10
Komen

Bila Dah TerCinta, Benarkah Itu Jodoh?

Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!

Pess!! 

" ~ ~ Tiada terfikir,
Terlintas engau akan tiba
Membawa perangsang ~ ~
Tiada terfikir, terlintas 
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan ~ ~
Bunga kembang bertali hati . . . Bunga kembang di puncak akli ~ lalala ~"

__
__
__

begitu indahnya cinta.. Membawa perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata kata. Tapi kerap diberi melalui lirikan mata walau lidah kelu tanpa kata, jantung berdegup kencang!.. Rasa cinta tetap mampu membuat tidur di ulit mimpi indah.

Bahagianya bila diri dicintai oleh orang yang kita cinta atau suka.. kan? Tapi kalau zaman dulu perasaan "cinta" ni untuk orang dah besar je, tak pun yang dah remaja sebab waktu remaja ni merupakan masa yang terlalu kompleks, banyak perubahan diri  yang berlaku.. Tak sama dengan zaman kanak kanak yang hanya ada kemahuan dalam kepuasan bermain je. Persoalan mawar sekarang ni, adik adik yang kecil pun dah tahu soal "cinta" or perasaan suka dekat lawan jantina mereka.. Fuhh dasyat kan? "Dunia dah maju......."

Kalau pada usia awal, kita kerap merasakan desakan dalam diri yang ingin dicintai dan mencintai dan akhirnya terdorong untuk mencari cinta.. Cinta yang dicari oleh desakan naluri kanak kanak ni unik sikit, sebabnya ada beberapa ciri yang diorang akan pilih sebagai "cinta" mereka. Contohnya macam ::

  1. Nama (kalau nama yang cantik dan popular, dorang akan mudah tertarik)
  2. Rupa paras (kalau yang cantik dikatakan baik hati, kalau yang huduh dianggap jahat) adil ke?
  3. Bentuk badan (nak yang tegap tegap/langsing je) yang kurus sape nak? Huhu
  4. Perangai (yang ni peranan utama sebelum diorang memilih cinta)
Yang ni fakta.. Sebab mawar belajar dalam subjek perkembangan manusia, desakan naluri remaja kalau still ada ciri ciri macam ni bila menilai seseorang, SAH dia agak keanak anak-kan lagi. Tapi yang no 4 tu mawar pun setuju :)  hehe ..

Tapi bila melangkah ke menara gading, MITOS memaksa Si Jejaka dan Si Jelita mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen. Kononnya menara gading merupakan tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama selepas graduasi .. Indahnya jika ia berkekalan. Dan malangnya jika cinta yang berputik dan berbunga bunga ni akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih! Dan mula terasa sesak nafas..! Katakan pada diri, benarkan bicara dakwat hitam ni?

Siang malam kita berdoa agar rasa cinta ini kekal untuk selamanya, kekal dalam redha ilahi, kekal hingga ke syurga.. Bila hati dah terpaut, benarkah ini Cinta? .. Fikirkanlah, andai dia cinta mengapa harus menyakitkan? Andai dia setia mengapa harus menduakan? Andai dia jujur mengapa harus melarikan diri disaat cinta teguh bersemi? Jaga lah hati dengan sempurna kerana jika kamu merasakan dia adalah jodohmu, dia tak akan pernah mengajak kamu kepada kemungkaran lebih banyak dari kebaikan..

Jika dalam hati ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya. . .renungkan seketika, di mana kita ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia. Bila cinta Allah menjadi yang utama, nescaya dia akan menjadi yang kedua di hati kamu.. Jika cinta Allah lebih kamu sayang, ia adalah batasan keredhaan Allah. Ini yang dinama kan "dia jodohku"

Bila diri dah meningkat dewasa, pernikahan bukan lagi mainan, jika ia nya mainan.. itu bukan cinta yang beharga, dan kamu tidak akan pernah menerima dan memberi cinta sebenar pada orang yang kamu sayang. Jika pernikahan yang kamu cari.. Tak perlu membuang masa dengan tempoh perhubungan yang lama. Dekatilah pernikahan kerana disitu letaknya keredhaan Allah ..

Atur kan langkah kakimu menuju gerbang kebahagiaan dengan senyuman, andai terdetik rasa keraguan, dekat kan diri dengan Allah, menunaikan solat tahajjud dan istiqarah memohon petunjuk dan memastikan dialah jodoh kamu.. Jika orang yang kamu dambakan itu akhirnya tidak tercipta untuk kamu, tabahkan hati menerima takdir ilahi .. mawar mohon kamu teruskan kehidupan dan persahabatan dengan dia dan jangan berputus asa dalam mencari pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.


