8
Komen

Kahwin + Paksa





*********
Sambungan dari Subjek hati remaja 

*********

Menebang balak di dalam hutan
balak ditebang menggunakan kapak
hati dipaksa supaya bekenan
diterima dengan jiwa bergolak


Biru :: weii...syoknya kawen!
Merah :: aku belum ready la.. tapi keluarga aku beria sangat nih suh aku kawen.

.................

Sebenarnya, perkahwinan merupakan satu perjalanan baru bagi seseorang. Bukan bermakna kahwin adalah penghujung cerita kehidupan, tapi permulaan! Jadi sebelum memulakan satu pejalanan yang berliku dan onak duri, eloklah kita persiapkan diri dengan ilmu alam rumah tangga. Siapa yang tidak bahagia bila jodohnya sudah tiba tapi jika jodohnya datang tanpa kerelaan hati, konflik mampu tercetus sebelum kamu mengorak langkah dengan lebih jauh. Percayalah.



Dalam perspektif islam sebenarnya tidak sah perkahwinan tanpa kerelaan salah seorang dari pasangan yang ingin di satukan. Islam menitik beratkan soal keamanan dan sangat membenci pada kekejaman. Paksaan bukan dari kerelaan mampu memberi tekanan kepada seseorang. 




Kadang kadang pilihan keluarga bukanlah neraka untuk kita, mungkin bagi pemikiran si anak, hak mereka dalam menentukan masa depan telah di tarik semula saat ibu dan ayah menetapkan dengan siapa seharunya si anak berkongsi kasih sehidup semati. Andai si anak sudah memiliki cinta di hati, mampukah si anak merelakan hatinya di miliki oleh orang yang asing tanpa cinta? 

Pilihan sendiri VS Pilihan orang tengah = BAHAGIA? 
Dalam mencapai kebahagiaan tidak perlu terlalu berharap atau bermimpi akan dipinang oleh putra kayangan.. Rupa paras bukan jaminan kamu kelihatan cantik sepanjang masa, kekayaan bukan tiket untuk kamu selamat dari dilanda musibah kesempitan.. Cukuplah memilih pasangan berpandukan islam.. Kita hanya mampu merancang dan berusaha.. Allah juga Maha Merancang untuk hambaNya..


TingTongTingTong :: Jangan salahkan cinta, kerana cinta itu suci.. 
 manusia sering mengotorkan cinta dengan dosa




8 Kuntum Mawar:

miss kecoh said...

jodoh Allah yang tentukan.. hanya Allah yang layak tentukan siapa jodoh yang terbaek utk hamba-Nya. kahwin pilihan sendri atau kuage? pada pendapat saya, zaman moden skrg.. kita perlu tentukan sndri pasangan kite..bagi saye la hehe

Mie said...

setuju2

Nazatulwanis said...

@miss kecoh mawar pn fikir cm tu .. n x berapa releven cara paksa ni utk zmn skrg

Nazatulwanis said...

@Zahrenn setuju utk kawen ke? wow ... gatal yee ... hehehe

miss kecoh said...

haha.. lau dah kahwin jgn lupe jemput..lame x mkn nsik minyak..

nur farahin binti sulaiman said...

assalamualaikum cik mawar..
frh suka sgt ayat barisan perenggan last skali tue.. sgt2 suka :)

Nazatulwanis said...

@nur farahin binti sulaiman waalaikumsalam miss farah ^_^. hihi klu x di pinang si putra, nti nama ank buh jela nama putra bg lepas mengidam :D hehe..

Rin's Blog said...

pernikahan...emm blom tau banyak cume denga cerite orang je....


hemmmm hope selalu happy la dunie akhirat bersana pasangat kelak


Link blog sahabat