2
Komen

Katanya cinta, tapi ...



perhatikan ungkapan di atas

erm .. agak2 nya knp wanita tu x izinkan orang yg mencintai dirinya memandang terlalu lama? dia x nak berdua2 an ataupun disentuh kulitnya? ~~

sebabnya.. wanita tu seorang yg bermartabat, mulia, terpuji, serta sangat2 menjaga kehormatannya.. wanita ini lah yg tergolong salah seorang wanita yg disarankan Allah supaya dinikahi. jelas yg lelaki dan perempuan yg bukan mahram x boleh saling memandang, berdua2 an di tempat sunyi dan melakukan perbuatan yg dilarang Allah..

"katakan kpd lelaki yg beriman,mereka p'lu menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. itu lebih  suci utk mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg mereka lakukan.."
(surah an-Nur ayat 30)

utk kaum lelaki,jgn menipu diri sendiri dgn pandangan nakal.. mungkin wanita yg anda pandang mempercayai pandangan anda tdk membawa maksud apa2.. namun  Allah maha mengetahui pekara sebenar..

"Dia mengetahui pandangan mata yg khianat dan apa yg disembunyikan hati"
(surah al-Mukmin ayat 19)

bila si lelaki berani melakukan perkara yg menjadi larangan, terbukti cintanya hanya cinta palsu.. cintanya hanya sekadar nafsu. seandainya dia benar2 cinta,pasti saja nafsunya jauh lebih besar dari cinta tu.. sebab nya cinta yg sepatutnya tulus dan suci tu dah hanyut di hadapan org yg dicintai ..

"buktikan cintamu!!" bagaimana rasanya apabila perintah membuktikan cinta itu keluar dari mulut wanita? Maksudnya tentu sekali x sama dgn lelaki.. Jika ungkapan ini keluar dari mulut si lelaki "buktikan cintamu" adalah permintaan supaya wanita menyerahkan mahkota kewanitaannya.

Ini bukan yg dimaksudkan wanita apabila mereka menuntut bukti, bukti cinta yg dimaksudkan wanita adalah kasih sayang, perlindungan dan kesetiaan.. yg pasti bukan bukti yg menghancurkan satu2 nya mahkota yg dimiliki 

Tak ada wanita di dunia ini meminta daripada lelaki yg dicintainya supaya meragut mahkota kewanitaannya, seandainya ada, pasti wanita itu orang yg begitu rendah martabatnya & x beharga diri.. Berkemungkinan juga dia dirasuk syaitan sehingga nafsu menggelapkan hatinya ..

wahai muslimah ...
jangan biarkan diri tertipu oleh cinta palsu
jangan keliru dalam memahami bukti nafsu dan bukti cinta

Rumit jadinya bila lelaki soleh jatuh cinta dgn wanita NAKAL dan KURANG TERHORMAT.. Wanita nakal itu pasti mahukan bukti2 cinta yg mendekati zina.. Lelaki yg soleh pula pantang melakukan pekara2 mcm ni.. lelaki soleh mahu kekasihnya memberikan bukti cinta melalui perubahan diri ke arah kebaikan.

"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji
Lelaki yang keji utk wanita-wanita yang keji juga
Wanita-wanita yang baik utk lelaki yang baik.
lelaki yang baik utk wanita yang baik pula ..
Mereka yang dituduh itu bersih daripada
 apa yang dituduh oleh pemuda itu
pada mereka keampunan dan rezeki yang mulia iaitu syurga."
(surah an-Nur ayat 26)

kalau wanita gatal dengan lelaki... wanita yang tanggung akibatnya
jika lelaki menggatal dengan wanita ... wanita JUGALAH yang akan tanggung akibatnya ..
~ sekadar bicara mawar .. maaf jika ada kekasaran yg terkesan di hati sahabat ~ 
hanya insan biasa yang menulis dengan apa adanya (^_^)

2 Kuntum Mawar:

ammar said...

i love this much..huhuhu..
best bngat lorh...suke3...
<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3

Mawar berduri said...

moga ada iktibar dari cerita nya :)
hehe toche2

Link blog sahabat