1
Komen

Piesss Piess . Tolong Selamatkan Hati Aku

Malam ke 21 puasa . . . Tahniah buat diri , moga segala amalan diterima Ilahi . Insyaallah . . Aura cuti dah sampai pada kemuncaknya , kawan kawan pun dah mula cerita segala yang berkaitan dengan raya . Uh , puasa belum berlalu kini timbul cerita baru . Kecil hati Sang Ramadhan kan . Ehh , mukaddimah macam dah lain dari tujuan je ni . he he he (gelak sopan) maaf lah erk .


Kali ni topik yang jarang dibicarakan oleh kita tapi aku pasti kebanyakan daripada kita mengalaminya termasuklah diri ini . aku amat berharap setelah korang baca kisah "Kata hati" ni korang akan menilai baik dan buruk amalan tradisi yang korang sentiasa amalkan secara diam mahupun sedar, ataupun tanpa pengetahuan orang lain .


Ianya satu perasaan halus yang sukar untuk ditafsirkan . Perasaan yang sinonim dengan kaum hawa iaitu CEMBURU . Bukan cemburu dalam soal cinta or kasih, tapi cemburu yang rumit jugaklah . Huh (mengeluh kejap)


Pernah tak perasaan cemburu anda datang dengan tiba tiba bila ternampak sesuatu yang agak sempurna or ' lebih ' dari diri korang . Tak kisah lah kalau terserempak dengan perempuan cantik yang korang sendiri pun tak kenal asal usul dia tapi boleh pulak rasa cemburu ni hinggap di hati . Kalau jawapan korang " Ya " sila teruskan pembacaan sebab aku nak ajak korang kepada satu situasi tentang kewujudan implikasi perasaan yang kurang sihat ni . Kalau korang tak pernah alami hal macam ni . Aku ucapkan Tahniah . Sebab hati korang memang A lah   ^_^


Pengalaman dari hati penulis . . .




Dia cantik . 
Dia bijak dalam pelajaran . 
Dia baik dan rajin belajar . Dan dia adalah kawan aku sendiri . 
Apa yang boleh aku katakan, aku punya rasa cemburu sebab dia bijak dan cukup semuanya sempurna di mata aku . Aku rasa pekara macam ni normal sebagai manusia, kita cenderung untuk cemburu apabila melihat kelebihan orang lain .


Tapi . . . Yang peliknya, hati aku seolah olah ada satu suara berbisik jahat untuk terus berfikir yang bukan bukan tentang dia . Setiap kali lepas solat, aku mohon doa agar Allah hilangkan tabiat buruk ni dan tunjukkan aku jalan kebenaran . Akhirnya pada petang ketika aku tengah baca Zikir Mathurat , diri terpanggil untuk membaca makna biat biat zikir tersebut . 


Aku amati akan maknanya . Satu persatu .


" Aku berlindung dengan Allah, Pencipta manusia, Raja kepada manusia . Sembahan manusia dari kejahatan syaitan yang bersembunyi . Yang melemparkan bisikan dan hasutan ke dalam hati manusia . " Surah an- Nas (114) : 1-5


Inilah jawapan yang aku temui dari terjerumus menjadi mangsa bisikan syaitan durjana ! Seharusnya aku lebih berhati hati . Aku tak rela tatkala buku amalanku dibentangkan di hadapan kita dan penuh dengan hasutan dan dengki yang kita sendiri tak tahu apa puncanya . Bertapa ruginya kita tidak dapat menjejakkan kaki ke Jannah Allah hanya kerana bisikan halus ! Nauzubillah ~


Syaitan sejak dari dulu lagi dah janji akan menyesatkan anak Adam . . Tak percaya ?? Jom buka surah Saad ayat 82 yang bermaksud " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku) , aku akan menyesatkan mereka semuanya ." Oh seram nya !! Terasa diri aku sentiasa diekori MUSOH !!






Bicara aku :: TingTongTingTong , berwaspadalah dengan bisikan hati kita yang meluahkan rasa iri hati dan benci kepada orang lain , kerana ia mudah dipengaruhi oleh syaitan yang hina . Bukan mulia tau .


 







1 Kuntum Mawar:

ammar said...

menarik....syukran3 jiddan atas infonya... ^__^


Link blog sahabat