3
Komen

Harus kau tahu . . .


~dengar kan bisikan ini ~

Saat kita berbaring di bawah bintang-bintang
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku..

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli, 
Hari demi hari, dan selamanya, 
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci, 
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku..


Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama, 
Merasa sakit atau kemanisan bersama, 
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku..

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita. 
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi, 
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas..

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya. 
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya, 
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..


Hasil Nukilan: Dingin Bayu

***

terdetik di hati untuk menyatakan akan hal ini, sebelum ni dah bersawang lama lama lamaa nya folder madah indah hiasan hati tersimpan rapi dalam file lolipop mawar ni, nasib bukan selama2nya ia bersawang .. baru berkesempatan utk menatap kembali dengan mata hati.. 

sekilas mata menatap, iras iras bicara cinta
sekerdip mata melihat, persis seribu pengharapan dari hati si bulan untuk tatapan bintang pujaan .. sehingga sanggup kehilangan apa saja asal kan bukan *dia* yg tercinta ! Oh .. sungguh puitis .. !

bila cinta mula berputik di hati, orang yang dulunya lurus bendol, dh mula pandai selok belok dunia, orang yang sebelumnya skema, kini dah mula segak bergaya, yang dahulunya berhati batu, kini kian berbunga hatinya dek panahan cinta.. benar kah ??

Allah.. allah ... allah ..
andai kata cinta yang di hulurkan itu pada Dia yang Maha Pencipta Cinta
alangkah indahnya .. alangkah berTUAHnya .. alangkah bagusnya 
kerana kata kata mu " tak mampu hidup tanpa dia si kekasih hati andai cinta dia hilang dari mu" 
iye iye je tak boleh hidup ? frust sekejap je .. lepas tu hidup mu akan kembali sedia kala ..

moga allah tetap di hati kamu.. mahupun hati ku .. agar cinta yang di miliki juga seiring sejalan dalam meraih cinta Agung itu .. amin amin amin ^_^ 


.:: couple halal ba'da Nikah ::.

3 Kuntum Mawar:

Nightroad said...

bce entri disni, bg saya couple dan bercinta itu dua perkara yg sangat2x berbeza..

elakkan bercouple utk kemaslahatan diri..
bercinta biar kerana Allah dan utk satu tujuan yg lbh besar yakni membina Baitul Muslim..

pesanan penuh lemah lembut dr H20

Dawia.Honeyputri said...

Selamat berpose =D

qudwa said...

selamat pose...moga Allah tetap di hati...XD

Link blog sahabat