0
Komen

mengapa aku diuji .. ??

MUSIBAH apa pun yang terjadi di muka bumi mahupun diri sendiri, tanpa terkecuali telah tertulis di dalam kitab sebelum kita ditetapkan. Pen telah kering, catatan telah diangkat, kejadian sudah ditentukan dan takdir telah tertulis. Sekali-kali tidak ada satu pun yang akan menimpa kita kecuali pekara yang telah ditetapkan ALLAH bagi kita.. apa yang menimpamu pasti tidak akan luput darimu,,apa yang luput darimu pasti tidak akan menimpamu..

Sesungguhnya jika keyakinan kukuh dalam jiwa & hatimu, ia akan mengubah dari bencana menjadi pemberian dan ujian menjadi kurniaan..bahkan seluruh kejadian menjadi hadiah & sebagai bukti dari hadith ni ::
>> من يرد ألله به خيرا يصب منه <<
Ertinya ::" barangsiapa yang dikehendaki Allah s.w.t kebaikan padanya..maka dia akan diuji."

Jadi , jangan lah kamu berasa gelisah kerana suatu masaalah ,, penyakit ,, mahupun kematian seseorang yang amat bermakna bagi kamu.. Allah telah menentukan dan ketentuannya telah terjadi. Allah telah memilih kejadian tersebut dan seluruh pilihan adalah mikik Allah, sehingga pahala direpolehi & dosa digugurkan ..

Berungtuglah orang2 yang ditimpa musibah atas kesabaran & keredhaan terhadap Yang Pemberi, Yang Pengambil, Yang Pencabut, Yang Pembentang.

otot-ototmu tidak akan tenang begitu juga dengan kegundahan dalam jiwamu..Tidak akan hilang bisikan-bisikan hatimu sehingga kamu meyakini Qadha & Qadar.. Pen takdir telah menetapkan apa saja yang kamu alami di hari ini, semalam mahupun yang akan datang. Jadi,, jangan lah kamu sesali keadaan dirimu,, jangan pila kamu menyangka bahawa kamu boleh menahan tembok dari runtuh .. menahan air dari terus mengalir .. menahan angin dari terus berhembus .. menjaga kaca dari terus retak .. KERANA semua itu di luar perkiraan dan kemampuan kita .. 

Ini kerana apa yang telah ditetapkan Allah pasti terjadi.. dalm firmanNYA ::
>> فمن شاء فليؤ من ومن شاء فليلكفر <<
Ertinya ::".... maka barangsiapa yang ingin (beriman) silakan ia beriman dan barangsiapa yang ingin (kafir) , silakan ia kafir ..."    
( AL-KAHFI :29 )

TERIMALAH TAKDIR ALLAH SEBELUM DIRIMU DIKEPUNG OLEH TENTERA KEMURKAAN.

Saudara/i ku .... tenangkanlah hatimu ~
jika kamu telah melakukan pelbagai jenis usaha dan kamu telah mengorbankan pelbagai jenis kemungkinan, lalu terjadilah apa yang selama ini kamu khuatirkan, kerana memang inilah yang seharusnya terjadi... 
MAKA ... JANGAN KAMU KATAKAN
"Andai aku melakukan ini/itu sejak dulu pasti perkara sebegini tidak akan terjadi "
TETAPI KATAKANLAH
" Allah s.w.t telah memutuskan apa yg akan terjadi pasti akan terjadi "

AKHIR KALAM ... PUJUK LAH HATI MU UNTUK DEKAT PADANYA ..
Pesanan buat DIRIKU dan dirimu ...
salam sayang ,, salam peringatan ...
yang benar dari Dia ,, yg KHILAF adalah diriku sendiri .

ya ALLAH .. kuatkan aku
LiNdunGilah aku dari bErputus asa ..

0 Kuntum Mawar:


Link blog sahabat