Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!
Pess!!
" ~ ~ Tiada terfikir,
Terlintas engau akan tiba
Membawa perangsang ~ ~
Tiada terfikir, terlintas
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan ~ ~
Bunga kembang bertali hati . . . Bunga kembang di puncak akli ~ lalala ~"
__
__
__
__
__
__
begitu indahnya cinta.. Membawa perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata kata. Tapi kerap diberi melalui lirikan mata walau lidah kelu tanpa kata, jantung berdegup kencang!.. Rasa cinta tetap mampu membuat tidur di ulit mimpi indah.
Bahagianya bila diri dicintai oleh orang yang kita cinta atau suka.. kan? Tapi kalau zaman dulu perasaan "cinta" ni untuk orang dah besar je, tak pun yang dah remaja sebab waktu remaja ni merupakan masa yang terlalu kompleks, banyak perubahan diri yang berlaku.. Tak sama dengan zaman kanak kanak yang hanya ada kemahuan dalam kepuasan bermain je. Persoalan mawar sekarang ni, adik adik yang kecil pun dah tahu soal "cinta" or perasaan suka dekat lawan jantina mereka.. Fuhh dasyat kan? "Dunia dah maju......."
Kalau pada usia awal, kita kerap merasakan desakan dalam diri yang ingin dicintai dan mencintai dan akhirnya terdorong untuk mencari cinta.. Cinta yang dicari oleh desakan naluri kanak kanak ni unik sikit, sebabnya ada beberapa ciri yang diorang akan pilih sebagai "cinta" mereka. Contohnya macam ::
Kalau pada usia awal, kita kerap merasakan desakan dalam diri yang ingin dicintai dan mencintai dan akhirnya terdorong untuk mencari cinta.. Cinta yang dicari oleh desakan naluri kanak kanak ni unik sikit, sebabnya ada beberapa ciri yang diorang akan pilih sebagai "cinta" mereka. Contohnya macam ::
- Nama (kalau nama yang cantik dan popular, dorang akan mudah tertarik)
- Rupa paras (kalau yang cantik dikatakan baik hati, kalau yang huduh dianggap jahat) adil ke?
- Bentuk badan (nak yang tegap tegap/langsing je) yang kurus sape nak? Huhu
- Perangai (yang ni peranan utama sebelum diorang memilih cinta)
Yang ni fakta.. Sebab mawar belajar dalam subjek perkembangan manusia, desakan naluri remaja kalau still ada ciri ciri macam ni bila menilai seseorang, SAH dia agak keanak anak-kan lagi. Tapi yang no 4 tu mawar pun setuju :) hehe ..
Tapi bila melangkah ke menara gading, MITOS memaksa Si Jejaka dan Si Jelita mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen. Kononnya menara gading merupakan tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama selepas graduasi .. Indahnya jika ia berkekalan. Dan malangnya jika cinta yang berputik dan berbunga bunga ni akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih! Dan mula terasa sesak nafas..! Katakan pada diri, benarkan bicara dakwat hitam ni?
Siang malam kita berdoa agar rasa cinta ini kekal untuk selamanya, kekal dalam redha ilahi, kekal hingga ke syurga.. Bila hati dah terpaut, benarkah ini Cinta? .. Fikirkanlah, andai dia cinta mengapa harus menyakitkan? Andai dia setia mengapa harus menduakan? Andai dia jujur mengapa harus melarikan diri disaat cinta teguh bersemi? Jaga lah hati dengan sempurna kerana jika kamu merasakan dia adalah jodohmu, dia tak akan pernah mengajak kamu kepada kemungkaran lebih banyak dari kebaikan..
Jika dalam hati ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya. . .renungkan seketika, di mana kita ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia. Bila cinta Allah menjadi yang utama, nescaya dia akan menjadi yang kedua di hati kamu.. Jika cinta Allah lebih kamu sayang, ia adalah batasan keredhaan Allah. Ini yang dinama kan "dia jodohku"
Bila diri dah meningkat dewasa, pernikahan bukan lagi mainan, jika ia nya mainan.. itu bukan cinta yang beharga, dan kamu tidak akan pernah menerima dan memberi cinta sebenar pada orang yang kamu sayang. Jika pernikahan yang kamu cari.. Tak perlu membuang masa dengan tempoh perhubungan yang lama. Dekatilah pernikahan kerana disitu letaknya keredhaan Allah ..
Atur kan langkah kakimu menuju gerbang kebahagiaan dengan senyuman, andai terdetik rasa keraguan, dekat kan diri dengan Allah, menunaikan solat tahajjud dan istiqarah memohon petunjuk dan memastikan dialah jodoh kamu.. Jika orang yang kamu dambakan itu akhirnya tidak tercipta untuk kamu, tabahkan hati menerima takdir ilahi .. mawar mohon kamu teruskan kehidupan dan persahabatan dengan dia dan jangan berputus asa dalam mencari pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.
Kerana ..
Aku juga punya cinta ^_^
TingTongTingTong :: Izin Laluan Dalam Mencari Cinta
10 Kuntum Mawar:
jodoh pertemuan ditangan tuhan..
kita hanya merancang..smoga btemu jodoh yg baik :)
pertama kali dgr menara gading sebagai tempat mencari pasangan... selama ni aku ingat ia tempat mencari ilmu shj...
cinta?
*seram sejuk*
dill.
Cinta? Apa tu?
entry yang panas lagi hot....cinta cinta cinta dan cinta.....apa itu cinta?siapa dia cinta?bagaimana dengan cinta?bolehkah bercinta? sama-sama kita kupaskan isu ini.... :D
indhnya cinta andai ia subur dgn redha ilahi .. dan jgn pernah biarkan cinta itu layu di panah mentari tnpa diperhatikan.. ~~
Penulisan yg berhikmah..Semoga ikhlas mengiringi dlm amalan..
cinta =)..pnulisan yg indah dan bermakna
Pembelaan Islam terhadap perasaan cinta adalah melalui pernikahan ..
so takde couple2 :-)
cinta sebelum kahwin atau selepas kahwin mana satu pilihan anda...
janji mawar berduri tahu mana satu pilihan yang terbaik...
Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu tersalah,
Pandangan hati itulah hakiki kalau hati itu BERSIH.....
Wassalam////
Post a Comment