2
Komen

gugur dipintu syurga

Allah ...
hanya Engkau yang memahami

segala keperitan yang hamba alami

sesungguhnya kau pencipta yang Maha Mengetahui ..

jika benar ini takdir hamba

berikan hamba secebis kekuatan

untuk mendamaikan rasa hati 

tabahkan jiwa ini

agar liku lorong dapat hamba tempuhi

agar dapat menjalani jambatan api ini ..
0
Komen

malu ... malu ... dan malu


~ sebaik-baik wanita adalah yg tidak memandang dan dipandang ~

ingin ku pelihara sekeping hati 
dari terus menerus dipanah 
ingin sekali aku berselimut 
menutupi segenap dunia
akan adanya perasaan ingin memiliki
itu pasti 
dan teramat yakin
tidak akan ditaburi jalan menuju syurga
dgn keharuman kuntuman bunga
melainkan
liku dan ranjau
dalam menguji segenap jiwa perjuang
titipkan rasa malu yang mendalam
agar dosa itu dapat ku buang
ku mohon limpahkan dunia dengan kekuatan
agar nikmat itu tetap subur dalam diam..



0
Komen

Nota hati

Hati seorang wanita
kekadang perlu sekeras waja
ada kalanya mesti selembut sutera
wanita ..
jika jiwamu tulus kerana ILAHI
pati lurus perananmu sebagai wanita..


Izinkan wanita itu pergi 
walau kakinya bagai terpasung luka
walau hatinya tercalar bisa
tagismu tidak dia lupa
bukan dia tega lakukan itu
bukan dia rela melepaskan mu
izinkan dia pergi jua ..


Di hatinya ada yang merayu
walau terjerat
walau terikat
dia mesti pergi 


Ah, genderang itu telah berbunyi
dia terpaksa membawa diri
jangan kau tunggu lagi
mari pergi bersamanya
walau terseksa . . .
wanita itu tetap akan melangkah pergi
izinkan dia melangkah jua ..




edit - mawar berduri
hak milik - telaga biru
 "Nota hati seorang lelaki
1
Komen

Hanya rasa hati



Ukhwah itu indah
seindah cahaya bulan tatkala malam
setenang udara pagi
sejernih salju memutih


Namun indahkah ukhwah itu
andai noda yang dipilih ?


Ku mohon perihala ia
usah remukkan kepercayaan manusia
kita hanya insan biasa


.......


perlukah akan rahsia dalam persahabatan??
haruskah ada "agenda" dalam perhubungan??


hati merintih
dan terus menangis
perit rasanya hakikat diri ditipu
hanya pada Dia yang Satu menjadi rayuan sekeping hati
merintih tatkala sejadah mula dihamparkan
meratap tatkala tangan mula diangkat
moga hati terus utuh membina kepercayaan yang baru ..







ukhwah kita kerana Allah
kepercayaan .. keikhlasan .. kasih sayang dan kejujuran
itu ramuan kebahagiaan


0
Komen

Syair Muhammad Amin


Tinggalkanlah sikap terlalu bercita-cita pada dunia
dan, jangan terlalu rakus dalam hidup ini
tidak baik terlalu banyak mengumpul harta
kerana anda tidak akan tahu
untuk siapa anda mengumpul itu semua
rezeki sendiri telah dibahagikan
berburuk sangka tidak akan ada manfaatnya
semua orang yang bercita-cita adalah orang yang fakir
sedangkan orang kaya adalah orang yang selalu menerima
bahagian yang diterimanya
Wahai orang yang sibuk dengan kehidupan dunia
sesungguhnya telah ditipu oleh angan-angan
yang tidak pernah henti
dia juga tidak pernah berhenti dalam kelalaian
sehingga, dia mendekati ajalnya
kematian itu datang mendadak
sedangkan kubur adalah peti mati
bersabarlah menghadapi saat genting yang ada di kubur
tidak ada kematian kecuali telah ditentukan ajalnya ..

Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi 
dalam Kitabnya Tanwir a;-Qulub fil Mu'amalah 'Allam al-Ghuyub

Rasulullah bersabda "Seseorang yang ketika waktu pergi menjadikan dunia sebagai tujuan terbesarnya, maka dia tidak akan mempunyai kedudukan apa pun disisi Allah.. Dia juga akan memberikan empat perkata dalam hatinya :: kesedihan yang tak pernah berakhir, kesibukan yang tak pernah ada waktu lapang, kefakiran yang tak pernah mencapai kekayaannya, dan angan-angan yang tidak pernah mencapai tujuannya." (HR Tabrani)
2
Komen

Katanya cinta, tapi ...



perhatikan ungkapan di atas

erm .. agak2 nya knp wanita tu x izinkan orang yg mencintai dirinya memandang terlalu lama? dia x nak berdua2 an ataupun disentuh kulitnya? ~~

sebabnya.. wanita tu seorang yg bermartabat, mulia, terpuji, serta sangat2 menjaga kehormatannya.. wanita ini lah yg tergolong salah seorang wanita yg disarankan Allah supaya dinikahi. jelas yg lelaki dan perempuan yg bukan mahram x boleh saling memandang, berdua2 an di tempat sunyi dan melakukan perbuatan yg dilarang Allah..

"katakan kpd lelaki yg beriman,mereka p'lu menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. itu lebih  suci utk mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg mereka lakukan.."
(surah an-Nur ayat 30)

utk kaum lelaki,jgn menipu diri sendiri dgn pandangan nakal.. mungkin wanita yg anda pandang mempercayai pandangan anda tdk membawa maksud apa2.. namun  Allah maha mengetahui pekara sebenar..

"Dia mengetahui pandangan mata yg khianat dan apa yg disembunyikan hati"
(surah al-Mukmin ayat 19)

bila si lelaki berani melakukan perkara yg menjadi larangan, terbukti cintanya hanya cinta palsu.. cintanya hanya sekadar nafsu. seandainya dia benar2 cinta,pasti saja nafsunya jauh lebih besar dari cinta tu.. sebab nya cinta yg sepatutnya tulus dan suci tu dah hanyut di hadapan org yg dicintai ..

"buktikan cintamu!!" bagaimana rasanya apabila perintah membuktikan cinta itu keluar dari mulut wanita? Maksudnya tentu sekali x sama dgn lelaki.. Jika ungkapan ini keluar dari mulut si lelaki "buktikan cintamu" adalah permintaan supaya wanita menyerahkan mahkota kewanitaannya.

Ini bukan yg dimaksudkan wanita apabila mereka menuntut bukti, bukti cinta yg dimaksudkan wanita adalah kasih sayang, perlindungan dan kesetiaan.. yg pasti bukan bukti yg menghancurkan satu2 nya mahkota yg dimiliki 

Tak ada wanita di dunia ini meminta daripada lelaki yg dicintainya supaya meragut mahkota kewanitaannya, seandainya ada, pasti wanita itu orang yg begitu rendah martabatnya & x beharga diri.. Berkemungkinan juga dia dirasuk syaitan sehingga nafsu menggelapkan hatinya ..

wahai muslimah ...
jangan biarkan diri tertipu oleh cinta palsu
jangan keliru dalam memahami bukti nafsu dan bukti cinta

Rumit jadinya bila lelaki soleh jatuh cinta dgn wanita NAKAL dan KURANG TERHORMAT.. Wanita nakal itu pasti mahukan bukti2 cinta yg mendekati zina.. Lelaki yg soleh pula pantang melakukan pekara2 mcm ni.. lelaki soleh mahu kekasihnya memberikan bukti cinta melalui perubahan diri ke arah kebaikan.

"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji
Lelaki yang keji utk wanita-wanita yang keji juga
Wanita-wanita yang baik utk lelaki yang baik.
lelaki yang baik utk wanita yang baik pula ..
Mereka yang dituduh itu bersih daripada
 apa yang dituduh oleh pemuda itu
pada mereka keampunan dan rezeki yang mulia iaitu syurga."
(surah an-Nur ayat 26)

kalau wanita gatal dengan lelaki... wanita yang tanggung akibatnya
jika lelaki menggatal dengan wanita ... wanita JUGALAH yang akan tanggung akibatnya ..
~ sekadar bicara mawar .. maaf jika ada kekasaran yg terkesan di hati sahabat ~ 
hanya insan biasa yang menulis dengan apa adanya (^_^)
1
Komen

SAYA JOIN BLOGLIST UMAR FARUQ





jalan malam2 .. :) masih mentah dlam dunia blogger ni . tup2 tgk blog sahabat ada iklan kan tntg ni ... hehe ape lagi kn ... ;) cube2 kan diri utk jadi berani hehe .. (Umar faruq) klik tepi ni .. huhu x nmpak plk tulisan tu =) peace !!
0
Komen

Korban cinta

Cinta ni isu lama, sejak kewujudan Nabi Adam a.s melihat sepasang burung yg bercinta, tumbuhlah perasaan dalam hati baginda.. Allah ciptakan Siti Hawa utk melengkapkan perasaan tersebut..


