16
Komen

Cinta Yang Tak Disambut..


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!




ingin terus bermimpi 
bertemankan suara dan usikan
menari bersama bermain setia
buatkan aku lupa akan derita silam ..

Tapi ..
aku turut di himpit resah

Andai tangan tidak di sambut
Andai kasih suci tidak bertaut
Cinta di hati ke mana ingin larut ??



Dalam diam sekeping hati menaruh rasa pada seseorang, dalam diam sekeping hati terus berdoa moga angan dan harapan menjadi nyata.. Melihat warna ceria di setiap wajah yang bermadu kasih, terdetik rasa di hati untuk turut memiliki keindahan itu.. tapi, tiada siapa yang sudi memandang niat baik mu, tiada siapa ingin melihat wajah mulus mu .. Bagaimana jika cinta ini langsung tidak dipandang?

Jika kamu memiliki kelebihan paras yang indah dan kamu memiliki segala galanya, mungkin cinta yang di inginkan akan menjadi milikmu, tetapi percayalah. . . cinta itu bagaikan sebuah jalan cerita dongeng yang di reka oleh penulis skrip tanpa unsur keikhlasan di dalamnya, kerana ikhlas dalam cinta sukar untuk di baca.

Bila hati menjerit inginkan cinta nya tapi di hati dia cinta untuk kita tetap kosong, kita bukan sesiapa di matanya.. Walaupun kita puja sepenuh jiwa, bersajak bermain seloka, kita tetap tiada makna baginya.. Kerana cinta bukan paksaan, dapatkah kau rasa aura kekecewaan ini?



Saatnya orang tidak sudi, kita harus melangkah pergi.. Menebarkan sayap cinta pada ilahi membiarkan hati mencari ruang untuk di isi, kerana cinta hadir tanpa di paksa dan cinta juga akan pergi di telan masa. Izinkan hati mu menggenggam bahagia

Duhai hati, berhentilah dari terus memandangnya. Cinta yang tak bersambut bukan satu keindahan, jangan di paksa akan senyum mesra terus terbina dan jangan mengharap jalan yang indah selamanya di hujung cerita.. Andai tiada cinta disini, melangkahlah bersama embun pagi.

Moga terbina nafas baru saat mentari mula melonjak ke arahmu.. sandarkan kekecewaan di suatu sudut yang jauh dari sekeping hati, agar ia tidak terus berkecil hati .. ^^


TingTongTingTong :: kisahnya .. selalu terjadi menaruh hati dalam diam







16 Kuntum Mawar:

mR.aSLaN said...

hee~
tinggi betul nilai semantik dalam post awk ..
hoo mood bercinta yer cik mawar?
ehem2 ni msti cinta berputik di camp ni?

takpelah cik mawar ..
jgn risaulah tentang perkara tu,
Allah dah tentukan jodoh kita sejak kita blom lihat dunia ni lagi...
jgn risau ok.

Mawar berduri said...

eh bukan .. hehe ni bkn luahan rasa hati, tp hnya pndangn dari segenap penjuru.. luarah sahabat mudah tersentuh berbanding cerita hati yg kian berteduh ..

^_^ syukran ats perigtn nya.. insyaallah, may allah bless us 4eva

mR.aSLaN said...

bless 'us' laa baru romantik sikit :-) ahahahhahaha

cik mawar guna bahasa tinggi..takut saya membacanya..

Jo Qusary said...

Pesanan utk para gadis: Don't give up on the power of love!

dill said...

meminati dalam diam dan mengharapkan dia punya perasaan yang sama sedikit sebanyak memang menyeksakan.

perasaan seperti terbuku dalam hati & jiwa. perit kadang2

dill.

nur farahin binti sulaiman said...

cik mawar.. farah suka entry nie.." cinta itu bagaikan sebuah jalan cerita dongeng yang di reka oleh penulis skrip tanpa unsur keikhlasan di dalamnya, kerana ikhlas dalam cinta sukar untuk di baca" sbb keikhlasan hnya Allah S.W.T sahaja yg dpt menilai..=)

Mawar berduri said...

aslan :: hehe btl la mawar tulis tu ^_~ may allah bless us ...eh mana ada bhasa tinggi, semua sama rata je ni :D hehe


Jo Qusary :: ^_^ pembakar semangat !!

Mawar berduri said...

dill :: susah jugak kn kalau cinta tak terbalas ... >_<


nur farahin :: hati yg suci sukar di cari.. (mcm iklan sabun lah pulak :D ehehe)

nur farahin binti sulaiman said...

heheh.. betul2.. pah tue kena basuh slalu la hati tue.. bagi suci..=)

Mawar berduri said...

hihi kalau lah blh buat mcm tu, dh lama dunia sepi tanpa sengketa..hati turut senyi tanpa derita .. kn kn ^_^

hanya bahagia mencengkam jiwa .. hahaks

Pendamba Mawar said...

like.. jiwang la...:)

ammar said...

lalalalala~
(tumpang lalu je ea...)

Pondok Usang said...

ini kisah dalam diam ku menyintaimu la nii.. =)

Mawar berduri said...

pendamba :: jiwang dalam jiwa (*_^)


ammar :: huhu sila2.. xkena bayar tol kt sini jalan kampong je .. ngeh2


pondok baru :: hehe .. begitu lah ceritanya .. =)

Miss uCu said...

TOUCHING :( Sriusly kelukaan itu akan ditelan masa, suka sgt ntry ni,semangat ilang kmbali dtg ni:)

Mawar berduri said...

miss ucu :: luka d tgn nampak berdarah, tp d hati .. entah siapa yg tahu.. kn .. hehe ape2 pn keep dis >> ^_^

Link blog sahabat