5
Komen

Stay Strong



Bukan semua suka aku
walaupun aku rasa
aku dah buat sehabis baik 

dan aku pun belum tentu 
suka semua orang
walaupun orang tu baik 

baik atau jahat
orang tu datang dan pergi
dalam hidup aku 

semuanya meninggalkan kesan
bukan cuma kenangan
tapi kesan yang tak kan aku lupakan

Ya
aku maafkan kau
tapi bukan mudah
untuk aku lupakan




TingTongTingTong :: More Smiles . Less Hate .




3
Komen

Warkah Cinta Untuk Abang



Wanita terlalu sensitif
mudah tersentuh walau tidak diketuk
perasaan yang ikhlas meluahkan
adakalanya dia menahan perasaan
dari terus berfikir yang bukan bukan


Dia terlalu manja
walau akal melonjak matang
dalam hati tetap ada taman
menagih belas dari orang tersayang
akalnya tetap cuba menghalang !
lalu hati mampu berlagak tenang


Dia terlalu dan terlalu ..!!
manusia mampu rebah kerana keindahannya
manusia mampu goyah kerana kelembutannya
manusia juga mampu bermusuh kerana kecintaannya
tapi manusia tak mampu hidup tanpa adanya dia ..


Dia ini wanita
seindah wajah yang cukup tenang
membawa kedamaian .
Jagalah dia umpanya nyawa
kerana dia pencetus generasimu
pelihara akhlaknya seindah bidadari
moga dia wanita terbaik yang pernah kau impikan .. ^^


Dia mampu menghapus dendam dengan kemaafan
membalut luka dihati dengan sabar
meredakan amarah dengan tangisan
kerana dia seindah ciptaan Tuhan ..










TingTongTingTong :: Untuk Abang Tersayang.. Selamat Pengantin Baru :')
                6 December 2013






2
Komen

Bicara Hati


Sejauh mana aku cuba lari
melawan arus yang bertentangan
sekuat mana aku cuba bertahan
menepis segala desakan ..

Kerana hati ..
mula berbisik akan keindahan
gigih untuk melupakan kedukaan
masih utuh meneruskan kehidupan
masa silam harus ditinggalkan !


Kerana hati ini milik gadis picisan
mudah tersentuh . mudah jatuh
ya , hati ini bukan perwira 
yang gagah menerima tanparan dunia

Tiap masa dan ketika
hati berbicara tanpa kata 
memohon kekuatan
kerana mulut tak lagi ingin bersuara .



TingTongTingTong :: Salam Rindu Dari Bumi Sintok ^^ First Update 






2
Komen

Pustaka Peringatan P.Ramlee


:: Biodata :: 

Sekolah Melayu Kg Jawa Pulau Pinang ( 6 tahun pada 1935 )

Sekolah Francis Light ( darjah 5, kelas tertinggi di sekolah tersebut )


 P.Ramlee meneruskan pelajaran di Sekolah Penang Free 1947. Gambar bersama guru darjah. Persekolahannya terhenti ketika perang Dunia Kedua, beliau kembali ke sekolah bila perang tamat dan belajar sehingga darjah 7.


Sepakraga merupakan permainan yang paling digemari P.Ramlee. 
gambar beliau bersama pasukan sepak takraw di Mersing Johor 1960.

*****

JOM LAYAN GAMBAR 



Masuk adalah percuma =) hihi
tutup hari isnin sahaja.



Rumah asal dekat P.Pinang


ni antara cerita yang Tip tOp


dengan isteri tercinta ^^


Scene - Engkau Laksamana Bulan
Filem - Penarik Beca
Direktor - P.Ramlee


Koleksi pakaian peribadi Saloma & P.Ramlee 


Baju LipLap LipLap macam zaman sekarang ni rupanya
Saloma dah pakai dulu lah ^^,


Kenal tak barisan pelakon dalam gambar ni ? 




Filem pendekar bukang lapok yang diarah & dilakonkan sendiri oleh P.Ramlee ( 1959)
turut dibintangi oleh seniman S.Shamsudin , Aziz Sattar , Wak Mustarjo & seniwati Roseyatimah.