Malangnya cinta kpd makanan (buah khuldi) dlm taman larangan yg mnjadi lambang nafsu kehidupan duniawi menyebabkan baginda dicampakkan ke dunia..


Dan cinta juga yg menaikkan semangat Nabi Adam utk menyeberangi Titian Adam (Adam's Bridge) dri puncak gunung Sri Lanka ke benua kecil India. baginda mengharungi hutan belantara,melangkahi banjaran gunung ganang,manapak pdg pasir dan merentas benua


Kesusahan ini melambangkan korban p'cintaan semata2 utk bertemu dgn Siti Hawa di Pdg Arafah, sdgkan Siti Hawa hnya bekorban keksusahan penderitaan pjalanan dari Jeddah(tmpat Siti Hawa diturunkan dari syurga)ke pdg Arafah.. Pdg Arafah mrupakan simbol penyatuan umat islam seluruh dunia


cinta bertemu di Pdg Arafah
kecintaan kpd Allah b'himpun di Pdg Arafah
Rasulullah menyimpulkan kecintaan baginda kpd umatnya
juga di Pdg Arafah =)

Begitu sucinya cinta,justeru knp dicabuli olh umat akhir zaman dgn perlakuan murahan? cinta akhir zaman bercampur baur dgn nafsu "haiwan".. Tapi mawar pecaya cinta suci tetap wujud selagi bulan & matahari bersinar cahaya, selagi matahari belum terbit di ufuk barat, pertembungan sifat malaikat & syaitan ini akn b'tarung di medan akhirat kelak

Cinta Murahan VS Cinta Suci nan abadi (ayt skema hihi).. pelakonnya manusia .. pentasnya dunia .. di sebelah kanan terdapat juri para malaikat,di sebelah kiri terdapat juri para syaitan durjana.

Sayang seribu kali syg,anak muda generasi siber hari ini amat mudah tertarik dgn pujuk rayu syaitan. syaitan dtg bawa p'alatan yg lengkap seperti wanita,harta & takhta.. syaitan gunakan media globalisasi sejagat disokong olh kuncu2nya yg bernama hiburan,dadah,kemodenan & isme2 yg marut karut

Ummi mawar pesan kita p'lukan jati diri yg mantap & pendirian yg kukuh.. dlm dada kita msti didinding dgn iman yg utuh.. mulut kita mesti dibasahi dgn zikrullah dan ayat2 suci al-Quran serta kandungan hadis Nabi.. yg paling penting jasad kita mesti membesar dgn makanan Halal.
Anggota pacaindra mesti bergerak atas arahan raja hati(qalb),seluruh sinaran mata,pendengaran telinga,sentuhan jari jemari,hembusan nafas turun & naik bertasbih kpd Allah s.w.t.. tunduk dan patuh kpd perintahn-Nya 

Natijah dari insan2 yg lahir
dari kelompok ini barulah
mampu berhadapan menangani
pancaroba dunia hari ini...

1
Komen

Syair Rabi'ah



cucuran air mata orang yg mencintai adalah bentuk ungkapan kerinduan, cinta dan kebahagiaan ketika ingin "bertemu" dengan-Nya ~




Ya Rabb
tenggelamkan aku dalam mencintai-Mu
sehingga tiada satu pun yang dapat memalingkan ku dari-Mu
kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimana pun
tiada selain Dia dalam hatiku mempunyai tempat mana pun
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekali pun
akan tetapi, Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun

Aku mencintai-Mu ..
Oh Tuhanku ...
dengan cinta yang penuh kesenangan
kerana Engkaulah yang layak untuk dicintai
adapun cinta Adam/Hawa
maka aku sibuk mengingati-Mu daripada yang lain
keharap Kau buka tabir untuk ku
sehingga aku dapat memandang-Mu
maka ujian yang ini dan itu bukan untukku
melainkan hanya untuk-Mu

~ aLunan puisi Rabi'ah Adawiyah ~
wanita suci yang sepanjang hayatnya
mengajar cara beribadat kepada Allah


0
Komen

Please don't cry


Besabarlah saat diri diuji
wahai diri ..
percayalah yang musibah itu bersifat sementara
kerana ia akan berlalu pergi ..