Kerana ..
Aku juga punya cinta ^_^



TingTongTingTong :: Izin Laluan Dalam Mencari Cinta




6
Komen

Salam Ulang Tahun



Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!


Toin toin .. Selamat berhujung minggu!.. Alhamdulillah kini Allah masih memberi ku ruang untuk menikmati segenap keindahan, mencari makna sebenar dalam kehidupan buat persediaan untuk bekalan kehidupan  yang kekal abadi.. Huhu sekarang ni umur mawar berada di angka yang menggerunkan, ngeh2 .. Selamat tinggal "belasan" dan selamat menjadi kawan kepada "puluhan" tahun .. 

Dapat baby comel !!


4 Tahun  Vs  20 Tahun


Sebenarnya tak ada bby baru pun dalam keluarga mawar sekarang ni, hehe sebab bby yang mawar maksudkan tu hadir ke bumi sejak 20 tahun yang lepas.. Tahun 1991 ! .. Lama dah kan? Hee hee .. itu lah hadiah dari Allah, mak dapat bby comel yang mawar maksudkan .. ^_^

__
__
__

Nama di beri oleh ayahanda gabungan rasa cinta dari ibunda dan di persetujui oleh nenda tercinta yang tertera di lesen memandu dan kad pengenalan sebagai Nazatulwanis Mohd Khorish .. Seorang anak yang berusaha tunduk dengan ajaran Allah, menghargai jasa mereka yang mendidik supaya menjadi anak yang solehah, tetap tersenyum walau badai datang melanda, mencari sinar untuk kembali beroleh bahagia bersama keluarga tercinta..

Diri ini bukan siapa siapa, bukan juga seorang wanita yang gagah.. Kerana diri ini juga sering rebah menyembah bumi, tapi . . . Bumi yang ku sembah, adalah tanda sujud kehambaan pada mu Ya Rabbi. Memohon segenap kekuatan dari Mu untuk aku terus berdiri disini. 

__
__
__

23/10 :: Pukul 12.00 am  *call*

Ibu :: Selamat hari lahir sayang.. (sambil nyanyi lagu "Allah selamatkan kamu" dunia akhirat) ibu doakan sehat tubuh badan, belajar rajin rajin dan capai apa yang anak ibu janjikan untuk masa depan yang cerah dan semoga jadi anak yang soleh, pandai hormat orang tua, pandai jaga diri walau kat mna saja . . .dan lagilagilagi . . . . (bnyk ucpn ibu) 

Mawar :: Amin bu, doa ibu yang selalu di harapkan.. Moga Allah terima doa ibu tanpa hijab (terharu dengan ucapan yang tulus dari hati seorang ibu, peluk cium dari jauh)

Ibu :: Dah besar anak ibu sekarang ni, jawab periksa betul betul.. Jangan main main

Mawar :: Orite .. Hehe insyaallah .. Dah tua dah anak ibu ni, tapi ibu lagi lah dah tua .. ^_^ hahaks kan kan?

Ibu :: Haa, sedar pun dah tua, bila nak bagi menantu kat ibu?

Mawar :: Uih ... patutnya ibu la kena bagi hadiah, mana boleh ibu minta hadiah pulak (hahahahaha)

....................



TingTongTingTong :: Thank You Allah .. :) For evrithing .. 


5
Komen

Waah, Teharunya . . .

Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!

Hari ni hati mawar tersangat sangat lah berlapang hati, haha perosak bahasa. Lama tak luangkan masa kat ruang sepi ni sebab persiapan untuk beperang belum cukup lengkap sepenuhnya walaupun dorang dah bagi seminggu cuti "stdy week" sebelum Final Exam datang menyerang! .. Kalau bagi mawar sebulan pun tak cukup sebab yang nak melekat dalam kepala ni hanya bila keadaan terdesak dan didesak, huhu *awas! jangan tiru aksi ini di rumah. ok*

Sebelum tu mawar nak bagi pantun dua kerat ::
Pak Ali tengah baca surat khabar
Si Jelita dan Si Jejaka apa kabar?

