0
Komen

Abadikan Kenangan

30 ogos 2016 - bangun masa subuh, alhamdulillah aku chek guna UPT dan hasilnya aku positif hamil. Pasangan yang dah berkahwin, pasti menanti saat indah macam ni.. dan tempoh perkahwinan aku baru nak masuk 5 bulan. Allah, sungguh indah perasaan saat ni. Lihat reaksi suami masa dapat tau hal ni pun dah cukup buat aku rasa kenyang seharian. Dalam hati, tak sabarnya nak bagitau berita ni dekat mak abah. Yelah, mak abah aku belom ada cucu sendiri.. :)

31 ogos 2016 - Cuti merdeka, aku dan suami balik dari terengganu ke penang. Oh ya, orang pertama yang tahu hal ni masa tu mak mertua aku lah sebab balik rumah mertua. Sekali lagi, dalam hati aku menangis meronta nak balik dan jumpa mak abah aku sebab rasa macam tak sabarnya nak bagitahu 

1 sept 2016 - Turn balik rumah mak abah aku. Ahamdulillah, aku sampaikan berita gembira ni pada mak abah dan sekaligus aku nampak mata mak bertakung. Abah pesan jaga diri baik-baik and bla bla bla

2 ~ 3 sept 2016 - Family vacation ke Cameron, masa ni aku feeling like babymoon lah sangat walaupun perot kecik lagi still happy. Namun bahagia dengan kehadiran orang baru dalam badan aku tak lama. Bermula episode linangan air mata buat aku. Weh sapa kata perkahwinan bahagia berpanjangan? serius tu semua cerita dongeng. Semanis gula? Lupakan gula-gula tu

4 sep 2016 - Hari pertama aku melangkah ke UUM sebagai final year student. Hari ni juga aku lapor diri dekat agensi Pusat Islam (budak praktikal) Allah duga aku, Allah uji aku untuk aku jadi lebih kuat dari aku yang dulu. Yes aku mengaku air mata jadi peneman setia. Tapi dalam tangis, dalam sendu, aku kuat demi kehadiran orang baru. 

19 sept 2016 - Kekuatan aku hilang, hampir separuh nyawa aku turut terbang. Allah. Waktu subuh juga aku keguguran. Biarlah peristiwa yang terjadi sebelum hari ni, aku simpan dalam hati paling dalam. Sungguh tak kan aku lupa. Tiap saat, tiap patah kata, tiap peristiwa masih segar dalam ingatan kerana kesannya sangat mendalam untuk aku terima. Terima kasih untuk pengalaman hidup yang sangat bermakna sebagai seorang anak, isteri, menantu dan bakal ibu yang kehilangan kekuatan.

Redha wanis, Allah tahu apa yang terbaik. Akur dengan qada dan qadar. Untuk mereka yang bagi semangat, terima kasih aku ucap. Untuk mereka yang masih menganggap aku menagndung, berdoa agar ia dimakbulkan Tuhan. Untuk mereka yang suka lihat aku jatuh, aku buktikan luka ini boleh disembunyikan dan kaki aku kembali teguh.


TingTongTingTong :: It hurts to let go, but sometimes it hurts more to hold on




1
Komen

Mengalah



Bagi aku, mengalah atau beralah merupakan suatu hal yang cukup sukar untuk dilakukan. Jujur, aku mungkin jenis yang tegas dan agak pentingkan diri dalam sesuatu hal. Faktor anak bongsu mungkin. 


Terbiasa dimanjakan. 
Terbiasa diberi perhatian.
Terbiasa dengan kasih sayang yang tak pernah diduakan. 
Alhamdulillah dikurniakan mak abah yang terbaik dalam mendidik, 
dari sekolah sampai masuk Universiti aku berjaya kerana adanya mereka.


Maaf mak, anak mak dah berkahwin sebelum sempat berbakti penuh pada mak abah. belum sempat luangkan masa sepenuhnya dengan mak abah, belum sempat bagi mak rasa rezeki dari tangan anak mak yang dari kecik mak abah hantar pegi belajar.. Maaf mak abah, belum sempat :'( Moga Allah panjangkan usia mak abah. amin

Dan aku tahu, saat sah menjadi isteri orang.. hilang segala manja yang dahulunya untuk mak abah, syurga yang dahulunya di telapak kaki mak, kini beralih pada suami. Ya suami, Alhamdulillah dikurniakan suami yang memahami, penyayang dan bertanggungjawab. Tapi, masih sukar untuk aku mengalah bila terpaksa ketepikan mak abah dan mengutamakan yang Utama. Masih terdetik di hati rasa sedih, pedih bila permintaan mak abah tak dapat ditunaikan asbab perlu utamakan yang Utama.

Pengorbanan sentiasa memerlukan kekuatan, ada waktu aku rapuh untuk lakukan perubahan dalam pengorbanan. Bisik pada diri "sabarlah, demi syurga ilahi," Allah tahu segalanya walaupun kita pura-pura kuat, Allah tahu kemampuan kita. Allah tahu bila masa kita lemah dan bila masa kita rapuh.


