0
Komen

Abadikan Kenangan

30 ogos 2016 - bangun masa subuh, alhamdulillah aku chek guna UPT dan hasilnya aku positif hamil. Pasangan yang dah berkahwin, pasti menanti saat indah macam ni.. dan tempoh perkahwinan aku baru nak masuk 5 bulan. Allah, sungguh indah perasaan saat ni. Lihat reaksi suami masa dapat tau hal ni pun dah cukup buat aku rasa kenyang seharian. Dalam hati, tak sabarnya nak bagitau berita ni dekat mak abah. Yelah, mak abah aku belom ada cucu sendiri.. :)

31 ogos 2016 - Cuti merdeka, aku dan suami balik dari terengganu ke penang. Oh ya, orang pertama yang tahu hal ni masa tu mak mertua aku lah sebab balik rumah mertua. Sekali lagi, dalam hati aku menangis meronta nak balik dan jumpa mak abah aku sebab rasa macam tak sabarnya nak bagitahu 

1 sept 2016 - Turn balik rumah mak abah aku. Ahamdulillah, aku sampaikan berita gembira ni pada mak abah dan sekaligus aku nampak mata mak bertakung. Abah pesan jaga diri baik-baik and bla bla bla

2 ~ 3 sept 2016 - Family vacation ke Cameron, masa ni aku feeling like babymoon lah sangat walaupun perot kecik lagi still happy. Namun bahagia dengan kehadiran orang baru dalam badan aku tak lama. Bermula episode linangan air mata buat aku. Weh sapa kata perkahwinan bahagia berpanjangan? serius tu semua cerita dongeng. Semanis gula? Lupakan gula-gula tu

4 sep 2016 - Hari pertama aku melangkah ke UUM sebagai final year student. Hari ni juga aku lapor diri dekat agensi Pusat Islam (budak praktikal) Allah duga aku, Allah uji aku untuk aku jadi lebih kuat dari aku yang dulu. Yes aku mengaku air mata jadi peneman setia. Tapi dalam tangis, dalam sendu, aku kuat demi kehadiran orang baru. 

19 sept 2016 - Kekuatan aku hilang, hampir separuh nyawa aku turut terbang. Allah. Waktu subuh juga aku keguguran. Biarlah peristiwa yang terjadi sebelum hari ni, aku simpan dalam hati paling dalam. Sungguh tak kan aku lupa. Tiap saat, tiap patah kata, tiap peristiwa masih segar dalam ingatan kerana kesannya sangat mendalam untuk aku terima. Terima kasih untuk pengalaman hidup yang sangat bermakna sebagai seorang anak, isteri, menantu dan bakal ibu yang kehilangan kekuatan.

Redha wanis, Allah tahu apa yang terbaik. Akur dengan qada dan qadar. Untuk mereka yang bagi semangat, terima kasih aku ucap. Untuk mereka yang masih menganggap aku menagndung, berdoa agar ia dimakbulkan Tuhan. Untuk mereka yang suka lihat aku jatuh, aku buktikan luka ini boleh disembunyikan dan kaki aku kembali teguh.


TingTongTingTong :: It hurts to let go, but sometimes it hurts more to hold on




1
Komen

Mengalah



Bagi aku, mengalah atau beralah merupakan suatu hal yang cukup sukar untuk dilakukan. Jujur, aku mungkin jenis yang tegas dan agak pentingkan diri dalam sesuatu hal. Faktor anak bongsu mungkin. 


Terbiasa dimanjakan. 
Terbiasa diberi perhatian.
Terbiasa dengan kasih sayang yang tak pernah diduakan. 
Alhamdulillah dikurniakan mak abah yang terbaik dalam mendidik, 
dari sekolah sampai masuk Universiti aku berjaya kerana adanya mereka.


Maaf mak, anak mak dah berkahwin sebelum sempat berbakti penuh pada mak abah. belum sempat luangkan masa sepenuhnya dengan mak abah, belum sempat bagi mak rasa rezeki dari tangan anak mak yang dari kecik mak abah hantar pegi belajar.. Maaf mak abah, belum sempat :'( Moga Allah panjangkan usia mak abah. amin

Dan aku tahu, saat sah menjadi isteri orang.. hilang segala manja yang dahulunya untuk mak abah, syurga yang dahulunya di telapak kaki mak, kini beralih pada suami. Ya suami, Alhamdulillah dikurniakan suami yang memahami, penyayang dan bertanggungjawab. Tapi, masih sukar untuk aku mengalah bila terpaksa ketepikan mak abah dan mengutamakan yang Utama. Masih terdetik di hati rasa sedih, pedih bila permintaan mak abah tak dapat ditunaikan asbab perlu utamakan yang Utama.

Pengorbanan sentiasa memerlukan kekuatan, ada waktu aku rapuh untuk lakukan perubahan dalam pengorbanan. Bisik pada diri "sabarlah, demi syurga ilahi," Allah tahu segalanya walaupun kita pura-pura kuat, Allah tahu kemampuan kita. Allah tahu bila masa kita lemah dan bila masa kita rapuh.


TingTongTingTong :: No image -.-




Link blog sahabat