Sejauh mana aku cuba lari
melawan arus yang bertentangan
sekuat mana aku cuba bertahan
menepis segala desakan ..
Kerana hati ..
mula berbisik akan keindahan
gigih untuk melupakan kedukaan
masih utuh meneruskan kehidupan
masa silam harus ditinggalkan !
Kerana hati ini milik gadis picisan
mudah tersentuh . mudah jatuh
ya , hati ini bukan perwira
yang gagah menerima tanparan dunia
Tiap masa dan ketika
hati berbicara tanpa kata
memohon kekuatan
kerana mulut tak lagi ingin bersuara .
TingTongTingTong :: Salam Rindu Dari Bumi Sintok ^^ First Update
2 Kuntum Mawar:
bila tanya hati apa yg inginkan, mesti banyak soalan yg hati akan ckpkan :)
@nur farahin binti sulaiman dari mata turun ke hati, dari telinga turun ke hati, dari fikiran juga turun ke hati, terlalu banyak yg diserap olh hati.. hingga sukar utk kita laksanakn permintaan hati yg satu .. ^^
Post a Comment