0
Komen

Merintis sejarah

Teruna dan Dara


Aminah bt Abdul Wahab adalah gadis yang memiliki rupa paras yang cantik dalam kalangan gadis arab pada waktu itu.. Manakala Abdullah bin Abdul Mutalib adalah sebaik-baik pemuda yang mempunyai budi pekerti yang luhur dalam kalangan pemuda Quraisy sehingga dirinya menjadi rebutan..


Pasangan Aminah dan Abdullah dikahwinkan ketika mereka berdua berusia 20 tahun, mereka bercinta selepas dikahwinkan.. namun selepas tiga bulan usia perkahwinan mereka Abdullah terpaksa meninggalkan Aminah bagi membawa barang dagangan ke negeri syam (kini dikenali sebagai syria)..


Dalam perjalanan pulang dari Syam,iaitu ketika sampai di kota Yathrib (Madinah), Abdullah tiba-tiba jatuh sakit.. Oleh hal demikian Abdullah terpaksa ditinggalkan oleh rakan-rakan perniagaannya yang pulang ke Mekah.


Ketika dalam keadaan sakit, Abdullah menumpang di rumah seorang Quraisy daripada keturunan Aby yang tinggal di Yathrib.. seterusnya khabar berita telah pun sampai ke pengetahuan ayahandanya, iaitu Abdul Mutalib.. Abdul Mutalib mengamanahkan anak sulungnya Harith supaya memastikan keadaan Abdullah baik di sana. ternyata perkhabaran yang diterima mendukacitakan Harith sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di kota Yathrib..


Dia dimaklumkan yang adiknya Abdullah sudah meninggal dunia dan sudah selamat dikebumikan beberapa hari sebelumnya.. (~_~)


Berita pemergian Abdullah akhirnya sampai ke pengetahuan Aminah, dia menerima hakikat yang suaminya sudah tiada sebagai qada dan qadar daripada-Nya.. sesungguhnya ini bukanlah khabar berita yang mudah diterima.


Di sebalik kerinduan kerana sudah lama tidak bertemu suami tercinta,apabila mengetahui khabar kematian suaminya, pastinya ini adalah berita yang menyedihkan.. pada saat cinta dan kasih sayang kepada suaminya mula bersemi, Allah terlebih dahulu menjemput suaminya kembali ke pangkuan-Nya..


..ternyata Allah lebih menyayanginya..


Pada saat Abdullah pergi buat selama-lamanya, Aminah disahkan mengandung dan kandungannya berusia tiga bulan.. insan yang dikandungnya itu tidak lain dan tidak bukan adalah insan yang dapat memberi cahaya kepada seluruh alam dan insan yang bakal diangkat oleh Allah


Dia lah Nabi Muhammad.. anak yang dikandung Aminah adalah tanda pengikat cintanya kepada Abdullah, Aminah menerima kehilangan suaminya dengan pasrah namun beliau bersyukur dengan kurniaan zuriat sebagai pewaris dan tanda pengikat kasih mereka


Aminah mengharungi saat mengandungkan anaknya tanpa suami di sisi dengan penuh kesabaran dan jiwa yang kental.. segala dugaan dan cabaran diatasi dengan penuh kesabaran yang sememangnya tersemat dalam sanubarinya.


Setelah genap 9 bulan mengandungkan Rasulullah, tanggal 12 Rabiulawal tahun gajah, bersamaan 20 April 571M lahirlah Nabi Muhammad yang penuh rahmat dan keberkatan daripada-Nya..


Insan yang paling gembira mendengar perkhabaran itu adalah Abdul Mutalib.. anak kecil yang mulia, yang beru dilahirkan itu dipeluk dan didukung serta dibawa bertawaf mengelilingi kaabah sebagai tanda syukur kepada-Nya ...





0 Kuntum Mawar:


Link blog sahabat