Antara anugerah Pesta Filem Asia ke 3 4 dan 5

Anakku Sazali - sebagai pelakon lelaki terbaik Asia 1957

Filem Sumpah Orang Minyak - memenangi oskar filem hitam putih terbaik 1958 
di pesta filem Asia ke 5 di Manila Filipina

Filem Pendekar Bujang Lapok - menang hadiah Gelanggang Award 1960 di Singapura


Nama P.Ramlee masih dibibir dari satu lapisan masyarakat dulu hingga kini kerana P.Ramlee bukan sebarang seniman yang biasa, malah beliau seorang seniman agung untuk semua zaman. Beliau berjaya membintangi 60 buah filem dan mencipta lebih 250 lagu sepanjang 1950-60an. Banyaknya ...!

"Perjuangan saya dalam dunia perfileman belum selesai. Saya dianggap berjaya oleh rakan rakan bahkan oleh masyarakat ramai. Tapi yang sebenarnya tidak demikian. Saya masih mencari dan akan terus mencari sesuatu untuk orang ramai." - ayat beliau. aku kopipasta je ^^


GAMBAR TERAKHIR P.Ramlee yang diambil oleh seorang penulis pada 2 Mei 73. 
iaitu 8 hari sebelum beliau kembali ke rahmatullah.
Al Fatihah.


TingTongTingTong :: Manusia Mati Meninggalkan Nama ^^


8
Komen

Cinta Macam Ubat


Cinta umpama ubat. Kalau terlebih dos boleh membawa maut.





Jangan terlalu mengharap
Jangan terlalu percaya
Jangan terlalu gembira


Cinta dengan seikhlas hati
Cinta Ilahi jangan di biarkan sepi
Cinta dengan realiti, bukan dalam mimpi

Suburkan cinta dengan keimanan
Suburkan cinta dalam setiap doa
Suburkan cinta dengan baja kebaikan



TingTongTingTong :: Salam Cintan Cintun ^_^


3
Komen

Layak Menjadi Kawan

Umur manusia makin lama makin meningkat, ini fakta. Tak pernah turun! Tapi.. akal manusia tak pula begitu, ada kalanya kita mampu menjadi matang dalam situasi tertentu, dan ada kalanya menjadi lemah sehingga memerlukan pautan tangan seseorang untuk membantu kita, memimpin tangan kita. Haruskah? Kejap matang kejap tidak. 

Ya.
Manusia saling memerlukan.






Aku bukan sesiapa. Tidak semegah mana untuk kau puja. Tapi mudah untuk aku faham perasaan gadis itu, dia cemburu, dia menjadi ragu-ragu dengan kau sebagai kekasih dan kini telah bertukar status sebagai S.U.A.M.I gadis itu sendiri. Bukan aku yang jadi Isteri kau. Bukankah itu bukti terbesar cinta lelaki itu hanya untuk kamu. Buka mata, buka hati. jangan mudah iri hati. aku bukan sesiapa..!

Dan.
Sehingga kini aku yang diburu!
Sungguh tidak adil. 


Kejam jika aku terus menjadi buruan, ini bukan yang aku impikan.. Selama akal aku berfungsi, hampir 22 tahun, drama sebegini acap kali aku tonton di TV. "kedatangan watak yang menjadi orang ketiga" persis wanita jahat. Aku sendiri mencebik bibir tatkala watak itu dimainkan. Mustahil drama bertukar Realiti! Aku juga punya impian. Ini dunia aku, biar aku yang tentukan.

Ah. Sangat tajam.
Kau mampu bunuh aku dalam diam.
Lidah yang 3 inci mampu membunuh manusia yang panjangnya 6 inci.

Persahabatan bertukar perebutan. Jujurkan sahaja, andai kau baca apa yang aku sampaikan, munkin sahaja kau tersenyum riang.. kerana akhirnya kau berjaya jadikan aku tawanan. Simpan sahaja sang suami itu dirumah, jangan izinkan dia keluar. walaupun setapak! kerana aku kuatir lelaki itu mencari aku! kau cuma layak menjadi kawan.

