0
Komen

jangan kau menoleh kembali

Mengingati masa lalu ,, kemudian terlalu asyik berinteraksi dengannya dan bersedih hati atas masa yg telah berlalu merupakan kebodohan dan kegilaan .. hanya akan mematikan keinginan serta menghancurkan kehidupan saat ini .

sesungguhnya kejadian masa lalu, menurut orang yang berakal telah digulung selamanya di dalam penjara kelupaan,,diikat dengan tali yang kuat di penjara ketelantaran.. maka ia tidak akan keluar selamanya. Ia dikurung di tempat yg sempit hingga tiada cahaya kerana ia telah berlalu dan SELESAI ..

tidak ada kesedihan yang dapat mengembalikannya, tidak ada kesusahan yang dapat memperbaikinya, tidak ada rasa jenuh yang dapat membenarkannya, ataupun rasa sakit hati yang dapat membangkitkannya, kerana ia pada hakikatnya sudah tiada lagi..

Oleh itu jangan lah kamu hidup dalam kepedihan masa lalu dan di bawah bayang2nya. Selamatkanlah dirimu dari perangkap masa lalu..Apakah kamu mahu mengembalikan aliran sungai ke muaranya,,mentari ke tempat terbitnya,,anak kecil kedalam perut ibunya ?????

Sesungguhnya kamu, dengan reaksimu yang berlebihan, ketakutanmu, bara dendammu akan masa lalu, dan kekecewaanmu merupakan suatu keadaan yang buruk dan mengkhuatirkan kehidupan ada hari ini mahupun akan datang.

mencatat masa lalu merupakan kegiatan yang mensia2kan waktu yang ada,, mengobrak-abrik usaha,, mensia-siakan kesempatan yang ada. Allah telah menyebutkan umat-umat terdahulu dan apa yang telah mereka lakukan kemudian ALLAH s.w.t berfirman >>> تِلك أمة قد خلت <<<
Ertinya :: itulah umaat yang telah lalu ...

Selesai sudah masa mereka,dan tidak ada gunanya lagi menghuraikan bentuk zaman,,serta mengulang kembali masa yang telah lalu. Sesungguhnya orang yang kembali ke masa lalu, bagaikan orang yang membuat kembali adunan sedangkan adunan itu telah selesai dibuat dan dilaksanakan...

Sesungguhnya cubaan kita adalah ketika kita tidak mampu menghadapi masa kini (ujian dari ALLAH) lalu tenggelam menyibukkan diri dengan masa lalu dengan memelihara puing-puing yang telah HANCUR !!.. Andaikan jin dan manusia berkumpul untuk mengembalikan masa lalu nescaya mereka tidak mampu kerana pekara ini sangatlah mustahil..

Manusia tidak memerhatikan apa yang telah tertutup, dan tidak menoleh ke belakang kerana angin berhembus ke depan dan air akan tetap mengalir ke arah depan.. maka janganlah kamu menentang arah jalan kehidupanmu ...

~ SEMOGA TABAH MENGHADAPI RANJAU KEHIDUPAN ~ ma`asalamah ..

0 Kuntum Mawar:


Link blog sahabat