Haa. Jawab jangan tak jawab .. Moga dalam keadaan sihat seadanya, walaupun mawar masih bergantung kepada 2 bijik panadol sampai ke hari ni belum kebah lagi demam ni, tapi jangan risau sebab tangan masih boleh mencoret dan kaki masih mampu berlari lari .. Oh ya, sebenarnya mawar nak ucap Terima Kasih yang tak terhingga kat korang semua yang mendoakan mawar. 

Sebab, mawar terharu bila ada orang yang amil berat, bila ada orang yang peduli kan kita, bila ada suara  tiupkan semangat, bila ada orang yang sudi mendoakan yang terbaik untuk kita.. Selain doa ibu ayah, doa sahabat juga merupakan antara doa yang di makbulkan oleh Allah tanpa hijab.. Dan secara tak langsung hati orang yang di doakan akan beroleh ketenangan walaupun dia dalam keadaan yang tidak bersedia ( macam mawar ) He hee. 




Bila hati memandang segenap kebaikan, terdetik rasa syukur. Moga Allah menjadi pelindung yang terbaik di sisi kamu .. Alhamdulillah mawar tinggal lagi 3 subjek untuk terus menorak langkah menuju kesempurnaan sebagai pengenbara ilmu, buat sahabat yang turut mengharungi peperiksaan, mawar ucapkan " Salam imtihan " dan teruskan perjalanan walau hari ini hati merintih lelah dengan ujian.. 'Tak ada satu hal pun dalam dunia ini yang akan menyenangkan mu selain dari kesusahan yang kamu lalui sebagai benteng kekuatan'..



Thanks banggat Bella luna .. Pedamba mawar .. Miss Aien .. Dill .. Hafiz hafizol .. Nurul .. Sobri yaacob .. Amir baker ..  Nisa ..  Syafiqa karim .. Iwanski ..



TingTong :: 23 oktober 1991, mawar berduri selamat dilahirkan oleh bonda tersayang ;)




10
Komen

Exam Fever Not Forever


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!




..... ..... .....
* bangun pagi pagi baca nota
* tido malam malam mimpi nota
* duduk sorang sorang tengok nota
..... ..... .....







TingTong :: Baca buku sampai demam



10
Komen

Langkah Kanan


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!






Kalau nak sampai ke puncak gunung kena mula dari anak bukit.. Kalau impikan kejayaan kena mulakan dengan tekad, biar susah awal permulaan jangan susah di akhir perjalanan .. Moga bertemu kembali dengan sebaris senyuman di sini, ku hulur salam kemaafan selama diri mencoret di ruang bisu ini ..

Ukirlah senyuman walau diri terbenan :) .. Gunakan Psikologi untuk terus maju dalam duka, jangan mudah kalah walau diri selalu rebah, Allah sentiasa bersama kita.


:: kejayaan tak kan muncul bersalut madu ANDAI usaha tak sepatih hempedu ::


TingTongTingTong :: Usaha + Doa + Tawakal






2
Komen

Selamat Tinggal Ab


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!

Oh Masa betul betul mencemburui hidup kita, serius! kedip kedip mata je dah bulan 10 sekarang ni kan.. Dan kini mawar hampir mara ke final exam tak lama lagi, minggu stdy week di adaptasi kan seperti biasa untuk balik kedah, pantang cuti lama.. So, bila dah kat rumah rindu pulak dengan kekasih hati yang lincah ni


teman buat asgmnt ^_^


Eh Si kecik ni .. buat muka cute pulak, huhu rindu lah sama kamoo. Dah 2 hari duk kat rumah, tapi kenapa tak nampak pulak Si Kecik ni main main kat sekitar rumah, senyap sunyi tanpa bunyi "Meooww" . . .

Mawar :: ibu, dah banyak hari duk kat rumah ni, tapi tak nampak Ab pun.. Bosan pulak tak kacau dia


Ibu ::  ........


Mawar :: Mesti da gemok kan haha kejap je dah 3 bulan tak jumpa .. Rinduu ah!


Opah :: Dengan kucing pun menjadi budak nih


Mawar :: Wuuwuu mesti lah opah, adik yang bongsu tu!! hehe ape salahnya, Nabi pun sayang kucing ;)


Ibu :: Si Kecik tu nakai sangat, ibu dah suruh MakNgah kau buang kan.


Mawar :: Haaaah ???? ( tup tup.. pipi ni basah ) Alaa, kenapa ibu buang dia.. Huuhuuu :'( (nangis lagi) dia kan kecik lagi, memang la nakal bu..  Anak ibu kecik kecik dulu pun nakal jugak, tapi ibu tetap bela kitorang sampai besar..

