Saat kita menempuh onak duri dunia
sekali sekala derita mencuit hati
hati remuk menangis
kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati ..
Ketika itu sabar pun tidak dikenali lagi
dalam terharu ..
air mata tertumpah juga
begitulah kehidupan di dunia
kita tidak akan sesekali dapat menjangka
apa yang Allah aturkan untuk kita
adakalanya kita tersangat gembira
adakalanya kita tersangat kecewa
Namun ..
usah risau sahabat
Allah itu Tuhan kita
Tuhan Yang Maha Luas Kasih SayangNya
Percayalah ..
Allah tidak akan menduga hambaNya
kecuali untuk melihat hambanya
tersenyum disana .. tertawa disana
berbahagia disana .. Insyaallah di syurga ..
yang mengalir dibawahnya
sungai-sungai yang mendamaikan jiwa
indahnya ...!
jangan bersedih, kerana telah melalui kesedihan itu kelmarin dan
ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada hari esok ..
Kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin
terperuk dalam putus asa dan dunia yang luas dirasakan sempit
dan tidak lagi berguna ..
Padahal, dunia inilah kesempatan
untuk kita dekatkan diri kepada Allah
untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah
serta bebas daripada rasa kesedihan.
Gara-gara kesedihan
air yang manis terasa pahit
makanan yang lazat terasa hambar
bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu..
Ingatlah tangisan terindah itu
apabila butir-butir air mata
mengalir hangat di pipi
lantaran terasa diri kita
begitu kerdil di sisi Allah
dan begitu berdosanya diri kita di sisi Allah
lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa
Senyuman yang kau berikan
dan air mata yang kau titiskan, simpan ... jadikan tauladan
segala yang kau pandang dan dengar, simpan ... buat pedoman..
TingTongTingTong :: Di dalam hati kita ada kekusutan yang tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah s.w.t
2 Kuntum Mawar:
sobss... sdih bace . xpe Allah sentiasa ada kan :)
Post a Comment