11
Komen

Dunia Berakhir 2012 ??



Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!


" 2012 Dunia Berakhir...? "

# sila baca dengan nada yang betul macam dalam iklan tu. okey.

Sebaris ayat yang mampu membuatkan aku terlopong sambil kerut dahi setiap kali tengok iklan "berani mati" ni.. Eh, iklan hidup ke? Sebenarnya dah lama isu ni, tapi nak jugak menyelit untuk ke sekian kalinya.. Masa bulan November 2009 dunia di kejutkan dengan filem yang bertajuk "2012" arahan Roland Emmerich yang mendakwa kemungkinan besar dunia akan berakhir pada disember 2012....!!


Sekarang kita di ambang pengakhiran 2011

Apakah ??

.......

Bukankah ianya urusan Allah 

Apa yang pasti, hari itu tetap akan tiba 

Tingkatkan keimanan. kurangkan kemungkaran ^_^





6
Komen

Blog Kena Buang



Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!

Hati menagis bibir tersenyum
tiada ungkapan selain rasa syukur ..


16/12/2011 blog ni tetiba tak boleh nak sign in account, terdetik juga di hati nak kembalikan blog ni. dah bermacam cara mawar cuba, tapi al maklum aje lah, mawar bukan budak it.. jadi, dengan rasa berat hatinya mawar buat keputusan untuk lepas kan blog ni untuk selamanya ... (selamat tinggal dunia blogger)

Dalam hati jangan di tanya erti bahagia. dalam sekelip mata rasa hampa mula bertandang menguasai emosi, hanya mampu melihat blog ni rosak sedangkan tangan terasa kaku, tak mampu menekan kunci keselamatan. 
__
__
__ 

Allah Maha Mengatur setiap pekara yang kita tak ketahui

Post yang >> INI << bukti dari seseorang yang dah tolong selamatkan blog ni. sangat terharu !! ^_^ blog dah sembuh !!! Terkejut juga bila ada rakan yang bagitahu blog ni dah sembuh dari demam, Ya Allah .. aku mampu tersenyum dalam lena yang panjang.

Untuk kamu yang sudi menghulurkan bantuan tanpa di minta, jutaan rasa syukur ku kirimkan dalam doa moga dirimu di rahmati selalu.. walau terkadang kita bertengkar, bergurau senda, bergelak ketawa, bermasam muka, tapi ketahuilah persahabatn yang di bina tak semudah 1 2 3 untuk di runtuhkan .. :) Maaf kan silap salah selama aku mengenali kamu ..


:: sekuntum mawar buatmu yang sudi membantu ::

TingTongTingTing :: Awak... Terima Kasih 


10
Komen

Pengorbanan

Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!




Udara terlalu nyaman bila hujan turun. fikiran mula melayang jauh ke hujung dunia, tanpa Aslan sedar.. hanya jasad di sini tapi jiwa masih di sana. Dalam nafas yang lemah Aslan runtuhkan tiang keegoan demi segenggam rindu. segera jari jemarinya menekan satu persatu huruf yang mampu menyampaikan rasa hati

" Aku harap kau tak kan pernah lupakan aku.." message send !

Mata kembali di pejamkan, titisan air mata mula membasahi wajah, seiring dengan kehadiran hujan.. Kenapa kau tak halang aku bila aku nak pergi jauh, kenapa kau tak pernah ungkapkan. walau hati aku yakin kau juga punya rasa yang sama.. haruskah aku menanti dalam kelam - Ahh, Aslan benar benar keliru

Sesaat kemudian ...
" Aku tengah tengok gambar kau masa kat sawah ari tu, comei ar bila kau senyum. tapi aku rasa sekarang ni kau  bukan lagi secomei macam dalam gambar ni, kan kan kan?"

" Mana kau tau? haha aku kan brutel, tak main la nagis2 nih.. weh, tak nak pujuk aku ..?" Arghh.. susah untuk menduga hati wanita itu, tapi dia mampu membahagiakan. Aslan tetap suka. 

" Kalau kau rindu aku, kau pejam je mata kau tuu.. nanti aku sampai kat kau punya. haha "

Ishh budak nih.. hum, Aslan membiarkan sms tidak di balas. melayan rintik hujan dengan pandangan mata hati sungguh menyenagkan.. best nye kalau tidur sekarang.. tapi lagi best kalau kau pun ada dengan aku kat sini.. Belum sempat lenanya di sambut mimpi, tiba tiba ada suara yang memanggil namanya. tapi siapa pulak yang kenal aku kat sini? - detik hati Aslan

" Aslan ....!!! Oit, bangun laa.. aku suruh kau pejamkan mata je bila kau rindu aku, yang kau hentam sampai nak tido ni apesal.. bangun la weh...!"

