Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!
"...Pernah rasa hati kita keras atau lembut? Betul ke hati bentuk Love?.." Bunyi soalan macam tak yakin je kan .. macam tak puas hati je kan.. Kalau hati ayam ke lembu ke kambing ke unta ke memang mawar pernah rasa keras ke lembut. Tapi hati orang, mawar tak tahu sejauh mana kebenaran keras ke lembut tu.
Keras yang mawar maksudkan "tak mudah tersinggung" "tak mudah melenting" dan "segala macam yang tak mudah........." dan selalunya hati macam ni ada pada lelaki, sesuai dengan jiwa mereka yang gagah layak menjadi pemimpin. Lembut pada pandangan mawar lebih kepada sifat ke'wanita'an, yang bakal menjadi seorang ibu dengan naluri yang lemah lembut dan mudah tersentuh.
Tapi bukan seratus peratus betul pun, itu hanya pandangan mata kasar je sebab soal hati bukan terletak pada jantina atau..... Yup! Tak percaya ke ?.. Ada lelaki yang luar nampak ganas tapi hati siap ada kolam renang lagi.. Dan ada perempuan yang hatinya keras, susah untuk melihat air matanya mengalir walau hati terasa perit.
Pendek kata, luaran tak semestinya mencermin kan diri kita, walaupun pada hakikat sebenar memang betul pun.. Tapi manusia lebih bijak berlakon di pentas dunia sehinggakan lakokan nampak macam real, sandiwara yang di hulur mampu menipu tiap mata yang memandang.
Awak kata hati saya keras macam batu, tapi awak tak tahu sebak didada hanya tuhan yang tahu. Awak kata hati saya keras, tapi awak tak tahu saya tetap melangkah walau lutut saya tersungkur ke tanah. Awak selalu tanya kenapa saya tak menagis bila diri dikhianati, kenapa saya masih berdiri tanpa goyah walau mereka berpaling setia.. tapi awak tak tahu sepanjang malam saya merintih pada-Nya atas ehsan dan kasih sayang-Nya saya terus kan keceriaan saya untuk tiap mata yang memandang ..
Kerana aku juga manusia biasa, punya perasaan .. seperti kamu .. terasa malu bila menjadi bahan ketawa, terasa hina bila dijadikan bahan ejekan, terasa sakit bila diri ditinggalkan, terasa hampa bila hati di kecewakan dan aku juga akan gembira bila diri diberi perhatian. Tapi ....
Yang membezakan kau dan aku, bukan soal hati.. Tapi cara yang menjarak kan persamaan kita. Aku tak mampu menagis menzahirkan sendu, tapi akau hanya mampu menahan lidah yang kelu. Mencegah dari disakiti amat mudah berbanding merawat hati yang telah sakit sehingga kau berasa lelah..!
Pendek kata, luaran tak semestinya mencermin kan diri kita, walaupun pada hakikat sebenar memang betul pun.. Tapi manusia lebih bijak berlakon di pentas dunia sehinggakan lakokan nampak macam real, sandiwara yang di hulur mampu menipu tiap mata yang memandang.
Dunia mampu berlaku kejam
tapi sinar mata itu
tidak mampu menyembunyikan kata ..
langkah kaki itu
tidak mampu membendung rasa ..
Manusia mampu mencorak kan warna
memburu impian dan harapan
sehingga tenggelam dalam
sandiwara dunia ..
Kerana aku juga manusia biasa, punya perasaan .. seperti kamu .. terasa malu bila menjadi bahan ketawa, terasa hina bila dijadikan bahan ejekan, terasa sakit bila diri ditinggalkan, terasa hampa bila hati di kecewakan dan aku juga akan gembira bila diri diberi perhatian. Tapi ....
Yang membezakan kau dan aku, bukan soal hati.. Tapi cara yang menjarak kan persamaan kita. Aku tak mampu menagis menzahirkan sendu, tapi akau hanya mampu menahan lidah yang kelu. Mencegah dari disakiti amat mudah berbanding merawat hati yang telah sakit sehingga kau berasa lelah..!
Mampu menjadi pelakon terhebat di pentas kehidupan..? Kau mampu lakukan..?
TingTongTingTong :: Membebel tak ingat dunia .. hehe >_<"