0
Komen

akhwat~


Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ... 


hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ... 
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ... 


bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syahid menyahut panggilan Allah.
Dia ..
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ... 


melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...

yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata dusta, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, nikmat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ... 


moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI 
0
Komen

nO coupLe b4 akad


tiada rahsia untuk terus gagah berdiri, 

menepis dugaan cinta lelaki
melainkan pada sebuah perinsip yang merantai diri

akan ku didik hati untuk terus mendamba cinta iLahi 
dan bukannya kasih manusia dengan membuta tuli ..
cinta yang datang di hati adalah fitrah
namun ... apabila ia disusuli dengan tindak-tanduk yang tidak di redhai Allah
ia akan bertukar menjadi fitnah ..
aku bimbang andai cinta ku berputik sebelum 
lahirnya lafaz akad dari seorang insan bergelar suami
pasti cinta itu kosong, hambar, tawar
dan hilang segala barakah ..
hilanglah segala kemanisan cintanya ..

~ aku tak mahu terjebak dalam kancah cinta palsu ~
biarlah cinta kudus ku terpelihara hanya untuk kekasih halal

bagi ku ... tiada syarat istimewa untuk bakal raja di hati ..
seperti ::
" Riwayat muslim :: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi bersabda maksudnya ::
dinikahi wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya ... maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama. ia menyenangkan kamu. "

secangkir dOa kutitip kan di akhir sujudku
 ~ surah al-Furqan 25:74 ~
maksudnya :: Ya Tuhan kami, anugerahkan lah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikan lah kami pemimpin orang-orang bertakwa .



Ya allah peliharalah hati Qu..
Dalam meraih kebahagian dari Mu
bimbinglah aku dalam mendidik jiwa ku .. amin ...



0
Komen

:: Untukmu musLiamah ::


Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

 Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.
 
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

 Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

 Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.....
 
RENUNGILAH IA BUAT MU MUSLIMAH.... 
0
Komen

ibu @ pasangan

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..
Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok? Aku cari pasanganku
Bila sedih? Aku cari Ibu
Bila berjaya? Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal? Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti? Aku bawa pasanganku
Bila sibuk? Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine...Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu........ Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila.... Bila..... Aku akan talipon pasanganku
Entah bila.... Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan :-

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"

Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah, al-fatihah, al-fatihah.
0
Komen

Fikirkan lah

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Sebelum kita mengeluh & memarahi ibu dan bapa kita yang masih hidup
Fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan kasih sayang ibu dan bapa

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat
yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup ! 

*BELAJARLAH BERSYUKUR SEBELUM TERLAMBAT !!!!*
0
Komen

Apabila Quran berbicara

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
 
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali..
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai hiasan..

 
Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan bersendirian ,
kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan..
 
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku 
engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai 
bersama temanmu di surau.....
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...
engkau baca surat khabar dahulu
 
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah
Azzawajalla,
Aku engkau abaikan dan engkau lupakan...
 
Waktu berangkat kerja pun kadang 
engkau lupa baca pembuka
Surah-surahku(Bismillah)..
 
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah 
yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,
radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmumengasyikkan.
 
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah duga ku bahawa 
engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
 
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau mampu duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
 
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
 
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
 
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu..Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
 
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali setiap hari.
Karana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
 
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
0
Komen

Qu sambut ia dengan senyuman

yang dicari
bukan putra raja 
cukuplah sekadar putra agama
yang di impi
biarlah tak punya rupa 
namun sedap di pandang mata
yang di niLai
bukan sifat jasmani
asal kan sihat hati 
yang diharap
bukan jihad pada semangat
tapi perjuangan yang ada matlamat
yang datang
tak perlu rijal yang gemilang
kerana ku hanya serikandi silam yang kelam
yang dinanti
bukan lamaran dengan permata
cukuplah akad dan janji setia ..

Dan yang akan terjadi andai 
tak sama kehendak hati
tetap redha dengan ketetapan iLahi ..
itu lah ketentuan sejak azali ....

0
Komen

taLkin sebuah cinta



Dalam resah yang tak berpenghujung
kuanyam biat-biat rindu untukmu
dan ku kirimkan
kasih sayang melewati 
jambatan pelangi di kaki langit ..
tak pernah terubat segala resah
walau bertemu seribu wajah ..

.......

hening talkin dibaca
untuk sebuah cinta
dengarkah engkau akan sebak suaraku ??
tatkala engkau aku semadikan di pusara hati ini 
saat aku berteleku menyiram air mawar
menabur bunga kemboja
titi-titis air mata gugur ke bumi
bersama pedih luka hirisan hati ..

Duhai cinta ... moga damai lah dikau di sana 

buat sahabat/teman/kasih yang telah pergi menyahut seruan iLahi .. ketahuilah ... hati ini sentiasa merindui setiap kata nasihat yang pernah kau tiupkan demi membangkit kan semangat ku ... penderitaan yang kau hadapi selama ini adalah tanda CINTA Dia buat mu .. sepotong ayat suci ku kirimkan di akhir doa ku :'( moga damailah engkau di sana ...

0
Komen

debu-debu cinta



 siapa aku sebenarnya ??

manusia hina yang lahir dari tanah yang kotor
hitam dan berlumpur..
mencari petunjuk yang munafik
masih berbangga dengan kemaksiatan
dan menangis dalam kebaikan

Lalu ...
aku masih mencari cinta sejati dengan niat suci
menunggu teman pembawa kunci syurga
dan kekasih dunia akhirat

sungguh layak kah diri ku ini .....
masih wujudkah cinta yang dikasihi
dan di redhoi ...
masih ada kah kebenaran di era ini ?