Manusia, jangan mudah bongkak. Tadah tangan, bersyukur. Aturan DIA terindah untuk kita. Alhmdulillah aku masih mampu tersenyum. Cinta ~ terima kasih atas kiriman bunga. Moga bunga tidak akan layu selamanya. (mustahil)



TingTongTingTong :: Lupakan Seketika, Manjakan Diri Dengan Hot Coklat 









2
Komen

Bertemu Kembali =)

Dah 2 bulan mawar habis stdy sebenarnya, sekarang ni tengah jadi penggur yang berjaya dekat rumah.. HaHa ofcoz la TAK. Sekarang mawar kerja sementara sebagai cikgu "Kanak kanak riang" ;) insyaallah, lepas ni kalau ada rezaki mungkin akan terus sambung belajar, atau mungkin jugak akan terus cari kerja yang tetap ^_^ ( ketentuan Ilahi )

Habis belajar memang seronok, terasa bebas dari segala hal yang merungsingkan. No more stdy sampai lewat malam, No more assgment, No more Teori !! Oh cukup lemah untuk diamalkan, kalau mawar buat sesi kaunseling pun kadang kadang je guna teori buku.. Selebihnya teori Sdn Bhd.. KihKihKih.




Salam pendahuluan dulu untuk kali ini 
Insyaallah bersua di lain kali 
Tak ada modal nak tulis lagi ..
Hehe

yang ni menyelit tanpa di undang,
Instax Mini 8 now be mine ^_^



TingTongTingTong :: Ada Sesapa Nak Jadi Klien Saya ? hihi





7
Komen

LOVE Rain


Mungkin ini jalan cerita gadis itu. . .

Dia (gadis itu) impikan kehidupan yang lurus, membina impian dengan hati yang mulus. Merangka kebahagiaan dalam setiap saat. Bermimpi dengan sang pelangi sehingga akhirnya dia rebah menyembah bumi. Ternyata Allah datangkan lelaki itu untuk dia merasakan cinta, tapi bukan untuk dia hidup dengan cinta lelaki itu.

Sungguh perit. Ini kali pertama dia rasakan hilangnya segala mimpi indah yang di bina.. Cuma satu yang dia harapkan, agar tiada dendam di hati seorang gadis yang lemah sepertinya, agar tiada benci di hatinya untuk lelaki itu.. Dalam sujud yang terakhir, dia panjatkan doa.. Mohon kekuatan diatas segala ketentuan. Benar, perancangan Allah adalah yang terbaik. 

Jalan cerita gadis itu mula ternoktah. Seakan akan ingin menyerah kalah. Malas bermain madah. Penat mengejar pelangi. Akhirnya dia pasrah. Dipendam cerita duka ini jauh di lubuk hatinya tanpa pengetahuan sahabat sejati, bagi dia, biarlah menjadi rahsia, agar lelaki itu bahagia tanpa pengetahuan sesiapa.

Berpisah 
Bukan kerana orang ketiga
Berpisah
Kerana belum tiba masanya
Berpisah 
Bukan angkara sesiapa
Tetapi  Berpisah ..
kerana ketentuan-Nya




:: Dia tidak akan jatuh dengan apa yang telah terjadi, malah dia akan buktikan yang dia juga mampu hidup bahagia walaupun pernah dilukai kerana dia yakin kebahagiaan itu datangnya dari Allah ::




4
Komen

Amaran Si Gadis




Diganggu ribuan LELAKI bukan
bermakna bertapa cantiknya si Gadis
tapi ia menunjukkan bertapa hebatnya si gadis
yang TIDAK menjaga diri dan maruahnya

Untuk si Gadis
jangan sesekali membuka ruang 
pada LELAKI yang mempunyai penyakit hati
menggangu dan menjatuhkan maruahmu

 jangan sampai diminati
namun dirimu tidak dihormati mereka






TingTongTingTong :: Kamu Hiasan Dunia Yang Terindah ! ^_^


2
Komen

Ideologi Saya Bukan Ideologi Awak


Pernah tak anda lalui saat diri di kritik tanpa mendengar dahulu ucapan atau pandangan kita sepenuhnya? Pernah tak terjadi apa yang ingin disampaikan oleh hati tak seiring dengan kehendak akal?.. jujur mawar juga seringkali memintas percakapan kawan kawan, tapi kalau dalam konteks ilmiah dan situasi yang agak formal macam berdiskusi, wajar tak orang lain memintas percakapan orang yang tengah berhujah?

