5
Komen

Berhenti Berharap


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!




Salah satu pekara yang paling menyeksa ialah cuba melupakan seseorang sedangkan orang itu tidak mampu kita lupakan . Dia sentiasa ada dalam ingatan, bayangannya bagaikan ada dimana mana . Lebih menyeksa bila ada kenangan indah (dulu dulu).. Stiap kali cuba untuk melupakan, semakin rindu pulak jadinya .

Begitulah hakikat dalam kehidupan, berkenalan jauh lebih mudah dari perpisahan . Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, kejujuran dan keberanian tapi perpisahan jauh lebih banyak memerlukan keberanian kesabaran dan kekuatan.

Kadang kadang kita perlu berani melupakannya sedangkan pada masa yang sama kita tak mampu melupakannya (macam mana tu?) .. Susah untuk terus menahan segala perasaan benci sedangkan kita sendiri tak mampu mengelak dari terus merindu !

Susah kan untuk melupakan seseorang berbanding utk mendekati seseorang..? Cuma satu saranan dari mawar, andai tak mampu untuk melupakannya, tak perlu lupakan . Mengenang kebaikan seseorang atas nama Allah adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya ..



Hidup memang memerlukan toleransi, sebab benci tu menyakitkan jiwa dan nafas seolah olah terasa sesak!.. Tapi sebaliknya jika menyayangi seseorang itu dapat melegakan nafas, menjaminkan kebahagiaan  ^^.


Namun .. Atas pelbagai alasan dan sebab tertentu, ada kalanya kita seolah olah "wajib" melupakan seseorang.. Bukan disebabkan dia tak baik, tapi semata mata kita tidak mampu lagi untuk mengingati segala kebaikannya selama ini. Setiap kali teringat, hati terlalu kesal kerana perpisahan berlaku, jiwa terasa tergarit garit dengan garpu .. Dan tatkala ini, adalah lebih baik menghilangkan segala memori dan membina kehidupan baru ..


TingTongTingTong :: Keep Smiling :) 


5 Kuntum Mawar:

dill said...

kadang-kala lebih baik melupakannya terus.

tenang jiwa.

dill.

Pondok Usang said...

kerana itu cintakan seseorang di atas pengertian cintamu pada Ilahi..

Cinta Hatiku said...

memang sukar utk melupakan seseorang yg pernah hadir dlm hidup kita... patah tumbuh hilang berganti.. tp ingatlah Allah itu sentiasa ada bersama kita..

ammar said...

HATI itu umpama KACA jgn biar ia retak.
AKAL itu umpama AIR jgn biar ia kering.
IMAN itu umpama DEBU biar ia hilang.

UKHWAH FILLAH MARDHOTILLAH

$+yL0 said...

hIdUp x sElAlUnYa iNdAh tApI yAnG iNdAh iTu tEtAp hIdUp dAlAm kEnAnGaN....

Link blog sahabat