1
Komen

Setitik Dakwat Mampu Membuat Sejuta Akal Berfikir



Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!

Menangis tak semestinya menunjukkan seseorang itu lemah
Bahkan menangis kerana takut kepada Allah
Boleh melonjakkan semangat seorang hamba
Untuk mengorbankan segala-galanya yang dimiliki demi Tuhannya

BUKAN

Menangis kerana ditinggalkan kekasih hati kerana cinta 
Bahkan bukan menangis kerana takut keseorangan
Tanpa insan di sisi sebagai peneman ..

***

Hiduplah sebagaimana yang kamu mahu
Sesungguhnya kamu akan tetap mati
Cintailah sesiapa yang kamu mahu
Sesungguhnya kamu tetap akan terpisah dengannya
Dan buatlah apa saja yang kamu mahu
Sesungguhnya kamu akan dipertanggungjawabkan
Dengan apa yang telah kamu lakukan ..

Jadilah kamu seorang yang tinggi dengan didikan agama
Merendah diri dengan akhlak terpuji & baik hati
Sentiasa haus dengan ilmu nasihat sebagai persiapan menjadi yang soleh & solehah


TingTongTingTong :: Dakwat mawar tetap ada untuk kamu


1 Kuntum Mawar:

a.samad jaafar said...

menangis kerana cintakan Allah itu begitu indah.. tapi berapa ramai antara kita yang menangis kerna-Nya..

terima kasih kerana sudi singgah membaca n3 merapu saya.. mmg saya akui n3 saya memeningkan pembaca..terutama yg kali pertama singgah ke blog saya.. saya sgt menghargai pengunjung blog saya.. lain kali cubalah baca lagi hihihi..


Link blog sahabat