tapi perpisahan jauh lebih banyak memerlukan keberanian kesabaran dan kekuatan.

Kadang kadang kita perlu berani melupakannya sedangkan pada masa yang sama kita tak mampu melupakannya (macam mana tu?) .. Susah untuk terus menahan segala perasaan benci sedangkan kita sendiri tak mampu mengelak dari terus merindu !

Susah kan untuk melupakan seseorang berbanding utk mendekati seseorang..? Cuma satu saranan dari mawar, andai tak mampu untuk melupakannya, tak perlu lupakan . Mengenang kebaikan seseorang atas nama Allah adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya ..



Hidup memang memerlukan toleransi, sebab benci tu menyakitkan jiwa dan nafas seolah olah terasa sesak!.. Tapi sebaliknya jika menyayangi seseorang itu dapat melegakan nafas, menjaminkan kebahagiaan  ^^.


Namun .. Atas pelbagai alasan dan sebab tertentu, ada kalanya kita seolah olah "wajib" melupakan seseorang.. Bukan disebabkan dia tak baik, tapi semata mata kita tidak mampu lagi untuk mengingati segala kebaikannya selama ini. Setiap kali teringat, hati terlalu kesal kerana perpisahan berlaku, jiwa terasa tergarit garit dengan garpu .. Dan tatkala ini, adalah lebih baik menghilangkan segala memori dan membina kehidupan baru ..


TingTongTingTong :: Keep Smiling :) 


4
Komen

Begini Kisahnya Dam Haji ..



Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!


Si Jejaka yang bernama Samad baru je lepas kahwin.. kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah ayah mertuanya. Tapi, ada sesuatu yang tak kena di mata ayah mertuanya. Samad ni kuat makan dan ayah mertuanya pula selalu merungut yang beras 20kg tak sampai seminggu je dah habis, selalu tak macam ni. Sejak Samad duduk di rumahnya .... cepat sagat barang dapur habis "Samad ni betul betul menghabiskan boreehh.."

Kebaikan Samad ni alim sikit, tak pernah tinggal sembahyang.. Malangnya ayah mertuanya tak pula macam tu, waktu magrib masih seronok di depan tv tengok drama.. lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan.. lepas tu tidur .. esok bangun pukul 8 pergi kedai kopi.. sembang sembang sampai tengah hari.. balik makan, kemudian tidur.. petang pergi kedai kopi semula.. main dam, bersembang mengalahkan orang politik.

Di sebabkan sama sama ada kekurangan inilah yang menyebabkan Si menentu tak berani menasihati ayah mertuanya, dan ayah mertuanya tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.. Tapi dia terus mencari idea macam mana nak kenakan Si Samad ni, marah betul dia.. dah la tak ada kerja, ni kuat makan pulak tu.. isk isk ..



Satu hari, Si ayah dapat idea nak kenakan menantunya ::

"Samad, jom kita main dam haji.." katanya kepada Samad

"Boleh juga.." kata Samad tanpa mengesyaki sesuatu.

Bila bermain sahaja dia membiarkan buah damnua dimakan oleh Samad. Dia hulur, Samad makan.. hulur lagi, Samad makan lagi.. hulur lagi, makan lagi.. dan lagi lagi lagi ..

"Eh kamu ni Samad, kuat makan betul la.. agak agak la.." katanya sambil tersenyum

"Alamak ayah mertua aku ni perli aku ni, mentang mentang la aku kuat makan.." Fikirnya dalam hati

Mereka bermain set kedua, ayah mertuanya hulur, dia tak makan. hulur lagi, tak makan juga. Tak macam set pertama.. kini dia dah bijak sikit, bila tak makan mestilah kena tangkap (sesiapa yang tak tahu main dam haji mesti tak faham cerita ni..) he he .. Kemudian ayah mertuanya dapat melangkah hingga ke haji.

Apa lagi ....

"Eh orang yang tak pernah sembanhyang pun boleh pergi haji ke ...?"

Merah padam muka ayah mertuanya.. niat asal dia nak perli menantunya, tapi dia yang terkena ..






TingTongTingTong :: Haha Jangan Main Dam Haji, Tapi Kumpul Duit G Buat Haji



4
Komen

Wordless Wednesday


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!


Pantai Puteri, Melaka



TingTongTingTong :: Menanti Saat Matahari Terbenam


6
Komen

Bertikam Lidah, Manfaat?

Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!




Apa yang pasti .. Hanya satu, dimana ada 2 hati, disitu ada yang menyakiti dan disakiti .. disitu ada yang menyayanigi dan disayangi .. Mana ada orang bertikam lidah sorang sorang kan? huuhuu .. 




Bukan Mawar :: "Aku harap kau menderita sepanjang hayat "

Mawar :: " Terima kasih "

Bukan Mawar :: " Aku benci kau !! "

Mawar :: " it's okey... "

Bukan Mawar :: " I hate you! "

Mawar :: " tak apa, aku faham "

Bukan Mawar :: " Go to hell !!!! "

Mawar :: ".....  ^_^  .....  senyum tanpa bicara "


Api kalau tengah membara macam macam boleh jadi, andai dicurahkan minyak, mana mungkin ia akan reda dengan sendirinya.. Mungkin akan membahayakan ! Jadi ... Diam merupakan jalan terbaik sekiranya korang pun berada dalam situasi tegang yang macam ni.. Biarlah cemuhan atau sumpahan yang dihemburkan oleh si pedebat, jangan dilawan ! ..

Syaitan mula menguasai diri bila manusia dalam keadan marah, jadi tak boleh nak salahkan si pedebat kalau dia jadi " m.e.r.a.h " sebab itu bukan dirinya .. Latih diri supaya tak mudah melatah. Okey? ;) .. Kalau kita pun ikutkan hati, pasti akan melenting. Bila dah dua dua panas, yang dulunya sayang pun boleh jadi benci dalam sekelip mata.

!! Katakan T.i.d.a.k pada Hati yang sakit !!


TingTongTingTong :: Maaf itu mudah, Memaafkan itu susah

11
Komen

Tetap Melangkah !!




Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!



Melangkah itu mudah
namun mencari arah itu kadang kadang parah ..
Mencari jalan itu mudah
namun memahami destinasi itu yang susah ..
Menyusuri susur itu mudah
namun menuju noktah pasti mendatangkan lelah ..

Dalam semua ini ..
Menjaga istiQamah itu paling susah, parah dan lelah .
namun Dia faham bagi hamba-Nya
Dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik
hanya perlu lakukan yang terbaik ..!

Meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepada-Nya
lantas Dia akan menguruskan yang selebihnya
agar yang terbaik itu menjadi milik manusia ..
Moga perjalanan kita
sentiasa dalam lindungan & penjagaan Ilahi ..



TingTongTingTong :: Ada Hikmah Di Sebalik Kekurangan Kita



Link blog sahabat