"Cinta itu buta" . itulah ungkapan yang sering mawar dengar sehinggakan ramai orang jatuh cinta dengan pasangan yang orang lain rasa tak sesuai, tak sekufu dan sebagainya.. saat bercinta. kata orang semuanya indah belaka.. semua kelihatan cantik.. yeke ??
... tapi bila cinta sudah beralih arah semuanya menjadi hampa belaka.. huhu itu lah senario yang dihadapi oleh kebanyakan bunga..
Apabila bercinta kita pasti mengharapkan ia berkekalan hingga ke jinjang pelamin.. lantaran apabila cinta putus di tengah jalan, ramai yang putus asa.. and ada segelintir bunga mengambil keputusan tak kahwin sampai bila-bila..
kecintaan sebenar adalah kecintaan kepada manusia yang mampu mendekat kan kita kepada Allah :) .. tapi bila dilihat senario dunia dewasa ini, kebanyakan remaja sanggup berkahwin lari bersama lelaki yang dicintainya di luar negara . bahkan ada yang sanggup menukar pegangan agama dan jadi murtad (nauzubillah) hanya kerana cinta !!
Persoalannya, adakah cinta kita pada insan sebegini mampu membimbing kita kepada cinta-Nya ?? ngee~ anda lalui .. anda tahu jawapannya ...
tak salah bila kita menaruh harapan dengan pasangan supaya bersama hingga ke akhir hayat.. perjanjian perkahwinan antara bunga dan kumbang juga sama, mahu kekal bersama buat selamanya.. Tapi harus berpegang teguh pada katentuan Ilahi . . . . iaitu J.O.D.O.H , ajal dan maut semuanya dalam pengetahuan-Nya..
Sekiranya kita bercinta dan pengakhiran yang kita lalui tidak seperti kita sangkakan, yakinilah duhai hati sesungguhnya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita.. kerana setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..
Buat mu bunga, jaga maruah diri dan agama.. fahamilah, cinta kepada manusia itu bersifat sementara dan ia boleh berubah menjadi benci.. begitu juga sebaliknya perasaan benci boleh berubah menjadi sayang.. Jadiii ..... bersederhana lah ye, jom pupuk hati dan jiwa kita supaya lebih mencintai Allah dari segalanya,
maruah lebih utama dari cinta
Kita mungkin tidak diuji sebagaimana Siti Hajar kerana setiap individu pasti tidak sama bentuk cabaran dan dugaan yang diterima.. Namun sekiranya ujian yang kita tanggung maha hebat, bersabar dan berpegang teguh pada hakikat tersirat ketentuan Allah itu tersimpan pelbagai hikmah..
Allah berkata, "orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian daripada mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar." surah al-Taubah ayat 71
0 Kuntum Mawar:
Post a Comment