Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!
Kali ni mawar nak membebel sikit tentang perkara yang kerap dilakukan oleh kaum wanita di bawah akal sedar, tapi ia mampu membinasakan perhubungan korang .. Jadi A.W.A.S !! Untuk wanita yang sudah berumahtangga kena lebih berhati hati dengan perkara ni ..
__
__
__
Sebelum tu, kurangkan lah menggunakan perkataan "tak pernah" ... "selalu" ... atau "memang" dengan pasangan anda. Sebab perkataan ni antara kata yang mampu membunuh diri anda! Haha ( ayat kejam )
Dalam sesuatu perhubungan, cuba bayangkan diri anda dalam situasi sakit hati sekarang ni >.< sebab si dia tidak melakukan sesuatu yang anda inginkan, lepastu mula lah terkeluar tuduhan dari mulut Si Jelita ::
" You tak pernah care pasal I !! "
" Abang tak pernah nak buat apa apa untuk saya! "
" You selalu buat tak tahu bila I cakap "
" You memang tak sayang I kan !"
" Abang selalu buat tak endah dengan apa yang saya suruh!"
Ouch ! .... Ouch ... Ouch !!!
Lantas, hati Si Jejaka tadi siapa yang tahu bertapa lukanya dia kerana tak mungkin dia tak pernah melakukan apa apa untuk mu. " Sayangku, kenapa dengan mudah kau menuduh aku.. Adakah aku tak berguna langsung dalam hidup kamu?" Hati Si Jejaka kembali mengalir kan air merah tanda kedukaan dengan kata kata mu ..
Sejujurnya mawar mohon pada kamu Si Jelita pelihara tiap butir bicara, elakkan menggunakan perkataan general yang macam ni, walaupun nampak simple tapi besar pengaruhnya .. Tak adil untuk Si Jejaka, mereka juga punya hati yang mudah menagis dengan kelakuan kamu.
Setiap masalah ada penyelesaiannya .. Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati .. Setiap persoalan ada jawapanya. Kalau darah manismu dah tahap kemuncak dengan sikap Si Jejaka, gunakan topik yang menjadi "ketidakpuasanhatimu" saja dan bukan tuduhan secara menyeluruh macam di bawah ni ::
" You tak sms I pun tadi masa unch, next time smslah I dulu "
lebih baik dari
" You tak pernah care pasal I, tak sms pun "
____
"Abang tak buang sampah yang saya suruh tadi, nanti berbau rumah kita"
lebih baik dari
"Saya sorang je yang buat kerja kat rumah ni, suruh tolong sikit pun tak boleh!"
Waah, emosi nya kaum perempuan ni erk
Dalam perhubungan kita kena pandai main madah kata, gunakan psikologi untuk mendamaikan situasi yang tegang, kalau sesuatu hal yang spesifik, jangan hentam Si Jejaka dengan tuduhan yang General terhadap semua aduan.. Akhir dakwat
kurangkan tekanan , tingkatkan kebahagiaan
TingTongTingTong :: Hanya pemerhatian seorang insan yang lemah tentang kehidupan