0
Komen

terpisah dari Allah,terpinggir dari manusia

terkadang aku termanggu sendirian sambil hati berbicara dan tertanya2 mencari jawapan yang tak pasti

"kenapa hati aku rasa sangat sunyi ??"
"kenapa aku berasa seperti diriku sangat jauh darpd Allah s.w.t?" semuanya rasa serba tak kena.. 
apakan Allah sudah berlepas tangan daripadaku? Astagfirullahal azhim."

Benar ... rasa ini acap kali menjengah dan menghantui diri kita,tak kira dimana mahupun puncanya
dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini,itulah punca & sebab musababnya.. maka, sama ada sedar atau tidak, dosa & maksiat menjadikan hubungan kita dengan Allah semakin renggang & menjauhkan kita dari rahmat-Nya . .

"Sungguh jiwa aku tidak dapat menerima petaka ini & hati nurani aku berasa cukup tidak selesa dengan situasi ini... Walhal terpisah daripada ibu ku sendiri pun sudah terasa haru dan tidak keruan, inikan pula terpisah jauh daripada rahmat Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang . ."

Aaahh . . . penderitaan dan kepahitan kerana berjauhan dan terpisah daripada Allah ini hanya dapat dirasai oleh insan yang hidup hati nuraninya .. namun tidak bagi mereka yang mati hatinya. Orang yang mati hatinya tidak kurang sema dengan bangkai yang berjalan.. seperti ungkapan si bijaksana yang menyebutkan
 " Kelukaan tidak memberikan sebarang kesakitan lagi kepada hati yang telah mati"

Hakikatnya kita sangat memerlukan Allah di dalam hidup kita. mengakulah tentang itu! kita tidak rela terpisah daripada pandangan dan rahmat Allah walaupun sesaat cuma. apabila Allah mula berlepas tangan daripada kita, maka bermulalah detik kemusnahan kita ..
        
ingat !! syaitan dan nafsu sentiasa berusaha mewujudkan jaluran dosa yang menjadi kabut hijab antara hamba dan Allah Yang Esa..
Sudahlah menderita terpisah berjauhan daripada Allah, dosa juga melakar kepiluan yang amat kerana terpinggir daripada MANUSIA .. Manusia yang bagaimana ?? manusia yang beriman, bertaQwa dan berAmal soLeh.. Sekali lagi, kita terpinggir daripada kelompok "orang-orang Allah" itu kerana bahana dosa yang diulitinya ..

Seorang ulama salaf menyingkapkan :: "Jika aku melakukan maksiat kepada Allah,akan terlihatlah kesannya pada kenderaan dan isteriku"
Jika begitu keadaannya .. bawalah bermuhasabah diri apabila anak isteri dan kereta asyik meragam dan bermasalah.. Mungkin di antara faktornya adalah jaluran dosa yang kita terlepas pandang daripadanya.

Kisah 3 sahabat yang di hukum Allah s.w.t kerana tidak menghadirkan diri dalam peperangan Tabuk tanpa keuzuran syar'i masih basah dalam kotak fikiran ku.. Dalam tempoh 3 bulan, mereka merasai kehidupan yang cukup pahit dan menyeksakan, sudahlah dimurkai Allah, mereka turut dipinggirkan oleh Rasulullah s.a.w dan seluruh umat Islam.

Selama tempoh itu, mereka menagis siang dan malam tanpa henti memohon keampunan Allah. Kenapa mereka menangis dan merintih kepada Allah? kerana mereka tidak mahu terpisah daripada rahmat-Nya.. sekali lagi, itulah kesan dosa dan ia hanya dirasai dan dideritai oleh mereka yang punyai mata hati.

0 Kuntum Mawar:


Link blog sahabat