2
Komen

Layang ~ Layang ciNta

Mencintai seseorang walaupun tak dapat ku miliki ..
Ku mahu layang2 ku terus terbang bebas di udara
Ku mahu layang2 itu terus terbang dengan megahnya
aku gembira kerana dari jauh
dapat ku lihat ia bahagia..
walaupun tak dapat menggapai layang2 ku
walaupun tak dapat ku genggam talinya
cukuplah hanya sekadar melihat ia terbang
kerana ku tahu ... jodoh dan ketentuan di tanganNYa 
0
Komen

kenAngan manis

Kita tak harus bertemu
agar tiada hati yg terluka
tiada jiwa yang merana
tiada air mata berlagu pilu
tiada kenangan yang tercipta
tetapi ...
apa yang berlaku hari ini
esok dan lusa
bukanlah di tangan kita ..
kita tetap di temukan
oleh Dia yang Esa
untuk merasakan kematangan Cinta

sesungguhnya ..
apa yang berlaku di belakang tabir kehidupan ini
tidak pernah menjanjikan apa-apa
kalau hari ini kita ketawa,
esok kita mungkin akan menangis hiba

Dan hari ini ....
air mata ku gugur diantara jari jemari
yang sedang menadah tangan
memohon kekuatan
memohon ketabahan
dari dia yang mengatur setiap pertemuan ...

Link blog sahabat