" Tidak ada sesuatu kesusahan (bala bencana) yang ditimpakan di bumi ini tidak juga menimpa diri kamu, melainkan sudah sedia ada dalam kitab (pengetahuan kami) sebelum kami menjadikannya.. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah" .... Surah al-Hadid ayat 22

Biarkan kepahitan itu pergi
gantikan kemanisan di jiwa ..
Biarkan kekecewaan itu berlalu
agar kegembiraan mewarnani semula ..
Biarkan kegelisahan itu lenyap dengan sendirinya
namun , janagn biarkan diri mu hilang semangat
Biarkan saja penderitaan itu hadir menyapa
moga kekuatan diri dijana semula

Biar rebah, jangan sesekali turut berubah
Biar terbuang supaya turut berjuang

Hidup ini indah sekiranya segala-galanya hanya kerana Allah
sesungguhnya kehidupan ada pasang dan surutnya
ada turun naiknya 
ada susah senangnya
ada kepastian setiap itu tetap berpasang-pasangan..

"kejarlah apa yang bermanfaat untuk kamu dan mintalah pertolongan daripada Allah.. 
Jangan mudah menyerah dan jangan pernah berkata. 
(sekiranya aku melakukan yang begini pasti akan jadi begini),
Namun katakanlah ..
"Allah sudah mentakdirkannya dan apa yang Dia kehendaki pasti akan Dia lakukan."


Ujian Allah tanda kasih sayang Nya .. kan  =) smile and smile =)
4
Komen

Tentang arwah a.k.a sahabat

Coretan sepintas lalu mengenai arwah .. 


arwah meniggal dalam usia yang muda
menanggung sakit barah otak selama setahun
menghembuskan nafas terakhir pada bulan Mei 2010
pandai melukis
cita-cita nya untuk menjadi akaunten
......


mawar sayang kan kamu kerana Allah 
mawar rindu akan kamu duhai teman
pilu hati terkenang kan memori saat bersama
hanya pemberian ini menjadi teman sepasang mata
ku kirimkan setangkai doa dan al-Fatihah buat peneman dikau
maaf kan ku ...
berat rasanya menanggung sendiri
......
ya Allah , relakan hati ku dengan takdir Mu 

***
pemberian dari arwah .. masa ni citer boys over flower tgh top kat tV
jadi .. arwah tahu mawar minat citer tu, arwah hadiahkan pada mawar CD lagu-lagu (BOF)
* komik korea*..*Now N Forever*..*Cd lagu*

hasil lukisan tangan beliau .. :(


..dalam simpanan memori mawar

..
lampu ni ... arwah kirim kan pada sepupu dia utk bagi pada mawar
pemberian terakhir .... mawar terima lampu ni setelah 
jasadnya bukan lagi di depan mata :'(

...........

Ya Allah redha kan hati ku atas pemergian sahabat baik ku
pasrah kan hati ini dengan nikmat dunia yang sementara
temu kan kami di syurga Mu ..
Amin amin ya Allah ..

<<Hati tErasa ada riNdu akan siNar itu >>
2
Komen

Cinta Terlarang

Kaum sejenis


Kisah seorang wanita yang mempunyai kegemaran yang bersalahan dengan hukum tabii, mempunyai naluri yang berbeza dengan apa yang dikurniakan Allah dari segi fizikalnya.. lama dan terlalu lama dia bergelumang dengan dosa dan noda ... >> ikuti kisah Yani (bkn nama sebenar) luahan rasa .. moga diri ku menjadi sumber keinsafan..


" Semasa kecil sy memang mmpunyai cita rsa berbeza b'banding rakan perempuan sy yang lain. sekiranya rakan perempuan sy bermain masak-masak, sy lebih gemar bermain bola dengan kawan lelaki. bila emak memakaikan sy gaun, cepat-cepat sy tukar dgn seluar.. rambut yg panjang sy gunting sendiri menjadi pendek..


itulah sifat dan perangan sy semasa kecil sehingga sy menginjak ke sekolah menengah. sy lebih suka berkawan dgn rakan-rakan lelaki namun kecenderungan naluri sy lebih kepada perempuan.. dan keadaan paling kritikal dalam hidup sy apabila sy mula jatuh cinta dgn kaum sejenis sy sendiri."