..................

" Hehe... kau ni, bila masa kau sampai? macam hantuu tetiba muncol..! " Aslan buat muka selambe, cover malu sebab terpedaya dengan sms tadi..

" Haa, tulaa .. mengelamun sorang sorang dalam hujan ni memang kau tangkap feeling habis sampai tak pandang kiri kanan kan. sian kat aku dari tadi mandi hujan tahu, sadisss..." - fuh membebel !!

....................

Dalam diam hati Aslan mula menguntum seribu satu harapan. terima kasih kawan.. kau ada bila aku perlukan.


11
Komen

Chocolate



Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!

Aku ingin melihat semua orang tersenyum
walau hati aku terluka, tak akan sesekali aku hilangankan senyuman
kerana kehilanagn itu akan mengheret kamu bersedih hati
kerana kebahagian aku ada pada senyuman mu




Awak .. saya tersenyum.
^_^ 
~ cerialah bersama ~

11
Komen

Soalan Dari Miss Farahin


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!

Anak kucing lompat pagar
Blogger ape khabar ? 

Pertama kali mawar di serang dengan soalan dari Pelangi Warna Warni ni, hehe dah macam orang yang nak cari kerja sebab kena lalui saat di temuduga  ^_^" .. Moga jawapan di bawah mampu membuat kamu tersenyum 



  • Siapa yang kamu sayang ?
Ehem ehem.. Awal awal lagi farah dah tanya soalan cepu mas ni ya, tak sempat nak buat mukaddimah panjang panjang, hehe.. Mawar jenis yang tak kedekut kasih sayang "sangat" jadi mawar akan sayang sesiapa sahaja yang sudi sayangkan mawar.. give n take :)


  • Tempat yang mawar nak pergi ?
Izinkan aku menapak di hati kamuu....!

  • Dah kerja ke belum ?

Belum ada kerja lagi .. tapi selalu cari "kerja" .. jeng je jeng .. terlebih rajin

  • Benda yang akan dibeli bila dapat first gaji ?

Kalau benda . . . mungkin mawar beli cincin emas ke berlian putih ke, lepastu boleh berlagak macam orang dah kahwin.. nanti bila ada kumbang datang dekat, mawar tunjuk jari jeee .. hehe (poyoo..!) 

  • Kereta idaman ?

(^_^) .... Kereta yang percuma !! tak kisah walaupun hanya kereta kancil, janji free.. Tak cerewet kan? He he

  • Artis yang mawar suka ?

Selagi dia seorang manusia.. sebab kalau dia dah jadi HULK mawar akan buat buat tak suka... EEeee "orang" hijau ! lari .....

  • Kenangan terindah mawar ?

Banyak sangat sangat, tapi yang paling indah bila dapat jumpa dengan kembar !! lepastu semua orang buat muka seposen yang ada tanda tanya kat dahi ----->> (*_#) mawar ada kembar ? 

  • Hobi masa lapang ?

Err macam tak ada masa lapang, tapi mawar suka conteng kertas A4 dan mula paksa pen merah pen hitam untuk menari ala ala penulis novel gi tuu ..

  • Warna kegemaran ?

100% kehidupan mawar hanya ada merah di hati, tidak akan sesekali aku menduakan mu.. Merah bukan tanda marah, tapi merah mampu memberi 1001 keyakinan untuk terus melangkah :)

  • Kenapa buat blog ?

Sejujurnya.... mawar pun tak pasti macam mana boleh terjebak dengan dunia blog, tapi bila sekali dah mula, rasa teruja jugak. banyak benda baru n pengalaman baru selain dari menatap surat kabar dan muka pembaca berita 

  • Komen tentang blog farah ?

Waah, bab kritik mengkritik ni yang cek lemah sikit banyak ni, tapi jika ini kemahuanmu aku terpaksa mengutuk di hadapan mu .. Oh maafkan daku ... luluh hati ini untuk melahirkan kata kata nista itu.. haha (drama!!)

** Simple is better
** Pink ? Jangan kamu terus bersikap curang dengan biru ...!
** Farah.. lagu yang berkumandang dekat blog farah ni mawar suka, tapi mawar lagi suka kalau lagu tu mawar sendiri yang nyanyi dalam hati ... hehe peace gurl (^_^) !!

TingTongTingTong :: Rumah Mawar Kulim Jugak !!








8
Komen

Hirisan Pertama Di Hujung Cerita


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!



" Awak tak penat ke jadi baik? Awak tak penat ke kalau orang hina, permainkan awak, kutuk awak, hancurkan hati awak? Tak pernah sekali ke awak melawan? Ape yang awak buat ni...? "

Izinkan aku bertanya.. Penatkah menjadi baik? Izinkan aku menjawabnya.. 