Ya Allah ..
di satu sudut yang malap
ku bersujud di hadapanMu
aku mengajak kepada kebaikan
mengalunkan lagu dari ayat-ayat Mu
berniat bersama berganding tangan
menuju jalanMu ..
mencari rahmatMu
dan menuju ke jannahMu..

Yang Maha Pencinta lagi Bercahaya ..
Engkau pencipta cahaya cinta di hati hamba-hamba Mu
maka ampunilah lah hati-hati yang bercinta dengan redho Mu
tetapkan lah hati-hati yang berkasih sayang kerana Mu
dalam menuju ke Syurga Firdausi ...

kerana Qu kan tetap mencintai hanya dengan satu nama
tiada dua selain dari Mu ya iLahi ...
lurus kan niat dalam hati ku 
tetapkan lah iman di hati ku ...
jangan biarkan rasa cinta ini menjauh kan aku dari Mu ..

~ tiada cinta seindah CINTA dari MU ~
0
Komen

bakal imamQu ~




Untukmu Bakal 'Imam'ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini, dirimu masih rahsia Penciptamu..rahsia yang telah ditentukan untukku, yang perlu ku singkap dengan segunung taubat dan sepenuh kesungguhan sujudku, cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini....

Ketahuilah wahai mujahidku, Ketahuilah bahawa namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu, Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempah siksaan Allah. Ya Tuhan kami.. lindungi kami...

Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...

Tiada yang lebih bahagia, melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar syahidmu ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahidah yang akan menyambung perjuangan Islam para Nabi terdahulu.

Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad, Mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya. Bakal suamiku, hatimu itu milik robbul jaleel, dan ku pohon sebahagian itu sebagai semangatku wahai suamiku. Dari awal lagi sudah ku didik hati ini, bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku.. kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.

Wahai bakal suamiku, diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid. Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...

Wahai bakal suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang psti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a'la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas, andai cinta sementara bisa mmelukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...



Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang Qu labuhkan demi redhaNya...biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud Qu diatas lembaran tahajjud dn istikharah...InsyaAllah inilah pencarian Qu...
0
Komen

aLangkah teguhnya

Alangkah teguhnya
Tugu cinta yang dibina
Andai alunan zikir di bibir
Disirami butiran air mata
Menangisi sebuah penghijrahan
Bersama jejalur keinsafan
Betapa ampuhnya selimut pertahan kita
Andai nyanyian sepertiga malam
Kita yang mendengdangkan
Bersama untaian pengharapan
Menggamit mardhotillah
Menagih nusrah
Indahnya saat itu
Tatkala mengatur rukun munajat
Bersama ketulusan bebunga pengorbanan
Demi menjulang dustur keadilan
Agar tidak ternoktah
Hayat perjuangan
Didereti kepayahan dilakari kemenangan
Andai kesumat kita tinggalkan

0
Komen

kenapa sejadah kasih ??



Assalamualaikum ...
ahaaaa!! bertemu kembali di ruangan yg x seberapa nih yer ;) hehe ... 
ngah bowing2 , saja gatai tgn duk nekan ABC-Z kat sini ... 
duk susun2 ayat , duk reka2 ceta ... hehe ...



sekali pandang,da bnyk sgt ayat2 yg 
memberi maksud n kata2 ke arah islamiah kn ??.. 
novel pn dah besepah2 ...
lani plk tgh duk hangat dgn cerita "cinta" ... 
smpai bdk2 pn dah pandai becerita soal episod cinta dlm story nie.. 
hebat kn pengaruh cerita tu? 
segalanya bermula dari tajuk ... 
begitu penting utk sesuatu pekara 
mempunyai tajuk atau matlamat yg jelas, 
supaya boleh di tafsir kn olh org lain 
sebelum mgenali sesuatu pekara 
org tua2 kata : selagi x kenal maka 
selagi tu la xkn wujud asa cinta (memahami) .
ye ker (",) err ada betoi nya ..
:) bermula dari nama , kita dipagil dgn gelaran yg dbrikan .. 
dari sekecik2 tapak tgn higalah 
sebesa2 lori kontena mcm aku haha... semua ada nama ...

kita di hidupkan utk dimati kan ..
hidup lah kamu dlm mencari rezeki duniawi seolah2
kamu akan hidp seribu tahun lamanya .... 
dan beamal ibadat lah kamu sebnyak yg mungkin seolah2
kamu akan mati keesokan harinya ...

waduh2 ...betapa kerdil nya aku di tanah Allah ... bila pikir2 ... 
nak je aku capai sejadah wat selamanya, x nak wat apa pn .. 
hnya mengadap Dia .. meraih segala kasih redha yg abadi .. 
tp aku hnya insan biasa lew .....
longlai sana sini ngn kehidupa yg sementara dirasakan selamanya
:( hihi itu lah aku .... dasyat3 ..

woopss !!! da nk masuk tido nih ;) hihihi .. k lah yer ... 
thanx kat lptop nih coz da panas2 pn stil duk menyala lagi :D kih3 ... 
sweEt sOur dremzZZ .. ma`asalamah ilalliQa`


    Link blog sahabat