"Percintaan ini membawa kami kpd p'buatan yang sememangnya bersalahan dgn ajaran Islam.. sekiranya remaja lelaki dan perempuan yg bercinta, hubungan mereka dengan mudahnya akan dihidu oleh ibu bapa @ guru.. tapi disebabkan kami berdua adalah kaum sejenis, sy dan teman wanita sy bebas kemana saja dan boleh buat sesuka hati kami..


emak dan ayah tidk pernah b'tanya bila sy bawa GF sy pulang ke rumah dan bermalam dgn sy, dari segi sikap, sy sememangnya suka mengongkong dan kuat cemburu.. sy naik berang bila GF sy berhubung dgn mana-mana lelaki @ perempuan.." (luah yani kpd mawar)


sambungnya lagi ..


"bila dh masuk kolej sy bertemu dgn teman yg lain, kehidupan kami berdua bagaikan pasangan yg sudah berkahwin kerana kami tinggal serumah.. keadaan fizikal sy dah pun jadi seperti lelaki apabila sy sudah bekerja dan pada waktu itu sy lebih bebas untuk lakukan apa saja..


ibu bapa sy dah x mampu nk kata apa bila lihat keadaan sy.. sy sendiri x pernah kenal apa itu solat dan puasa, hidup sy hnya berhibur dan berseronok. sy ada kumpulan sendiri (tomboi) kami hapy bila bersama sb kami saling memahami naluri kami yg berbeza daripada wanita normal lain


ada kalanya kami b'kunjung ke kelab-kelab yg menyediakan kebebasan utk berhibur ...


sambungnya lagi ..


"Allah sememangnya masih syg kan sy .. pada 1 ketika sy dan rakan-rakan ditimpa kemalangan selepas pulang dari berfoya-foya.. rakan-rakan sy meninggal dunia di tempat kejadian.. dan sy ??? cedera parah & terlantar di hospital 6 bulan kerana mengalami patah tulang belakang.. Sy hampir-hampir menemui ajal pada ketika itu.."


Dan kini ... sy bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bertaubat, menebus segala dosa yang sy lakukan selama ini.. Apa yang berlaku sememangnya memberi kesan yg mendalam kpd diri sy. Sy begitu menyesal dgn apa yg pernah sy lakukan.. " 


"Alhamdulillah kini sy sudah bertudung dan sy mula mengerti keperluan sy supaya menutup aurat.. belajar membaca al-Quran berkat usaha sy dalam mencari keredhaan-Nya bersama sahabat sy.."


Moga kisah ini dapat dijadikan iktibar (^_^) .. sekiranya ada wanita yg bernaluri songsang, berusahalah bgi menyingkirkannya.. perasaan yg tidak baik datangnya dari godaan syaitan
~ pilih kawan yang baik.. yang mampu memimpin kita ke arah kebaikan


akhirkata dari mawar >> Insan yang berjaya, dihormati & dikagumi bukan kerana kejayaan tetapi kualiti yang membawa kepada kejayaan..


                                                                                                                               






 iktibar buat mawar dan sahabat ...
0
Komen

Bawa hati kepada Tuhan

Beratnya dosa menghimpit jiwa
jiwa terseksa inginkan penawarnya
hapuskan dosa mensuci kan amalan
bawa hatiku kepada Tuhan

........... renungan ..........

******

Miliki hati orang beriman
bersulam takwa yang kekal berazam
ayuh bawa hati mu kepada tuhan
kembara cinta tanpa sempadan
cinta iLahi itulah buruan ..

*hiasan*
___________


Mencari kemanisan dalam kehidupan
mehnah mendatang terasa terbeban
bawa hatimu kepada Tuhan
disana menanti syurga idaman


Carilah kemanisan dalam perjuangan
perjuangan mengejar cinta iLahi
mehnah mendatang itulah ujian
jangan tersungkur walau terbeban
suburkan iman carilah kekuatan
lapangkan dada hentikan ratapan
Bawa hatumu kepada Tuhan
mengharap hadir jiwa kehambaan
0
Komen

Merintis sejarah

Teruna dan Dara


Aminah bt Abdul Wahab adalah gadis yang memiliki rupa paras yang cantik dalam kalangan gadis arab pada waktu itu.. Manakala Abdullah bin Abdul Mutalib adalah sebaik-baik pemuda yang mempunyai budi pekerti yang luhur dalam kalangan pemuda Quraisy sehingga dirinya menjadi rebutan..