Mungkin pandangan kita berbeza dengan pandangan orang lain, mungkin juga pemikiran kita tidak sehebat pemikiran orang lain.. dan aku juga bukan sesiapa untuk mengatakan diri ini benar dalam sesuatu perkara. Sungguh diri ini terasa kerdil. Sungguh diri ini bukan sempurna. Sungguh pemikiran diri ini bukan yang terbaik.. bukan bermakna orang lain harus menggesa untuk aku berfikir cara hebat dan setaraf seperti kalian.

Dalam menuju kejayaan, aku cuba untuk merangkak kerana aku tidak mampu berlari berpimpin tangan bersama kalian. Untuk awak yang selalu ada tika jatuh bangun diri ini, menghulurkan bantuan yang tak kira masa.. terima kasih dalam nada sayu aku mohon untuk terus bersabar dalam perjuangan.


Jika aku yakin 
Mereka mula meragui,
Saat aku berkata benar
Mereka membantah mengatakan tidak..




TingTongTingTong :: Saya Tak Sehebat Mereka




9
Komen

Palingkan Wajahmu Pada Wanita Itu




Coretan dari tangkai Bunga Mawar yang kian pudar warnanya.


Lelaki.., tolong lepaskan kenangan itu demi aku dan dia. Wanita itu bakal menjadi suri dalam rumah kamu, dia juga bakal ibu kepada anak-anak kamu..jangan pernah kau lukai hati wanita itu hanya kerana bayang banyang kenangan silam. Kenangan yang harus kau lepaskan.

Hati wanita tidak sekukuh tembok besar cina yang mampu menerima segala  rintangan tanpa perisai yang menampung dari belakang. Bukan niat ku untuk bermadah kata. tapi kamu harus terima wanita itu anugerah terindah untuk kamu.

Kenapa mesti memaling kan wajah Lelakimu kearah lain. Memandang tepat pada insan lain yang hatinya bukan untuk kamu? berhentilah dari mengharap. Cukup lah dengan apa adanya, itu ketentuan Allah. Bukan kamu yang menentukan segalanya.

Hati kecil ini mampu merasa, hati aku masih bernyawa. Untuk terus berkata kata aku tidak mampu, bukan aku atau mereka di tempat kamu, sejujurnya aku luluh melihat insan yang lemah itu di tindas oleh kamu yang sering leka dengan angan yang tak sudah. Bermimpi untuk memiliki hati yang tak sudi sehingga mengabaikan hati wanita yang tulus menerima kamu sebagai Lelaki.





Berhanti dari terus menyakiti.
Bermula dengan menyayangi.
Belajar untuk memahami.
Bermimpi dengan REALITI.


TingTongTingTong :: CNY




10
Komen

Dia # Kawan Kekasih Teman


Hai dear.. Kalau baca dengan teliti tajuk entry ni macam ayat nak memperkenalkan kekasih kawan mawar pulak kan. Tapi tak kisah apa pun maksud yang anda tafsirkan, itu hak anda, dan masing masing ada persepsi tersendiri dalam menterjemahkan sesuatu yang kita lihat atau baca. right?


Dan..... ini cerita dari pandangan mawar



Dia ibarat seorang guru, yang setia mengajar aku erti kehidupan

Dia ibarat seorang doktor, ketika aku sakit. Dia datang untuk merawat 

Dia ibarat seorang ibu, menyayangi aku tidak kira waktu

Dia ibarat seorang peguam. tika aku dibuli. Dia berdiri untuk membela nasibku

Dia juga ibarat pengawal, menjaga aku dari sebarang ancaman

dan Dia juga ibarat kaunselor, jika aku dihimpit masalah. Dia datang merungkaikannya





Jika Dia berada di sisi mu, milikilah dia dengan hati yang tersenyum. Tanpa dia, anda akan merasa kosong, kerana dirinya melengkapi sebahagian dari kamu.





2
Komen

Jatuh Bangun Sendiri




Saat kita menempuh onak duri dunia
sekali sekala derita mencuit hati
hati remuk menangis 
kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati ..

