0
Komen

tentAng ciNta

jika tepat pada masa,ketika, keadaan dan siapa ..
cinta adalah kuasa yang luar biasa ... yang tiada bandingannya


SALAHKAH BERCINTA ??


"fitrah perlukan hidayah, jika tidak ... fitrah akan menjadi fitnah"


Remaja + cinta = dua perkara yang sudah sebati


Bila disebut tentang cinta, terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, Uda dan Dara yang "bersanding" di pusara atau Qaisy yang sanggup menjadi majnun (gila) kerana terpisah dengan Laila.. itu lah deretan kisah cinta rekaan dan khayalan. Namun realitinya juga tidak kurang hebat, ramai remaja yang sanggup meninggalkan ibu dan ayah demi kekasih hati..


"Nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba luruhkan,
buang emak buang saudara,
kerana kasih hamba turutkan."
ini baru sekadar pantun ... Malah ada yang sanggup menukar agama untuk memiliki cinta.
Aaahhh !!! manusia tnpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari..
kalau dalam filem Hindustan >>> cinta dinobatkan sebagai "Tuhan" <<< segala-galanya kerana cinta (mere mohabbat he!)


Rasa cinta bertandang ke dalam jiwa tanpa diundang dan diminta. Keiginan itu tak perlu dipelajari dan dicari
Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta?? TIDAK, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan.. Oleh kerana cinta adalah fitrah,maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya. Jika salah masakan Allah mengurniakan rasa cinta ?? Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, di kurniakanNya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan..


Namu Dia juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya, peraturan ini lah yang kerap dilanggar oleh insan yang sedang dilamun cinta ...Rasa cinta tak pernah salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. dan disinilah terjadinya "cinta terlarang" (cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan iLahi)


Ketika itu fitrah akan bertukar menjadi fitnah. Bila kehendak tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan Allah,maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.. Jadi janganlah kita hanya mengakui cinta itu dari Allah, tetapi akuilah juga adaNya peraturan cinta (yang juga dari Allah)


CINTAILAH SESUATU ITU SEKADAR SAJA
BERKEMUNGKINAN IA AKAN MENJADI
KEBENCIANMU PADA SUATU KETIKA
BENCILAH YANG ENGKAU BENCI ITU SEKADAR SAJA
BERKEMUNGKINAN IA AKAN MENJADI
KECINTAANMU PADA SATU KETIKA ...

0 Kuntum Mawar:

Link blog sahabat