Pasangan Aminah dan Abdullah dikahwinkan ketika mereka berdua berusia 20 tahun, mereka bercinta selepas dikahwinkan.. namun selepas tiga bulan usia perkahwinan mereka Abdullah terpaksa meninggalkan Aminah bagi membawa barang dagangan ke negeri syam (kini dikenali sebagai syria)..


Dalam perjalanan pulang dari Syam,iaitu ketika sampai di kota Yathrib (Madinah), Abdullah tiba-tiba jatuh sakit.. Oleh hal demikian Abdullah terpaksa ditinggalkan oleh rakan-rakan perniagaannya yang pulang ke Mekah.


Ketika dalam keadaan sakit, Abdullah menumpang di rumah seorang Quraisy daripada keturunan Aby yang tinggal di Yathrib.. seterusnya khabar berita telah pun sampai ke pengetahuan ayahandanya, iaitu Abdul Mutalib.. Abdul Mutalib mengamanahkan anak sulungnya Harith supaya memastikan keadaan Abdullah baik di sana. ternyata perkhabaran yang diterima mendukacitakan Harith sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di kota Yathrib..


Dia dimaklumkan yang adiknya Abdullah sudah meninggal dunia dan sudah selamat dikebumikan beberapa hari sebelumnya.. (~_~)


Berita pemergian Abdullah akhirnya sampai ke pengetahuan Aminah, dia menerima hakikat yang suaminya sudah tiada sebagai qada dan qadar daripada-Nya.. sesungguhnya ini bukanlah khabar berita yang mudah diterima.


Di sebalik kerinduan kerana sudah lama tidak bertemu suami tercinta,apabila mengetahui khabar kematian suaminya, pastinya ini adalah berita yang menyedihkan.. pada saat cinta dan kasih sayang kepada suaminya mula bersemi, Allah terlebih dahulu menjemput suaminya kembali ke pangkuan-Nya..


..ternyata Allah lebih menyayanginya..


Pada saat Abdullah pergi buat selama-lamanya, Aminah disahkan mengandung dan kandungannya berusia tiga bulan.. insan yang dikandungnya itu tidak lain dan tidak bukan adalah insan yang dapat memberi cahaya kepada seluruh alam dan insan yang bakal diangkat oleh Allah


Dia lah Nabi Muhammad.. anak yang dikandung Aminah adalah tanda pengikat cintanya kepada Abdullah, Aminah menerima kehilangan suaminya dengan pasrah namun beliau bersyukur dengan kurniaan zuriat sebagai pewaris dan tanda pengikat kasih mereka


Aminah mengharungi saat mengandungkan anaknya tanpa suami di sisi dengan penuh kesabaran dan jiwa yang kental.. segala dugaan dan cabaran diatasi dengan penuh kesabaran yang sememangnya tersemat dalam sanubarinya.


Setelah genap 9 bulan mengandungkan Rasulullah, tanggal 12 Rabiulawal tahun gajah, bersamaan 20 April 571M lahirlah Nabi Muhammad yang penuh rahmat dan keberkatan daripada-Nya..


Insan yang paling gembira mendengar perkhabaran itu adalah Abdul Mutalib.. anak kecil yang mulia, yang beru dilahirkan itu dipeluk dan didukung serta dibawa bertawaf mengelilingi kaabah sebagai tanda syukur kepada-Nya ...





0
Komen

Bingkisan terindah buat wanita

Apabila Cinta Beralih Arah


"Cinta itu buta" . itulah ungkapan yang sering mawar dengar sehinggakan ramai orang jatuh cinta dengan pasangan yang orang lain rasa tak sesuai, tak sekufu dan sebagainya.. saat bercinta. kata orang semuanya indah belaka.. semua kelihatan cantik.. yeke ?? 
... tapi bila cinta sudah beralih arah semuanya menjadi hampa belaka.. huhu itu lah senario yang dihadapi oleh kebanyakan bunga..


