Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!
"Sesuatu isu hanya akan menjadi masalah sekiranya otak kita mentafsirkan isu itu sebagai satu masalah. Sekiranya kita menaggap itu sebagai satu cabaran, ianya akan lebih memberi kesan yang positif dalam hidup kita"
Taapp !! Bunyi suis radio ditutp kasar oleh Ana. "Pandailah kau cakap masalah takkan jadi masalah kalau kita fikir benda tu bukan masalah. Mana kau tahu apa yang aku rasa". Gadis sunti itu melepaskan kemarahannya. Marah betul dia mendengar apa yang cuba disampaikan oleh pakar motivasi dalam siaran radio tadi. Dari duduk, dia baring. Tidak selesa berbaring, dia mengiring. Ana menutup matanya rapat rapat. Dia ingin melupakan segalanya. Kepalanya terasa berat dan berserabut dengan masalah yang bertubi tubi datang dalam hidupnya sejak kebelakangan ni ..
Kalau boleh Ana ingin lari, lari sejauh mungkin untuk melepaskan dirinya daripada belenggu masalah yang ditanggungnya sekarang. Sakit kepalanya memikirkan tentang apa yang perlu dia lakukan untuk melenyapkan masalahnya. Makin cuba dilupakan, makin terbayang satu persatu masalah di ruang matanya. Tanpa disedari, air mata membasahi pipinya .. Berat dugaan ya Tuhan, keluh hati kecil Ana.
Sebentar tadi dia baru menerima keputusan peperiksaan IELTS (international english language test system) melalui pos. Dia memang berdebar menunggu keputusan, dan nyata keputusan kali ini tidak memihak kepada dirinya.. Ana gagal untuk mendapat sekurang kurangnya band 7 untuk melayakkan dirinya memohon untuk menyambung ke luar negara.
Baru seminggu lepas adik bongsunya dimasukkan ke hospital kerana demam panas. Ibu jadi tak betah menguruskan urusan rumah dan soal penjagaan adiknya secara serentak, lantas Ana ditugaskan untuk menguruskan hal rumah. Pening kepalanya memikirkan bagaimana mahu menguruskan hal rumah.
Ana paling tak tahan melayan kerenah dua orang adiknya yang gemar bergaduh sesama sendiri. Boleh dikatakan setiap hari mereka bergaduh sampai bertumbuk dan lebam. Tak ubah seperti anjing dan kucing, pantang tersalah sedikit pasti ada yang bercakaran. Ana jugalah yang penat meredakan pergaduhan mereka, kalau dibiarkan mahu juga salah seorang dari adiknya ni menempah katil bersebelahan adik bogsunya yang masih di hospital.
Ibu mesti susah hati kalau tahu keadaan di rumah sangat tidak teratur. Makan pakai tidak menentu, maklumlah anak dara yang tidak pernah buat kerja rumah yang menguruskan segala galanya. Selama ini dia hanya tinggal di asrama jadi dia tidak ada pengalaman menguruskan rumah tangga. Balik ke rumah pun sebulan sekali sahaja. Tak hairanlah kalau rumahnya tidak terurus sempurna semasa ketiadaan ibunya..
Soal bapa lagilah Ana benci untuk fikir. Dia punca masalah sebenar! Semenjak berbini muda ni tak pernah balik ke rumah langsung. Ana pun tak tahu sama ada bapanya masih hidup ataupun tidak. Dia lebih suka bapanya mati daripada menyusahkan ibunya saban hari.
Ana pun tak faham kenapa ibu hanya membiarkan perangai bapanya yang semakin menjadi jadi.. Mungkin ibu sudah tidak mahu ambil pusing lagi hal hal yang berkaitan bapanya ataupun ibu memang sudah patah hati mengenangkan sikap bapanya yang terlalu kejam menduakan dirinya.
Ana kagun dengan ibu. Walaupun banyak dugaan yang menimpa ibu, ibu tetap teguh dan jarang mengeluh. Ana ingin sekali mencontohi sifat ibu yang tak mudah melatah dan tak mudah mengaku kalah. Ana amati ibu tenang sahaja menghadapi badai kehidupannya. Tapi Ana tak mampu berpura pura seolah olah dia kuat seperti ibu. Ana rasa sakit hati tapi tak tahu nak salahkan siapa. Siapa yang menentukan hidupnya begini? Takdir Tuhankah?
"Adakah kau mahu menyalahkan tuhan?" Tiba tiba Ana terdengar suara bergema dari dalam dirinya..
"Mana boleh aku salahkan Tuhan.. Astaqfirullahalazim .." Ana berdialog dengan suara hati.
"Habis tu, kau memprotes dalam diam seolah olah kau tak bersyukur dengan segala kurniaan-Nya selama ini." Tegas suara hatinya berbicara.
"Aku cuma kesalkan kehidupan aku yang serabut dengan masalah, aku tak bermaksud menyalahkan sesiapa." Ana masih ingin membela diri walau dia sedar kesalahan diri cuma egonya masih tidak mahu mengalah.
"Kau tak perlu menyesal. Kau cuma perlu hadapi cabaran ini dengan tenang dan redhalah pada takdir Tuhan, kau akan selamat." Suara hati berkata lagi sebelum suasana menjadi sepi .Ana merenung jauh, kotak fikirannya ligat memikirkan apa yang dia perlu lakukan untuk menghadapi takdir yang telah tertulis untuknya. Apa yang pasti, Ana sedar dia pelu redha dengan apa yang terjadi dan sentiasa sabar dalam mengharungi setiap episod duka hidupnya. Pasti sejalur cahaya pelangi akan kembali lagi menyinari cerita hatinya yang semakin hari semakin hambar.
Tiada guna untuk bersedih atas kegembiraan yang telah hilang dan ianya pasti hanya bersifat sementara. Segalanya telah tertulis sejak di Loh Mahfuz dan Allah telah memberikan peringatan di dalam kitab sucinya supaya manusia tidak bersedih hati akan apa yang telah hilang daripadanya..
Bicara ILAHI ::
" Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Loh Mahfuz sebelum kami menjadikannya.. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Kamu diberitahu sypayang kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu... " surah al hadid :: 22-23
TingTongTingTong :: Lakaran cerita dari hati Si Jelita yang kini makin dewasa
5 Kuntum Mawar:
Tapi amat susah utk selami "duka dalam senyum".. walau macam mana kedukaan yang di hadapi.. hati tetap tersenyum kerana mengerti segalanya adalah ujian ilahi... =)
setiap apa yang berlaku da hikmah di sebalik semua nie.. pasti da jalan penyelesaian juga..=)
bagus cita di atas nie..
Iwanski ::
betul betul :) , walau terkadang hati perit dgn ujian bibir masih mmpu tersenyum menanti akan hikmahnya ..
nur farahin ::
Moga dirimu terus tersenyum :)
amin.. thank mawar..^__^
Post a Comment