6
Komen

Nak Warna Warni . Tak Nak Hitam Putih !!


  • bacalah kalau rajin
  • abaikan tulisan ni kalau korang malas !!
Destinasi hari ini ialah di sebuah padang permainan . Aku pun tak pasti kenapa aku pilih padang permainan kanak kanak . Mungkin aku teringin melihat keletah budak budak yang menghiburkan hati . Ya , aku perlukan hiburan untuk hiburkan hatiku yang kosong . Tapi mungkin juga aku rindukan suasana kasih sayang.

Hidup aku kosong.. Kosong sekosong kosongnya . Tiada klimaks dan tiada babak yang membuatkan orang teruja. Semuanya sama . . . mendatar . . . Tiada apa yang seronok atau menarik untuk diperkatakan . Lagipun aku tak rasa ada orang yang ambil kisah warna warni hidup aku . Hidup atau matinya aku tak siapa yang sedar sebab aku hanyalah buih kosong yang akan hilang apabila dihempas badai .

. . . Tak ramai orang sedar aura kasih sayang jelas terpancar di ruang ruang taman permainan, cuba perhatikan dengan mata hati bukan pandangan mata kasar . Senyuman sang Ibu dan layanan si Ayah kepada si Manja tersayang mencetuskan rasa cemburu yang mendalam di lubuk hati aku. Ah , pergi segala duka yang menjeruk di hati . Tidak ingin aku ingat lagi kisah hidup yang kosong dengan kasih sayang .

Aku bukan anak yatim . Aku bukan anak haram dan aku bukan anak buangan . Aku ialah zuriat yang lahir daripada perkahwinan yang sah antara Adam dan seorang hawa . Dalam asyik aku melayan hati ada seorang budak menghampiri aku sebentar tadi . Mungkin dia ingat aku melukis sesuatu tapi bila dia tengok kertas ini hanya dipenuhi denagn tulisan , dia terus belari jauh meninggalkan aku . Tak sempat walau sesaat untuk aku menggamitnya .

Aku termangu . Bosankah aku sehingga seorang budak pun aku tak mampu aku tarik perhatiannya ?. Mungkin juga kanak kanak lebih tertarik kepada lukisan yang bercorak & warna warni . Kulihat seorang lagi kanak kanak cuba menerbangkan layang layang yang mempunyai corak yang cantik dan warna yang terang. Jarang sekali aku melihat kanak kanak bermain dengan layang layang yang warnanya hitam putih .



Cuma zaman kanak kanak aku tidak diwarnakan dengan corak bewarna warni . Kanvas kehidupan kecilku dibiarkan kosong sehinggakan aku tidak tahu membezakan corak manakah yang cantik dan tidak . Apa yang aku ingat, ibu dan ayah sentiasa keluar dari rumah seawal pagi dan pulang lewat malam . Aku ditinggalkan bersama bibik yang jarang sekali melayan aku bermain atau bergurau senda sudah tentu jauh sekali . Dia hanya memastikan aku cukup makan dan kebersihan aku terjaga . Pendek kata bibik hanya menumpukan kepada asas penjagaan fizikal dan membirkan Rohani aku sepi !

Inilah corak kehidupanQu . . .

Ada sesuatu di dalam hatiku yang berkata suatu hari nanti pasti akan kutemui penawar terbaik untuk mengusir kekosongan hati ini . Penulisanku terganggu sekali lagi . Kali ini bukan seorang budak yang menghampiriku tapi seorang yang layak ku gelar sebagai kakak . Dia tersenyum memandangku dan aku membalas senyumannya . Dia menghulurkan sesuatu dan berlalu pergi, rupa rupanya dia memulangkan kertas yang telah ku tulis tadi . Baru aku sedar salah satu dari kertas yang aku tulis terjatuh . Adakah dia telah membaca isi kandungan hati ini ??.

Ada nota bahagian akhir kertas itu ~ " Walaupun tiada siapa yang mempedulikan kamu, cukuplah Allah bagimu " ~

Aku terpana . Aku mendongak mencari kelibat kakak tadi tapi dia dah pergi jauh dari pandangan aku . Ingin sekali aku mendakapnya dan mengucapkan terima kasih yang amat sangat . Tapi aku tak tahu bagaimana mahu mencarinya .