Sedih
Sangat Sedih ..
Rasa macam nak balik melaka cepat cepat .. dekat hostel banyak kucing (budak merajuk) .. Walaupun Dia bukan kucing Parsi or kucing Siam yang gebu tu, tapi dia tetap best !!




TingTongTingTong :: Serius Tak Tipu, Rindu ...!
 Kalau mawar orang kaya boleh la buat iklan tolong carikan seekor kucing siap ada ganjaran ribu juta lagi.. Tapi apakan daya .. aku hanya Kaya dengan Budi bahasa.. yeke? 






3
Komen

Temukan Kami Dengannya


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!


Wewet .. Apa kabar Si Jelita di samping Si Jejaka? hahaks .. buat yang "SoLo" moga ceria selalu, jangan pening kalau sebelah kamu masih kosong tanpa peneman .. Jangan risau kalau tangan kamu tetap sejuk tanpa genggaman hangat .. Jangan peduli apa kata orang, yang penting hati kita tetap sama ^_^ peace !!


P.E.R.S.O.A.L.A.N

Betul ke jodoh tak perlu dicari kerana ia akan datang dengan sendirinya? Bak kata pepatah "Kalau sudah jodoh tak akan kemana".. Tapi macam mana dengan situasi sekarang ni? Ramai yang jodohnya tak kesampaian hingga ke hari senja dan tak ketinggalan hingga ke akhir usia.! Aku tak rela "pergi" tanpa jaminan sunnah Rasulku .

Erm tak dinafikan ramai juga yang mencari jodoh tetapi jodohnya tetap tak kunjung tiba, kata kan pada hati "Aku perlu yakin Allah telah mengatur keindahan setiap hamba hamba-Nya". Kalau Si jelita yang mengorak langkah mencari Si Jejaka (jodoh) akan dipandang serong, nampak macam basikal ligan kereta! Adil ke macam tu?

Ligan jangan tak ligan !!!

Tapi jangan kerana cinta hati, maruah diri di abaikan. Sememangnya kena yakin yang jodoh itu akan datang kepada kita dengan cara yang baik dan bukannya menjual diri menagih simpati, bukan menjaja cinta ke sana ke sini! Oh No no nO . . . Jodoh akan datang tatkala Allah mentakdirkan pertemuan dengan pelbagai cara, situasi dan masa. Sekiranya kita sudah bertemu dengan jodoh yang dirasakan serasi untuk kita, namun ada kalanya Allah menghalang dengan pelbagai cara. Uhuu sangat tragiss!

Jadi untuk mengelakkan rasa kecewaan + frust datang bertandang dalam hati, sebagai insan yang sering mendambakan keredhaan & rahmat dari-Nya, serahkan jodoh kita kepada Allah (harus pasrah dalam berserah!) Jangan buat perkara yang boleh melanggar syariat islam atau menjatuhkan maruah diri semata mata hanya inginkan jodoh anda.

Andai hati sudah berkenan, carilah jalan untuk melakukan hal yang sewajarnya dengan saluran yang betul. Bercinta dengan cara yang tidak halal akan membawa kepada kemungkaran. Untuk Si Jelita yang merasakan sekiranya belum berpasangan menendakan diri kita tak hebat, itu pemikiran yang salah sebenarnya. Mawar meletakkan hal ini sebagai satu mahkota yang terpelihara, harus berbangga! Wihuuu ..


TingTongTingTong :: Kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik 





2
Komen

Wordless Wednesday


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!
__
__ 
Sila abaikan tarikh di atas, hari ni 12/10 bukan 11 ...! huhu
 ~ Bicara tanpa kata ~



TingTongTingTong :: Seni itu Ukhwah ;)


17
Komen

Awas Dengan 3 Perkataan Ni


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!

Kali ni mawar nak membebel sikit tentang perkara yang kerap dilakukan oleh kaum wanita di bawah akal sedar, tapi ia mampu membinasakan perhubungan korang .. Jadi A.W.A.S !! Untuk wanita yang sudah berumahtangga kena lebih berhati hati dengan perkara ni .. 
__
__
__

Sebelum tu, kurangkan lah menggunakan perkataan "tak pernah" ... "selalu" ... atau "memang" dengan pasangan anda. Sebab perkataan ni antara kata yang mampu membunuh diri anda! Haha ( ayat kejam ) 

Dalam sesuatu perhubungan, cuba bayangkan diri anda dalam situasi sakit hati sekarang ni   >.<    sebab si dia tidak melakukan sesuatu yang anda inginkan, lepastu mula lah terkeluar tuduhan dari mulut Si Jelita ::

" You tak pernah care pasal I !! "
" Abang tak pernah nak buat apa apa untuk saya! "
" You selalu buat tak tahu bila I cakap "
" You memang tak sayang I kan !"
"  Abang selalu buat tak endah dengan apa yang saya suruh!"

