4
Komen

Begini Kisahnya Dam Haji ..



Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!


Si Jejaka yang bernama Samad baru je lepas kahwin.. kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah ayah mertuanya. Tapi, ada sesuatu yang tak kena di mata ayah mertuanya. Samad ni kuat makan dan ayah mertuanya pula selalu merungut yang beras 20kg tak sampai seminggu je dah habis, selalu tak macam ni. Sejak Samad duduk di rumahnya .... cepat sagat barang dapur habis "Samad ni betul betul menghabiskan boreehh.."

Kebaikan Samad ni alim sikit, tak pernah tinggal sembahyang.. Malangnya ayah mertuanya tak pula macam tu, waktu magrib masih seronok di depan tv tengok drama.. lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan.. lepas tu tidur .. esok bangun pukul 8 pergi kedai kopi.. sembang sembang sampai tengah hari.. balik makan, kemudian tidur.. petang pergi kedai kopi semula.. main dam, bersembang mengalahkan orang politik.

Di sebabkan sama sama ada kekurangan inilah yang menyebabkan Si menentu tak berani menasihati ayah mertuanya, dan ayah mertuanya tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.. Tapi dia terus mencari idea macam mana nak kenakan Si Samad ni, marah betul dia.. dah la tak ada kerja, ni kuat makan pulak tu.. isk isk ..



Satu hari, Si ayah dapat idea nak kenakan menantunya ::

"Samad, jom kita main dam haji.." katanya kepada Samad

"Boleh juga.." kata Samad tanpa mengesyaki sesuatu.

Bila bermain sahaja dia membiarkan buah damnua dimakan oleh Samad. Dia hulur, Samad makan.. hulur lagi, Samad makan lagi.. hulur lagi, makan lagi.. dan lagi lagi lagi ..

"Eh kamu ni Samad, kuat makan betul la.. agak agak la.." katanya sambil tersenyum

"Alamak ayah mertua aku ni perli aku ni, mentang mentang la aku kuat makan.." Fikirnya dalam hati

Mereka bermain set kedua, ayah mertuanya hulur, dia tak makan. hulur lagi, tak makan juga. Tak macam set pertama.. kini dia dah bijak sikit, bila tak makan mestilah kena tangkap (sesiapa yang tak tahu main dam haji mesti tak faham cerita ni..) he he .. Kemudian ayah mertuanya dapat melangkah hingga ke haji.

Apa lagi ....

"Eh orang yang tak pernah sembanhyang pun boleh pergi haji ke ...?"

Merah padam muka ayah mertuanya.. niat asal dia nak perli menantunya, tapi dia yang terkena ..






TingTongTingTong :: Haha Jangan Main Dam Haji, Tapi Kumpul Duit G Buat Haji



4 Kuntum Mawar:

EmpayarUtama said...

hahahahahahahampeh tul :)

ammar said...

haaddooooiiii...sapa punya idea la nie....hampeh3....keh3....

Mawar berduri said...

ehehehe .. ape pun x biley :D hahaks .. hnya suka suki je

dill said...

hahaha!

dill.

Link blog sahabat