0
Komen

tekad seOrang penCinta

Cinta adalah sebahagian dari pengorbanan,
dan pengorbanan adalah terjemahan kepada kesetiaan.. 
Cinta dapat melahirkan semangat, tawa dan duka 
dalam liku-liku yang kadang kala penuh misteri..

Cinta bukan melemahkan hati
bukan membawa kepada putus asa
dan bukan menimbulkan tangis sendu sendan
tapi cinta menghidupkan penghargaan 
serta menguatkan hati dalam perjuangan 
untuk menempuh onak dan duri kehidupan..
kerana tekad seOrang pencinta ada kalanya
di Luar dugaan ...

jangan bercinta kerana rupa paras 
kelak kita akan membenci ..
jika dia bukan lelaki yang dicari,
hanya pandai menabur janji
jangan disayang kerana harta
kelak kita akan hidup menderita
jika hartanya habis dibelanja,
sukarnya hidup miskin dan papa ..

jangan dikasih kerana puji,
kelak kita akan menagih janji 
jika rupa berkedut dimamah hari, 
hilang sudah puji memuji ..
jangan dicari seorang kekasih,
kelak kita akan disisih
jika kasih luntur bersih
menagislah diri hidup bersedih ..

jangan disambut salam rindu,
kelak kita menahan sendu
jika rindu tak dapat disatu
di manakah kita akan mengadu ?? ..

wahai teman ... carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman, bekalan diri hidup berteman..
wahai teman ... cintai lah dia kerana iman ..
jadikan Tuhan sebagai pasangan, baik buruk ketentuan Tuhan
wahai teman ... terimalah dia penuh kasih sayang ..
andai buruk anggaplah dugaan, andai baik pujilan Tuhan
wahai teman ... ingatlah janji Tuhan
isteri yang baik besar balasan, suami penyabar membawa kemenangan ..

"WhEn twO peOple Love each othEr,,
nOthing is mOre imperative aNd deLighful than giVing"

0 Kuntum Mawar:

Link blog sahabat