Apabila bercinta kita pasti mengharapkan ia berkekalan hingga ke jinjang pelamin.. lantaran apabila cinta putus di tengah jalan, ramai yang putus asa.. and ada segelintir bunga mengambil keputusan tak kahwin sampai bila-bila..


kecintaan sebenar adalah kecintaan kepada manusia yang mampu mendekat kan kita kepada Allah :) .. tapi bila dilihat senario dunia dewasa ini, kebanyakan remaja sanggup berkahwin lari bersama lelaki yang dicintainya di luar negara . bahkan ada yang sanggup menukar pegangan agama dan jadi murtad (nauzubillah) hanya kerana cinta !!


Persoalannya, adakah cinta kita pada insan sebegini mampu membimbing kita kepada cinta-Nya ?? ngee~ anda lalui .. anda tahu jawapannya ...


tak salah bila kita menaruh harapan dengan pasangan supaya bersama hingga ke akhir hayat.. perjanjian perkahwinan antara bunga dan kumbang juga sama, mahu kekal bersama buat selamanya.. Tapi harus berpegang teguh pada katentuan Ilahi . . . . iaitu J.O.D.O.H , ajal dan maut semuanya dalam pengetahuan-Nya..


Sekiranya kita bercinta dan pengakhiran yang kita lalui tidak seperti kita sangkakan, yakinilah duhai hati sesungguhnya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita.. kerana setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..


Buat mu bunga, jaga maruah diri dan agama.. fahamilah, cinta kepada manusia itu bersifat sementara dan ia boleh berubah menjadi benci.. begitu juga sebaliknya perasaan benci boleh berubah menjadi sayang.. Jadiii ..... bersederhana lah ye, jom pupuk hati dan jiwa kita supaya lebih mencintai Allah dari segalanya,


maruah lebih utama dari cinta

idola muslimah : Contohi Siti Hajar yang mencintai Allah lebih dari segalanya, sehingga beliau sanggup bersendirian bersama anaknya Ismail di Mekah yang gersang.. berbekalkan kecekalan dan keyakinan akan ada kesudahan yang baik daripada setiap yang berlaku, keyakinan pada janji dan pertolongan Allah itu pasti dapat mendorong diri untuk terus berjuang..


Kita mungkin tidak diuji sebagaimana Siti Hajar kerana setiap individu pasti tidak sama bentuk cabaran dan dugaan yang diterima.. Namun sekiranya ujian yang kita tanggung maha hebat, bersabar dan berpegang teguh pada hakikat tersirat ketentuan Allah itu tersimpan pelbagai hikmah..


Allah berkata, "orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian daripada mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar." surah al-Taubah ayat 71
0
Komen

Nota cinta dari ku



Berteman kan jendela usang,kian pudar warnanya, panahan sang mentari terik dan sejuk embun tatkala malam menjelma .. di sini seorang anak gadis berteleku memeluk angan, bermain seloka besama angin lalu .. setiap kali usai solat isyak disinilah tempat nya beradu kasih meluahkan rasa suka & duka ..


Sejak gadis pulang bercuti di kampung halaman, lamaran yang diterima tidak pernah kenal erti jemu, dan dia...entah untuk kesekian kalinya hati masih membeku dalam ugkapan pasti.. di atas tikar sejadah merah gadis berserah andai telah tiba masanya Allah akan membuka pintu hati yang telah lama ditinggalkan..


Gadis mengerti akan perasaan walid .. tapi gadis tidak sanggup menerima hati mujahid jika gadis hanya berpura pura menerima mujahid itu, dia terlalu sempurna walid, sedangkan gadis hanya insan biasa yang punya sejarah.. gadis akur kesukaran gadis dalam menjawab persoalan ummi dan walid tempoh hari.. maaf kan gadis walid. . . ummi . . .


"Niat suci ummi untuk melihat anak gadis ummi menjadi amanah mujahid dan kasih walid untuk melihat putrinya bahagia bertemu dengan sang putranya" .. aaaa (gadis menghelakan nafasnya) entah untuk kesekian kalinya ...  Oh bulan, dengarkah engkau akan sebak suara hati ku ini ? 