TingTongTingTong :: No image -.-



0
Komen

Acah-acah Tarik Tali





Wanita kemahuannya tidak menentu
kadang mahunya kamu
kadang ada waktu mahu menyendiri
alaahh.. ini perkara biasa, kejap ok kejap x ok

cuma satu pesanku untuk kamu 
yang berusaha keras ingin memahami wanita itu.
jangan tunggu hingga dia bangun sendiri
jangan biar wanita itu terlalu berdikari
genggam tangannya, 
lihat dari sudut yang paling istimewa

pasti kau mampu menari serentak dengannya.
Sungguh.. dalam degilnya dia
kamu sangat diperlukan.
pinjamkan bahu untuk disandari
ini mampu buat dia tersenyum dan menari sekali lagi 


TingTongTingTong :: Simpan ruang di hati tu untuk aku


0
Komen

Lafaz Sakinah


8 April 2016 / 1 Rejab

Kisah antara kita yang julung kalinya aku tak menduga bakal menjadi bikisan kenangan terindah dalam ingatan. Siapa sangka lelaki yang dahulunya sekadar "admire" dalam diam, kini bergelar suami. Siapa tahu senior yang dahulunya aku pandang sepi dari jauh kini berada dekat di hati. Ya, tiada siapa yang menjangka hal ini terjadi. kerana perancangan Tuhan itulah yang terbaik buatmu.

Tiada kata yang mampu ku ungkap 
menggambarkan rasa hati yang terlalu indah
jujur ini bukan mimpi?
benar ini bukan ilusi?
kejutkan aku dari bayangan sendiri
hadirkan aku dalam dunia realiti
izinkan aku bersama kamu
untuk kali ini dan selamanya disisi

Perjalanan aku baru bermula, ini bukan pengakhiran yang kita mahu. Impian untuk bersama di akhirat kelak masih banyak yang perlu diteguhkan. Terima kasih kerana menerima diri yang serba serbi bukan wanita melayu terakhir. Tegurlah jika perilaku yang di pertontonkan kelak tidak menyenangkan hati, pimpinlah jika terlihat aku jauh dari matlamat yang Satu, bimbinglah aku seadanya jika masih punya cacat cela yang harus dibaiki. Sejujurnya aku mahu jadi yang terbaik buat mu.




apabila segalanya adalah saat "pertama kali" antara kita *jadi maluuu*


indahkan. Apabila hati merindu pada dia yang halal bagimu
walaupun perit dugaan berjauhan, inilah pengorbanan buat permulaan perjalanan



TingTongTingTong:: Hai seben, Happy sebulan ^^ 8 mei 2016 - 11.11 pm



3
Komen

Terima Kasih "Kekasih"


Destinasi aku pada awalnya masih kabur
menyimpan harapan yang lama. 
mungkin tersimpan dalam minda bawah sedar
sampai kesudah aku tak sedar mana satu impian aku
mana satu yang aku mahu kejar dulu *mengeluh

 hati sepi tanpa tujuan ..

kali ni terasa lain aku melangkah
ye lah, aku dah tahun ke-tiga, memang patut ada arah

Dan dengan tak sengaja...
 tiba-tiba dia menjengah dengan senyuman
derap kaki yang pertama kalinya aku atur penuh gagah
mula mengisi hari penuh kebahagiaan
walaupun bukan kerana dia sepenuhnya,
 aku mula meletakkan tujuan yang sungguh nyaman

Moga Allah mudahkan setiap urusan
diberi kekuatan leraikan satu per satu persoalan yang mendatang
Tuhan itu pertemukan kita di akhir perjalanan aku
di saat aku lelah untuk bertahan

moga belum terlambat untuk aku kerjar impian

~ 2016 ~

"bahagia itu bermula dengan diri kamu sendiri
bukan dengan pasangan, bukan dengan kekayaan
tapi hanya kamu dengan Tuhan"


Aku bukan manusia yang manis dalam pertuturan, tak pandai nak meluah perasaan bila berdepan. Kaku dan Beku itulah Aku. Tapi sedaya upaya aku terjemahkan perasaan melalui penulisan, hilang beban yang terpendam walau tiada yang mendengar bagai apa kisahnya diri aku. Insan yang sama waktu dengan orang-orang di tengah bendang, walau cuba untuk melindungi sawah, tetap di tinggalkan bersendirian. redah hujan panas sengsorang. perit kilat dan terik mentari tetap sengsorang. Ya, aku macam tu "orang-orang". Sedihkan? *lap hingus



TingTongTingTong :: aku harap tak dak orang baca entry ni :) blushing* haha




0
Komen

Monolog Diri

 
Saat kau redha pada takdir Ilahi
Allah Maha Mendengar tiap keluh kesah hati yang bisu
Tiap kali jiwa merintih lelah
Tiap kali hati diuji dengan resah
Acap kali juga kesakitan itu menjengah
 

Sabarlah ..
mungkin bukan kali ini putaran yang kau nantikan
akan datang, kau pasti sedar akan indanya jika pasakkan hati pada Tuhan.

Bertahanlah untuk seketika

Dan ini kisahnya,
bunga yang kau sayang, yang kau puja dan siram tiap masa dengan baja cinta juga tidak akan betah bertahan lama. Kerana apa mahu bazirkan masa melihat bunga yang tak cantik ! bunga tu dah mati ! buat apa buang masa nak siram lagi ?? *Buangkan saja dalam tong sampah. itu wajar kau lakukan!" ..
 

**Tenang wahai hati, bernafaslah dengan sewajarnya..

Lontarkan satu persatu rasa hati
helaian kertas kian menebal
meluah apa yang tersimpan
 
 
Kita bukan selamanya di atas. Dunia juga pinjaman, kejar bahagia yang kekal "di sana". Jadi, untuk apa kau memuja hati manusia yang pasti berubah arah? Kau juga tahu hati itu tidak selamanya kekal dengan rasa yang satu. Ya. Hati Kerap Berubah Arah.
Pengakhiran itu satu pemulaan yang menyenangkan**

Link blog sahabat