0
Komen

Benarkah kau cinta

Benarkah kau cinta,
Pada Sang Pencipta
Yang mencipta dirimu dengan segala keelokan
Yang mencukupkan dari segala kekurangan..
Sedang dirimu masih lalai menunaikan amanah,
Pancainderamu kurang digerakkan ke arah redha-Nya
Bibirmu masih berat mengucapkan kalimah-kalimah zikrullah,
Sebagai bukti rasa cinta seorang hamba..

Benarkah kau cinta,
Pada susuk tubuh mulia bergelar utusan Allah
Penyampai risalah agung, pembawa rahmat sekelian alam
Tika sunnah hidup Baginda masih jauh dari pengamalan
Selawat dan salam tiada kedengaran
Begitukah pameran cinta seorang umat.
Benarkah kau cinta,
Pada dua insan yang melahirkanmu
Menjaga dan mendidikmu sehingga mengenali diri
Tetapi kau masih tak mengerti
Bagaimana membalas jasa suci
Membiar diri hanyut dalam fana duniawi.
Benarkah kau cinta,
Pada sahabat yang sentiasa menjadi pendampingmu
Bersama berkongsi rasa suka dan duka hidupmu
Tetapi ma'ruf jarang sekali kau ajaki
Perkara mungkar susah sekali ditegahi
Beginikah luahan cinta seorang sahabat sejati.
Fahamilah makna cinta
Jangan kau kelam dengan kalimahnya
Agar Iman tidak terus dirosak munafik
Carilah jawapan dalam kembara hidup ini
Kepada sebuah persoalan
Benarkah kau cinta...
ingin ku kirimkan rasa sayang dan rindu ini buat mu
:: moga hati ttap utuh dalam kiriman cinta ilahi ::


0 Kuntum Mawar:

Link blog sahabat