Ketika itu sabar pun tidak dikenali lagi
dalam terharu ..
air mata tertumpah juga

begitulah kehidupan di dunia
kita tidak akan sesekali dapat menjangka
apa yang Allah aturkan untuk kita

adakalanya kita tersangat gembira
adakalanya kita tersangat kecewa

Namun ..
usah risau sahabat
Allah itu Tuhan kita
Tuhan Yang Maha Luas Kasih SayangNya

Percayalah ..
Allah tidak akan menduga hambaNya
kecuali untuk melihat hambanya 
tersenyum disana .. tertawa disana
berbahagia disana .. Insyaallah di syurga ..
yang mengalir dibawahnya 
sungai-sungai yang mendamaikan jiwa
 indahnya ...!


jangan bersedih, kerana  telah melalui kesedihan itu kelmarin dan
ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada hari esok ..

Kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin
terperuk dalam putus asa dan dunia yang luas dirasakan sempit
dan tidak lagi berguna ..

Padahal, dunia inilah kesempatan 
untuk kita dekatkan diri kepada Allah
untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah
serta bebas daripada rasa kesedihan.

Gara-gara kesedihan
air yang manis terasa pahit
makanan yang lazat terasa hambar
bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu..

Ingatlah tangisan terindah itu
apabila butir-butir air mata
mengalir hangat di pipi
lantaran terasa diri kita
begitu kerdil di sisi Allah
dan begitu berdosanya diri kita di sisi Allah


lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa

Senyuman yang kau berikan
dan air mata yang kau titiskan, simpan ... jadikan tauladan
segala yang kau pandang dan dengar, simpan ... buat pedoman..



TingTongTingTong :: Di dalam hati kita ada kekusutan yang tidak akan terurai
      kecuali menerima kehendak Allah s.w.t



6
Komen

Soal Hati Sering Di Salah Ertikan



Diam bukan beerti aku berhenti mencintaimu.. 

menDoakanmu adalah cara terbaik untuk aku terus bertahan mencintaimu

5
Komen

Posto posto


Dunia sekarang dah maju, tak seklasik dunia dulu dulu.. Tapi dunia sekarang dah tak seromentik cara orang dulu dulu.. Maksudnya, mawar lebih sukakan cara orang dulu dalam meraih sesuatu yang penuh memori *ada sentuhan emosi* dalam setiap perbuatan, tak kisah dari segi percakapan, perbuatan atau tindakan (bukan sama je ke (",)...?) 

Orang dulu dulu : Kalau rindukan si kekasih hati, main utus surat + tuang kan bedak + minyak wangi sikit.. Ketuk tin atau botol depan rumah semata mata nak tatap muka si kekasih hati =) so sweet.



Orang sekarang : Berbalas mis call tanda hati sentiasa mengingati yang jauh di mata tapi kononnya dekat di hati *haha konon ingat walaupun tengah busy*.. Tiap hari berSMS, bermadah pujangga dalam teks sms panjang2, lepas dah penuh inbox. pejam mata tekan DELETE!.. 



Dan bila diri ini terasa hambar dengan kehidupan, kata kata semangat orang tersayang mampu membangkitkan aura mentari yang kian hilang. Ingin meminjam sedikit kekuatan. Jadi mawar rasa kalau lah sekarang ni masih guna cara orang dulu2, mesti dah bekepok surat dalam kotak simpan bawah katil..sampai kertas yang asalnya warna putih pun dah betukar jadi wana koko.. =')

Mawar suka mencoretkan sesuatu dengan penuh emosi, positif atau negatif sama banyak. Kadang kadang bila tengah marah, tulisan pun boleh berubah jadi macam cakar ayam. Tulisan mencerminkan sifat seseorang, kan. Tapi bila dah lama lama, bila baca semula terasa geli hati baca hasil coretan sendiri. terasa macam keanak-anak kan waktu melepaskan rasa hati pada helaian putih. ^_^

Selagi jari ini mampu menari, tidak akan pernah berhenti dari menulis. Mencatat sesuatu yang dirasakan biasa untuk saat ini, memori yang tidak ada nilainya ketika ini mungkin boleh dijadikan bahan cerita untuk kaki terus mengorak langkah. berjalan dengan penuh megah. berlari dengan cerita silam. tersenyum dengan corak kehidupan.


TingTongTingTong :: Coretan Pertama Di Ambang 2013
                        jom berbalas surat nak x?







Link blog sahabat