0
Komen

sepasang mata menjadi hadiah





Ingatkah dikau di dalam lipatan sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah
”Aku tertarik dengan kecantikanmu”
Jawapan yang cukup angkuh
Namun mengundang seribu soalan
Bila bungkusan merah diterima di tangan

MUSLIMAT,
Contohilah wanita itu
Bukan dengan mencungkil matamu
Tetapi dengan menjaga keperibadianmu

WAHAI MUSLIMAT,
Aku sering tertanya
Bagaimana engkau masih sanggup
Memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicara
Kepada lelaki yang bukan muhrim
Apakah engkau ini berani
Menguji jiwa lelaki
Yang sememangnya dicipta Allah
Dahaga kepada keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis
Apatah lagi lelaki ini
Yang kau tahu cukup ego
Menganggap wanita sebagai hidangan
Yang boleh dibelek dan dipilih-pilih

BENAR,
Wanita ini telah menemui ajalnya
Namun diiringi keredhaan Tuhan
Dan keinsafan seorang lelaki
Yang akhirnya menjadi ahli sufi

MUSLIMAT,
Beginilah jalanmu
Tundukkanlah pandanganmu
Keraskanlah suaramu
Seriuskanlah perwatakanmu
Tampilkanlah ketegasanmu
 di kiri atau di kanan lelaki
Walau atas apa alasan sekalipun
Ketuk keegoan mereka
Bangkitkan mereka dari mimpi
Jelaskan dengan amalmu
Bahawa percampuran bukan caranya
Bahawa keseronokan adalah palsu
Bahawa di sini tiada kebahagiaan
Hanya kehancuran

MUSLIMAT,
Inilah jalannya
Lalu mungkin engkau akan melihat
Di kalangan remaja ini
Akan lahir Rijaluddin berjiwa pejuang
Sebagaimana bengkitnya
Daie bernama Hassan al-Basri
Bila sepasang mata menjadi hadiah . . .



0 Kuntum Mawar:

Link blog sahabat