23
Komen

Awak kata hati saya keras, Tapi ..

Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!



"...Pernah rasa hati kita keras atau lembut? Betul ke hati bentuk Love?.." Bunyi soalan macam tak yakin je kan .. macam tak puas hati je kan.. Kalau hati ayam ke lembu ke kambing ke unta ke memang mawar pernah rasa keras ke lembut. Tapi hati orang, mawar tak tahu sejauh mana kebenaran keras ke lembut tu.

Keras yang mawar maksudkan "tak mudah tersinggung" "tak mudah melenting" dan "segala macam yang tak mudah........." dan selalunya hati macam ni ada pada lelaki, sesuai dengan jiwa mereka yang gagah layak menjadi pemimpin. Lembut pada pandangan mawar lebih kepada sifat ke'wanita'an, yang bakal menjadi seorang ibu dengan naluri yang lemah lembut dan mudah tersentuh.

Tapi bukan seratus peratus betul pun, itu hanya pandangan mata kasar je sebab soal hati bukan terletak pada jantina atau..... Yup! Tak percaya ke ?.. Ada lelaki yang luar nampak ganas tapi hati siap ada kolam renang lagi..  Dan ada perempuan yang hatinya keras, susah untuk melihat air matanya mengalir walau hati terasa perit.

Pendek kata, luaran tak semestinya mencermin kan diri kita, walaupun pada hakikat sebenar memang betul pun.. Tapi manusia lebih bijak berlakon di pentas dunia sehinggakan lakokan nampak macam real, sandiwara yang di hulur mampu menipu tiap mata yang memandang.




Dunia mampu berlaku kejam
tapi sinar mata itu
tidak mampu menyembunyikan kata ..
langkah kaki itu
tidak mampu membendung rasa ..

Manusia mampu mencorak kan warna
memburu impian dan harapan
sehingga tenggelam dalam
sandiwara dunia ..

Awak kata hati saya keras macam batu, tapi awak tak tahu sebak didada hanya tuhan yang tahu. Awak kata hati saya keras, tapi awak tak tahu saya tetap melangkah walau lutut saya tersungkur ke tanah. Awak selalu tanya kenapa saya tak menagis bila diri dikhianati, kenapa saya masih berdiri tanpa goyah walau mereka berpaling setia.. tapi awak tak tahu sepanjang malam saya merintih pada-Nya atas ehsan dan kasih sayang-Nya saya terus kan keceriaan saya untuk tiap mata yang memandang ..

Kerana aku juga manusia biasa, punya perasaan .. seperti kamu .. terasa malu bila menjadi bahan ketawa, terasa hina bila dijadikan bahan ejekan, terasa sakit bila diri ditinggalkan, terasa hampa bila hati di kecewakan dan aku juga akan gembira bila diri diberi perhatian. Tapi ....

Yang membezakan kau dan aku, bukan soal hati.. Tapi cara yang menjarak kan persamaan kita. Aku tak mampu menagis menzahirkan sendu, tapi akau hanya mampu menahan lidah yang kelu. Mencegah dari disakiti amat mudah berbanding merawat hati yang telah sakit sehingga kau berasa lelah..!




Mampu menjadi pelakon terhebat di pentas kehidupan..? Kau mampu lakukan..?



TingTongTingTong :: Membebel tak ingat dunia .. hehe   >_<"



23 Kuntum Mawar:

bella luna said...

entry yang best and luahan hati yang sgt bermakna,.. hati menangis siapa tahu, jiwa merintih tak menentu, namun, perlu kau gagahi, untuk terus berdiri, pasti luka itu kan sembuh kembali, smile;D

dill said...

orang nampak dari luar je. mcm mawar kate dlm hati kita & Allah je yang tahu. sakitnye, peritnye kadang2 tak dapat digambar dengan kata-kata.

tapi kadang-kadang menangis itu pun ubat. :)

dill.

Nazatulwanis said...

bella luna :: jatuh bagunnya diri kita yg rs, kan .. teringin nk bangun n x nak jatuh2 dh.. *hehe tamak*
S.M.I.L.E.


dill :: air mata mampu merawat duka,tp x mmpu menyembuh luka .. ngee~ lps ni ambil ubat *nagis* byk2..hihi
T.H.A.N.KS.

ch000tz said...

kita hanya anak wayang yang menunggu pementasan terakhir untuk penghitungan

afzalsukasuki said...

mungkin nampak keras pada sesetengah perkara..tapi hakikatnya lembut kan?wanita..sekuat2 mana mereka pun..ada bahagian lembut di dalamnya :)

Nazatulwanis said...

c'axoera :: mawar sokong 150% !! :)


afzalsukasuki :: a'ah btul2 .. walau tegas mcm mna ia ttp tulang rusuk yg bengkok :) .. hnya perlu pndai di bentuk

Pondok Usang said...

sentiasa bersihkan hati dengan Zikrullah.. =)

Nazatulwanis said...

pondok usang :: Insyaallah ^_*

Sha. N. said...

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.. Org takkan faham apa yg kita rasa..heeee

NEPH said...

hati kita bukan bentuk love....love itu jantung kot..ngeh2x...

Daddylicious said...

tiada siapa yg mampu mendengar tangisan dari dalam hati..:)

Suraya Aris said...

hati perempuan hati tisu. sikit-sikit kesian. mesti nak jaga hati orang lain berbanding hati sndiri kan :D

Nazatulwanis said...

Sha N .. betul2, sb tu xde sape sudi memandang .. >_< hnya yg mengenali mmpu merasai :)

Nazatulwanis said...

Neph :: macam nak betul, tapi x kan ada "kot" ?? hehe


Daddy :: mcm mana rupanya hati bila menagis ea?

Nazatulwanis said...

suraya :: hanya perempaun mampu memahami hati wanita lain .. :)

ammar said...

sbb kita ditimpa ujian yang besar ialah antaranya darjat kita diangkat olah sang pencipta bila mana kita harunginya dengan tabah n sabar. ^_^
chayok3.....

♛RaRa♛ said...

suka entry awak nih^-^,penuh makna yang tersirat dan berinfo buat saya :)

EmpayarUtama said...

Ada yg kata hati pompuan lembut cam kulit bawang tak pun cam kulit kuih pau...

Nazatulwanis said...

ammar :: syukran .. awk sllu ada bila diri dilanda musibah ..


rara :: trima kasih, moga bermanfaat :)


empayar :: kulit bawang lembut ke? hehe klu x silap kulit bawang nipis .. ^_^

nur farahin binti sulaiman said...

bagi farah hati manusia sgt lembut.. terutama bgi perempuan.. xleh silap skit, trus rasa sebak.. betul x mawar?? hehh

Nazatulwanis said...

btul2 .. hati lelaki pn lembut, cma cra mereka dn kita berbeza dri segi menzahirkan apa yg terpendam d hati ..

aSLaN said...

klu hati lembut lagi bagus ,
tak payah rebus lama2 ..
goreng pon sodap

Nazatulwanis said...

Mr aslan :: itu makan hati namanya ..


Link blog sahabat