2
Komen

Fly in De Rod

  Assalamualaikum 
Salam Lebaran
Salam kemerdekaan
Salam kebebasan

Lokasi :: 
MELAKA go to SEREMBAN go to SERDANG go to SHAH ALAM go to KEDAH
 ( Home sweet Home ^,^ )

busy nya .. sesak nafas *.*

Dari Seremban mawar redah naik KTM ke serdang, singgah rumah Tok dekat Serdang . . Sempat berbuka kat rumah tok . Oh rindunya masakan tok !! kalau dekat kampus memang hari hari mengadap nasi bungkus . ~_~ cucu tok teharu ni tok tau tak?

Lepas hilangkan rindu yang kian lama terpendam, kaki terus mengorak langkah naik KTM dari Serdang fly terus pegi Shah Alam (mawar ni bukan anak orang bandar yang biasa turun naik ktm macam turun naik kereta) tak tau la pulak yang mawar kena tukar tren dekat KL Sntral !!

Mujurlah ada insan yang ringan untuk membantu hamba yang hilang arah ni (syukran..Grasias..Thanks..Matacih..) jasamu kan ku kenang . Tanpamu entah dimana ku kini . Pasrah ! Entah entah tak dapat la nak beraya sakan tahun ni kalau mawar sesat tadi . Ngee ~

Sepanjang perjalanan dari KL Sntrl tu menghala ke Shah Alam , ramai sangat manusia . Rata rata semua nak balik kampung masing masing agaknya . Sebab dorang pun macam mawar yang usong beg sebesar alam .


Alhmdllah walaupun penat seharian dalam tren kena bediri tapi tak pe, nikmat dan aura raya sentiasa bergolak dalam hati . Dalam minda ni sentiasa berlegar legar wajah bonda tercinta, wajah kasih ayah tersayang .


Walau macam mana sekali pun cara korang balik kampung halaman , mawar ucapkan semoga selamat tiba dengan apa adanya . Moga dirimu dirahmati sepanjang perjalanan . Insyaallah ..


TingTongTingTong :: Hoo hOOo Balik Kampong 



2 Kuntum Mawar:

M Firdaus Mohd said...

mawar berduri, hhhe, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. :D
anyway, kalau nak balik kampung tu survey dulu macam mana, tanya orang dulu ke, ini tak main redah je, itupun nasib baik ada orang yang baik tunjuk guide, kalau orang jahat macam mana? kes ragut dah banyak, pick pocketer ramai gila kat KL tu, next time, rancang dulum dan ketahui route mana, dan ktm mana yang nak kena pergi. sekian. :)

Mawar berduri said...

@M Firdaus Mohd

pengalaman mengajar erti kehidupan ^_^ hehe.. akibat last mint rancang balik naik ktm.. klu x naik bas tp tiket dah habis .. huhu walau mcm2 hal berlaku alhmdllah selamt smpai kpg halamn .. thanks ats nasihatnya =) (terharu dgn keperihatinan anda) peace ..

Link blog sahabat