Ouch ! .... Ouch ... Ouch !!!



Lantas, hati Si Jejaka tadi siapa yang tahu bertapa lukanya dia kerana tak mungkin dia tak pernah melakukan apa apa untuk mu.  " Sayangku, kenapa dengan mudah kau menuduh aku.. Adakah aku tak berguna langsung dalam hidup kamu?"  Hati Si Jejaka kembali mengalir kan air merah tanda kedukaan dengan kata kata mu .. 

Sejujurnya mawar mohon pada kamu Si Jelita pelihara tiap butir bicara, elakkan menggunakan perkataan general yang macam ni, walaupun nampak simple tapi besar pengaruhnya .. Tak adil untuk Si Jejaka, mereka juga punya hati yang mudah menagis dengan kelakuan kamu. 

Setiap masalah ada penyelesaiannya .. Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati .. Setiap persoalan ada jawapanya. Kalau darah manismu dah tahap kemuncak dengan sikap Si Jejaka, gunakan topik yang menjadi "ketidakpuasanhatimu"  saja dan bukan tuduhan secara menyeluruh macam di bawah ni ::

" You tak sms I pun tadi masa unch, next time smslah I dulu " 
lebih baik dari 
 " You tak pernah care pasal I, tak sms pun "  
____

  "Abang tak buang sampah yang saya suruh tadi, nanti berbau rumah kita" 
lebih baik dari 
"Saya sorang je yang buat kerja kat rumah ni, suruh tolong sikit pun tak boleh!" 

 Waah, emosi nya kaum perempuan ni erk 

Dalam perhubungan kita kena pandai main madah kata, gunakan psikologi untuk mendamaikan situasi yang tegang, kalau sesuatu hal yang spesifik, jangan hentam Si Jejaka dengan tuduhan yang General terhadap semua aduan.. Akhir dakwat 

kurangkan tekanan , tingkatkan kebahagiaan


TingTongTingTong :: Hanya pemerhatian seorang insan yang lemah tentang kehidupan


10
Komen

Mawar L.o.V.e Kumbang



Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!

Toin toin ... jangan lupa jawab salam tu wajib tau, mawar hulur dengan senyum sedekah untuk si kacak and si jelita ^_^ Moga dirimu beroleh ceria selalu .. Kali ni bukan niat mawar untuk mempersoalkan hukum alam tapi dengar baca lah tulisan di bawah ni dulu ya ..

Siang + Malam
Hujan + Panas
Besar + Kecil
Buka + Tutup
__
__

Bunga + Kumbang
__
__

Dan

 Lelaki + Perempuan


Ehem ehem .. Kenapa wanita memerlukan lelaki dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dulu, tatkala sepasang mata ini melilat dunia tanpa memahami sebarang erti .. Kenapa seorang wanita yang bebas sanggup  mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Ngee~ ( akal rabina ini terus berfikir )

Bukankah lebih hebat jika hujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit kenyit mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tak lokek menghulurkan senyuman tanda salam perkenalan? He he hee ( gelak cOmel :P )

Mawar ada kawan yang sederhana cantik, tidak terlalu kurus atau gemuk. tidak terlalu buruk mahupun jelita tapi manis nya tetap ada ( sedap mata memandang ) , santunnya memikat orang tua, seorang yang beragama dan menjaga solatnya.. Dan dia sentiasa "bergembira" dengan kehidupannya yang sOLo .. Tapi mawar fikir, mawar faham apa yang bermain di mindanya. Gadis itu tak mampu berdusta melihat kebahagiaan cinta kawan kawan yang lain, dan mungkin dia cemburu dengan mereka yang berpasangan. Dia selalu tertanya tanya " Apalah rasanya bila perempuan dipuja dan dicintai oleh seorang lelaki ?? "

Tinta mawar kali ini adalah untuk mu .. dan mungkin juga kamu yang sama situasi dengannya :) mOga kamu sudi membacanya ..

