Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!
" Awak tak penat ke jadi baik? Awak tak penat ke kalau orang hina, permainkan awak, kutuk awak, hancurkan hati awak? Tak pernah sekali ke awak melawan? Ape yang awak buat ni...? "
Izinkan aku bertanya.. Penatkah menjadi baik? Izinkan aku menjawabnya..
Ya, sungguh ia memenatkan sekiranya kebaikan kita turut dihina.. aku juga manusia biasa. lemah.. Kebaikan yang kita hulurkan bukan untuk dipandang, tapi mengapa harus kita menadah tangan menyambut hinaan.. Bila kita melemparkan kunci dendam nun jauh di dasar lautan, malah mereka menuduh kita hipokrit.. adilkan ia?
Ketika hati kamu terluka, luahkan rasa yang terpendam, jangan disimpan terlalu lama.. kelak akan membusuk dan bernanah dan kamu juga yang akan menaggung derita tiada kesudahan, kerana dunia bagaikan penjara bangi orang yang beriman.
Tiada siapa inginkan pekara yang tidak elok terjadi dalam hidupnya, fikiran yang waras tetap impikan keindahan, tapi kadang kadang situasi memaksa kita menjadi seseorang di luar kawalan. Adunan perasaan serta di dorong angan yang tidak berkesampaian mengubah kita menjadi insan yang sukar diramal.. Hingga kadang kadang kita sendiri benci melihat bayang bayang sendiri ..!
Ingin melangkah tapi terasa bagai kaki di rantai.
Ingin menjadi lebih baik tapi ada saja alasan yang menghalang.. Harus bagaimanakah
Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut, jangan ditarik simpulan tali terlalu kuat.. kelak simpulan akan semakin sukar untuk dileraikan.. Jangan menggenggam rama rama terlalu kemas, kelak rama rama turut binasa dan terkoyak sayapnya..
Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.. Sakit yang paling sakit adalah sakit yang dicipta oleh orang yang paling kita sayang.. Jangan di sia sia kan seumur hidup hanya menagisi luka silam, tidak adil dan tidak berbaloi untuk kamu menghukum hati itu
Penghujung cerita... aku tetap impikan yang indah. Walau sekadar dalam mimpi, aku tetap mahukannya.. jangan kau iri dengan keinginanku yang satu.. Kerana aku juga mahukan ia menjadi milikmu ..
TingTongTingTong :: Memaafkan adalah penawar terindah =)
8 Kuntum Mawar:
Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.. Sakit yang paling sakit adalah sakit yang dicipta oleh orang yang paling kita sayang.. Jangan di sia sia kan seumur hidup hanya menagisi luka silam, tidak adil dan tidak berbaloi untuk kamu menghukum hati itu
suka ayat ni..:)
adui :-(
ayat................ semantik sungguh .......
mana button like yer?
nak like byk2 kali laaa
Pendamba :: kekuatan cinta hnya pda hati .. hihi
Mr aslam :: ahaks .. sementik erk? adik beradik kosmetik jgk ler kot.. hihi .. alaa sorry, yg ada buttn unlike je .. like dlm diam ^_^
cik mawar.. farah suka ayat cik mawar 2 perenggan terakhir.. boleh farah copy x??
p/s~ farah tag mawar.. kalau sudi jwb ye..^_*
farah :: .. hehe xde halangan klu nk copy, nk "cut" pn blh ;) hehe tp jgn smpai hilang kt blog ni dh ler.. hehe nti tetibe kosong plk ruang tu :D
Ps2 :: orite .. nti mawar jwb soalan temuduga erk ^_^
hikhikhik.. farah ambik je.. x delete..nak post dlm fb.. heheh.. makaseh mawar..^__^
hehe tame2 tacih ;) .. have a nice day farah
luka sedikit sebanyak menguatkan jiwa kita.
Allah sayangkan kita :)
dill.
Post a Comment