" Allah . . . " perlahan tapi cukup jelas untuk aku mendengar kalimat yang aku ucapkan .

" Allah . . . " Kusebut lagi dan lagi . Terasa seperti azimat keramat yang membasahi kekeringan hatiku . Aku tak tahu berapa kali perkataan keramat itu aku sebut sehingga aku benar benar puas . Hatiku girang tanpa punca . Yang pasti, aku yakin aku telah jumpa jalan keluar pada kekosongan hidupku yang telah lama aku pendam selama ini .

Sayup kedengaran suara azan, terasa kesegaran pada tubuhku dan aku rasa bahagia ! Aku mendongak ke langit dan tersenyum . . Syukur pada Mu kerana telah Mengetuk pintu hatiku untuk mengenali Hidayah Mu . Bulan yang mulia , makin aku kagum akan kekuasaan Mu Ya Allah . Ampun kan kekhilafan hati ini . 

Ku hayun langkah ku pantas membelah rumput hijau yang basah dek hujan yang menimpa . Destinasiku bukanlah rumah besar yang penuh dengan kekosongan tatapi rumah yang pastinya penuh dengan kebahagiaan hakiki . Aku tersenyum bahagia apabila kaki ku menjejak tangga masjid .

" Ya Allah , aku datang ke rumah-Mu untuk mengenali-Mu . Aku jahil ya Allah, bantulah aku untuk mengenali cinta-Mu . Hilangkan lah segala kekosongan di hatiku dan hiasilah ia dengan cahaya kasih-Mu ". Doaku dalam hati .

Benar kata kakak tadi , cukuplah Allah bagiku . Terima kasih atas kata katanya kerana telah menunjukkan jalan kebenaran . Semoga Allah memberkati hidup kakak dan sentiasa meletakkan dirimu dalam lindungan hidayah-Nya . Amin .
              

Firman Allah SWT ::
 " Maka katakanlah : cukuplah Allah bagiku , tiada Tuhan melainkan Dia : kepadanya aku berserah diri , dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar ." Surah al-Taubah (9) : 129


TingTongTingTong : Mawar lah "kakak" yang dimaksudkan insan ini . dapat di teka akan resah hatinya memalui penulisan yang di coret kan atas helaian putih kian usang . MOga Allah bersama mu sayang . . . dari jauh ku lihat tiap langkah longlai yang di aturkan nya . . pilu rasa hati . ingin sekali mendakapnya memberi seribu pengharapan baru bahawa dia tidak keseorangan . Allah Bersama mu selalu .




6 Kuntum Mawar:

afzalsukasuki said...

hmm..hitam putih cokelat hujau pucuk pisang atau apa sekalipun, kitalah yang mencorakkannya. tak kisah apa warna sekalipun, selagi kita yakin Allah itu ada..hidup kita sentiasa sempurna :)

Nazatulwanis said...

^_^ siapa kita di mata org x lah sehina mana berbanding siapa kita dimata Dia sang Pencipta diri .. betol2 .. kadang2 warna hitam merah pon dh cukop menarik =)

ammar said...

jangan dikisahkan pandangan orang....kerana pandangan Sang Pencipta (ILLAHI) lebih mulia.tiada bandingannya...berserah lah segala-galanya kepadaNya.kerana Dia lebih mengetahui tentang diri kita....

Nazatulwanis said...

erk ??
hehe
kadang2 jadi kisah jgk
ngn pandangn org >.< huhu

Anonymous said...

sekali sekala melihat telatah budak2 di taman permainan teringat masa kita kecik2 dulu..


*folo ur blog

Nazatulwanis said...

hehe =) betul2 ..
anak2 kecik mmpu mmbuat kn
insan d sekeliling tersenyum ..

indahnya dunia time kecik2 dulu
hnya pikir main jer ^_^

@Sekamar Rindu .. syukran .. folo ur back :)


Link blog sahabat