Cinta tak akan muncul jika dipaksa paksa, cinta juga tak datang kala kita mahukannya.. Jika kita mahukannya menjadi seperti air, ia datang seperti api. Tapi jika kita sabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga .. Sebab lelaki yang baik bukan turun dari langit, lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepalanya bersongkok, berjubah, janggut selambak atau harta yang membuak buak ..

Tetapi lelaki yang baik, datangnya untuk menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, sama sama menjaga kemurnian kalbu, membuka jalan mendalami selok belok agama, dan memberikan zuriat yang halal untuk kita .. Dia akan datang apabila tiba masanya .. Lambat atau cepat? Maaf kan aku, kerana Allah yang lebih mengetahui.



Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang perempuan seperti manusia kudung diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.. Namun, tidak kira "semasyuk" manapun perkasihan dua jantina, selain dari perkara yang cantik dan baik, kita harus bersedia menerima kehodohan dan keburukan dalam perhubungan.

Kerana bila kita mempersilakan seorang lelaki duduk disamping kita untuk sepanjang hayat, beerti kita wajib mempersilakan segala masalah bertandang di bahu kita bersama dia .. Dan tak hairan lah jika kita mendengar rungutan dari segelintir anak gadis tentang tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tak ada bezanya walaupun mereka belum berkahwin !

Yup, lelaki memang mendatangkan bahagia ( itu tak dinafikan ). Dan lelaki juga mendatangkan sengsara. Tapi jika kita bijak menatangnya.. insyaAllah semuanya berjalan lancar. Adatlah kan dalam perhubungan, yang buruk pasti ada ( mungkin dari dia, atau mungkin jugak buruk itu datang dari kita sendiri ) .. 

Si Jelita, kita diciptakan dengan kemulian syahadah. kerana benih seorang lelaki, kita tersenyawa, dikurniakan tenaga sehingga kita mampu mencari jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.. Kerana benih seorang lelaki, kita ditiupkan jiwa, menjadi manusia dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana Ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan Ayah. Allah itu Maha Pencipta, kita dicipta daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu kuat sehingga mengenepikan kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jauh menyembah kaki.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu bergantung hidup yang harus diserahkan kepada seorang lelaki untuk melindungi dirinya.. Dan kita pun tak selamanya mahu menjadi angin semata mata.. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya dan terbang bersama sama, terbang sehingga ke sayup langit terbuka menggenggam bahagia hingga hari tua, akhirnya rapuh dan mati .. Tapi kita tetap bahagia dalam dakapannya ..


mOga diA jOdoh tErbaik uNtuk kitA sEmua


TingTongTingTong :: Cinta x semestinya kamu bersatu dgn penikahan, tapi kamu dan dia tetap pengantin dalam jiwa untuk selamanya ;)
10
Komen

Epilog Sekeping Hati


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!


Duhai hati .. mengapa engkau begini
Sesuka hati kau mempermainkan janji
Sekejap kau ingin berbakti kepada ilahi
Sekejap kau lari pula dari niat mu yang suci
Hinggakan aku tak pasti apa yang kau cuba cari

Aku pinta padamu wahai sang hati
Tolonglah mengerti keinginanku yang satu
Ku ingin sekali menghadap Tuhan dengan jiwa murni
Tanpa janji palsu yang bersarung penuh puisi kosong
Menjadi ungkapan tetapi tidak jua ditepati

Adakah kerana sifatmu semulajadi berbolak balik ?
Pantas kau mudah menukar haluan layarmu
Laksana kolek yang terumbang ambing dipukul ombak
Ditolak ke kiri dan kanan tanpa tujuan
Tiada sauh pemberat, tak juga dipasak ke bumi
Langsung tak teguh !

Tidakkah kau malu pada penciptamu ?
Di penghujung malam kau merayap inginkan keampunan
Namun di siang hari kau mencorak dosa serta mungkar
Sedarlah seisi dunia ini hanyalah taman permainan
Malah harganya kurang daripada sebelah sayap nyamuk

Senda gurau ini tidak akan berlarutan sampai bila bila
Sampai masanya episod ini akan ditamatkan jua
Usahlah kau tertipu dek kerana pujuk rayu nafsu
Pintu syurga terbuka seluas luasnya untuk mu ..

Jejakkan kaki
Jika benar kau bijak
Ambil lah peluang disini
Kau bakal tersenyum girang di "sana" nanti


TingTongTingTong :: Jangan biarkan hati mati sebelum ajalnya 



Link blog sahabat