0
Komen

Sejenak ku berMuhasabah



Sejenak ku teringat akan kata2 Abu Nawas ::.

               "Ya Allah, sesungguhnya kau tidak layak untuk syurgaMu
malah tidak juga sanggup keneraka mu"

mungkin ada di antara kalian telah menghafal bait-bait ungkapan diatas dalam doa mahupun selawat ^_^ namun tahukan kamu akan asal usul azimat disebalik ungkapan tersebut... huhu yang pasti ia bukan satu rekaan


ketika membayangkan diri yang sering 
bergelumang dengan dosa
tiba tiba diri menghembuskan nafas terakhir 
Allah Allah..
bagaimanakah nasib kita yang kekal di alam kubur
dan kemudiannya di alam akhirat
amat mengerikan sekali
andai amal tidak mahu membela diri..

kuatkah diri menahan jutaan sekseaan yang tidak terperi pedihnya ??
mampukah diri bertahan di neraka ??
selesakan diri dengan segala pembalasan-Nya ??
Astagfirullah....!!
ampunkan dosa ku ya Allah ...

sesungguhnya kita amat mengharapkan syurganya walaupun kita sedar diri ini terasa tidak layak ke sana menikmatinya..dek lumpur dosa yang tidak pernah lekang daripada hati dan jasad.. andai kata setiap dosa yang kita lakukan dijelmakan oleh Allah seperti daging barah, nescaya sekujur tubuh akan hilang ditelan oleh barah-barah dosa !!

begitulah parahnya dosa kita, membiarkan diri bergelumang dengan dosa walaupun seringkali tertunduk penuh kesedaran bahawa sesungguhnya adalah tidak mungkin kita mampu bertahan di neraka-Nya !!


terasa diri begitu hina
sering meminta minta padaNya
sedangkan diri masih lalai dgn suruhanNya
allah ... allah !!!

sekujur tubuh tertunduk sujud menghadapMu
moga perjalanan ini tidak di salah ertikan
ku mohon Ya Allah ...
bimbinglah diri ku dalam mendidik jiwa ku

tidak ingin aku 
kufur dalam nikmat-Mu






0 Kuntum Mawar:

Link blog sahabat