Ya, sungguh ia memenatkan sekiranya kebaikan kita turut dihina.. aku juga manusia biasa. lemah.. Kebaikan yang kita hulurkan bukan untuk dipandang, tapi mengapa harus kita menadah tangan menyambut hinaan.. Bila kita melemparkan kunci dendam nun jauh di dasar lautan, malah mereka menuduh kita hipokrit.. adilkan ia?

Ketika hati kamu terluka, luahkan rasa yang terpendam, jangan disimpan terlalu lama.. kelak akan membusuk dan bernanah dan kamu juga yang akan menaggung derita tiada kesudahan, kerana dunia bagaikan penjara bangi orang yang beriman.

Tiada siapa inginkan pekara yang tidak elok terjadi dalam hidupnya, fikiran yang waras tetap impikan keindahan, tapi kadang kadang situasi memaksa kita menjadi seseorang di luar kawalan. Adunan perasaan serta di dorong angan yang tidak berkesampaian mengubah kita menjadi insan yang sukar diramal.. Hingga kadang kadang kita sendiri benci melihat bayang bayang sendiri ..!

Ingin melangkah tapi terasa bagai kaki di rantai. 
Ingin menjadi lebih baik tapi ada saja alasan yang menghalang.. Harus bagaimanakah

Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut, jangan ditarik simpulan tali terlalu kuat.. kelak simpulan akan semakin sukar untuk dileraikan.. Jangan menggenggam rama rama terlalu kemas, kelak rama rama turut binasa dan terkoyak sayapnya..

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.. Sakit yang paling sakit adalah sakit yang dicipta oleh orang yang paling kita sayang.. Jangan di sia sia kan seumur hidup hanya menagisi luka silam, tidak adil dan tidak berbaloi untuk kamu menghukum hati itu

Penghujung cerita... aku tetap impikan yang indah. Walau sekadar dalam mimpi, aku tetap mahukannya.. jangan kau iri dengan keinginanku yang satu.. Kerana aku juga mahukan ia menjadi milikmu ..


TingTongTingTong :: Memaafkan adalah penawar terindah =)


16
Komen

Cinta Yang Tak Disambut..


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!




ingin terus bermimpi 
bertemankan suara dan usikan
menari bersama bermain setia
buatkan aku lupa akan derita silam ..

Tapi ..
aku turut di himpit resah

Andai tangan tidak di sambut
Andai kasih suci tidak bertaut
Cinta di hati ke mana ingin larut ??



Dalam diam sekeping hati menaruh rasa pada seseorang, dalam diam sekeping hati terus berdoa moga angan dan harapan menjadi nyata.. Melihat warna ceria di setiap wajah yang bermadu kasih, terdetik rasa di hati untuk turut memiliki keindahan itu.. tapi, tiada siapa yang sudi memandang niat baik mu, tiada siapa ingin melihat wajah mulus mu .. Bagaimana jika cinta ini langsung tidak dipandang?

Jika kamu memiliki kelebihan paras yang indah dan kamu memiliki segala galanya, mungkin cinta yang di inginkan akan menjadi milikmu, tetapi percayalah. . . cinta itu bagaikan sebuah jalan cerita dongeng yang di reka oleh penulis skrip tanpa unsur keikhlasan di dalamnya, kerana ikhlas dalam cinta sukar untuk di baca.

Bila hati menjerit inginkan cinta nya tapi di hati dia cinta untuk kita tetap kosong, kita bukan sesiapa di matanya.. Walaupun kita puja sepenuh jiwa, bersajak bermain seloka, kita tetap tiada makna baginya.. Kerana cinta bukan paksaan, dapatkah kau rasa aura kekecewaan ini?



Saatnya orang tidak sudi, kita harus melangkah pergi.. Menebarkan sayap cinta pada ilahi membiarkan hati mencari ruang untuk di isi, kerana cinta hadir tanpa di paksa dan cinta juga akan pergi di telan masa. Izinkan hati mu menggenggam bahagia

Duhai hati, berhentilah dari terus memandangnya. Cinta yang tak bersambut bukan satu keindahan, jangan di paksa akan senyum mesra terus terbina dan jangan mengharap jalan yang indah selamanya di hujung cerita.. Andai tiada cinta disini, melangkahlah bersama embun pagi.

Moga terbina nafas baru saat mentari mula melonjak ke arahmu.. sandarkan kekecewaan di suatu sudut yang jauh dari sekeping hati, agar ia tidak terus berkecil hati .. ^^


TingTongTingTong :: kisahnya .. selalu terjadi menaruh hati dalam diam








Link blog sahabat