Maaf kan gadis walid (dalam sendu gadis menatap langit ciptaan-Nya) izinkan gadis menjahit kembali sejadah yang kian terkoyak sebelum gadis berdiri membina kekuatan menyambut huluran tangan bersama lirikan senyuman


>>> N.O.T.A buat mujahid >>>


Bismillahirahmanirahim ...
telah ku pilih jalan-Nya
kerna cinta-Nya
keyakinan cinta pada-Nya tak kan pernah kurang


Maafkan sikap ku
fitrah hati terlalu berat untuk di bohongi
terlalu besar untuk ku buang
tapi tetap aku pertahankan
demi meraih cinta suci-Nya


Kau insan terpilih
sedangkan aku insan yang sering memilih
bertapa mulianya peribadimu
menerima aku yang kau sendiri kurang jelas akan sifatnya..
kau berserah pada takdir semata,
tapi aku tetap berkeras melepaskan dikau pergi
dari raut wajahmu, aku mengerti akan rasa hati
kecewa dengan sikap ku ini bukan?
iyaa ... ummi dan walid turut kecewa dengan aku
maaf untuk ke sekian kalinya ..


mujahid yang soleh..
buka kan mata hatimu
untuk menerima dia yang solehah
izinkan aku menyusuri jalan sebagai hukuman
sehingga aku mampu tersenyum di jendela ini
aku ku kabarkan berita indah buat walid dan ummi..
namun jangan di paksa naluri untuk terus menunggu
terus kan dakwahmu..genggamlah dia yang solehah..
........
andai benar aku tercipta untuk insan sebaik kamu
hanya Allah yang mengetahui bertapa syukur atas pemberian-Nya
duhai mujahid harapan ummah damaikanlah hati mu dengan zikrullah..


akan kusimpan nota bisu ini buat tatapan
sebagai peneman akan hadir insan sehebatmu dalam kolam hati ini ..




piss piss ... hehe rekaan je tau ;)
mawar berduri
02/06
dingin malam di tepi jendela ..



0
Komen

Mawar ini kian pudar warnanya



Nukilan bermula hanya sekadar menyedapkan hati yang kian di himpit resah dan gelisah.. entah sejak bila mawar yang mekar berani melawan arus, menjadi mawar yang tegar menongkah cuaca yang bukan kebiasaan diri.. bermula dari langkah pertama pertemuan antara Mawar dan Sang Kumbang yang jinak dalam langkah kehidupannya..


Hari mawar kian memancar sinar pelangi .. pertama kali mengenali Kumbang bukan lah sesuatu yang biasa baginya.. selangkah dalam mengenali & memahami hati si Kumbang.. Ohh bahagia kah mawar selamanya? benar kata sahabat kebahagiaan tak kan hadir dalam kemungkaran..


sedarkah kalian akan kesalahan mawar? Yaa .. mawar ini cuba melanggar hukum, mawar tetap cuba memekak kan telinga dengan suara sahabat.. Ahh mudah benar dia beralasan waktu itu, terlalu muda untuk berfikiran matang? bukankah pesanan telah di perdengarkan ? bukan kah sudah berkali kali kau di lihatkan akan kekecewaan sahabatmu kerana sang Kumbang ? ... sedarlah mawar, fitrah mu perlukan Lebah! bukan kumbang yang berkeliaran..


Tidak cuma sekali .. mawar itu terus beraksi, kini bertemu lagi Kumbang yang berjaya mencuri harumnya mawar itu, tapi sayang .... Kumbang lebih awal di kembalikan pada kejadian alam .. dimamah tanah, pemergian yang tidak di undang.. merintih hati mawar buat sekian kali nya.. kerana cinta yang baru berputik tidak kesampaian..


ini semua ... ketentuan iLahi ...


Ayuh mawar ku ... usah kau merenung jalan yang gelap, lebarkan kelopakmu pada dia yang layak.. suburkan warna mu hnya pada dia yang berhak .. moga keharuman mu itu menjadi kebanggaan .. Tapi ... mawar itu tetap tunduk menyembah bumi, mungkin memikirkan atau mentafsir kan fitrah alam dengan segala kemampuan.. Benar. yang salah tetap salah, mawar harus diberi pengajaran kerana itu


Duhai hati, masih suci kah kau didalam sana?
Masih kah kau setenang air di dasar lautan?


..........


kini mawar itu terkulai layu ..








tidak sesegar mawar yang dulu


Link blog sahabat