0
Komen

Mereka Dah Sampai Seru


# Permaisuri Pertama

sahabat yang telah lama terpisah (hampir 5 tahun)

Permaisuri :: 20 tahun

Walimah di musim perayaan, nice kan ? memory raya + merdeka + kawen .. Sejujur nya macam susah nak percaya bila ada kawan bagitau yang Si Pengantin ni nak kawen, mana tak nya, dulu masa sekolah sekali n satu bilik dengan mawar, dia ni brutal kott (manusia kn boleh berubah) .. Diam diam berisi pulak kau ye Pikah, adehh macam kelakar pun ada jugak. Lama tak dengar berita kau selama ni, and Allah pertemukan kita dalam situasi yang sangat sangat menarik ^_^ 

Mawar tak sempat borak panjang dengan Si Pengantin ni sebab dia busy bergambar, al maklum aje lah kan, saat bahagia harus dirakamkan buat kenangan hingga anak cucu. Ah, im jels with yOu girl .. Tahniah ;)


ukhwah terjalain di ambang bahagia


Doa ku moga dirimu menjadi isteri yang solehah buat suami tersayang and berkekalan hingga akhirnya dalam bahagia . Tak lama lagi mawar dapat anak menakan lah yer (ha ha tak de kaitan) .. 2/9/2011 dirimu bergelar PUAN !!! .. Ngee, umor isteri 20 tahun, si suami tak pasti berapa umur dia ( malu nak tanya ) mawar agak dalam 28 macam tu lah kot . ( ramalan cuaca aje ) okey.


****

# Permaisuri kedua

Geng !!

Permaisuri :: 20 tahun

8 Jun 2011 dirimu kini bukan lagi keseorangan, kau telah bertemu dengan pemilik tulang rusuk yang selama ini dicari . Oh moga berkelalan hendakknya, amin ..  Maaf la erk, tak sempat nak ambil gambar pengantin lelaki atas sebab sebab tertentu. He he he 

***

# Permaisuri ketiga

Serasi bersama ^^,

Permaisuri :: 20 tahun

Suami isteri masing2 dah bekerja, tak macam mawar yang masih bertemankan buku2 yang boleh tahan jugaklah tebalnya . 


Jadi kesimpulannya, ramai lagi kawan mawar yang dah berkeluarga dan ada jugak yang dah punya cahaya mata ( hehe maju betol dorang nih ) tak pe tak pe, rezeki dorang awal so korang jangan susah hati pulak ye . Masing masing dah ditentukan . Bila? Dimana? Dengan siapa? Bagaimana? itu semua telah tercipta dalam perancanagn Dia Yang Esa. Usah terburu buru ( biar lambat asalkan selamat kn? ) hihi

Akir kalam . . . Salam Kebahagiaan dari Mawar Berduri 


0
Komen

Tolong Main Jauh Sikit Yer Sayang



  • Sila baca dengan nada Marah Vs Geram, Okey?


Mawar nak tanya sikit .. Hum ADAT ke BUDAYA erk main mercun tu ? Huu sila lah jawab dalam hati ye, ehem ( meh sini cek nak habaq mai ) kalau korang nak tahu sebenarnya mercun ni bukanlah budaya or adat kita, hum mungkin kita ( korang ) terikut ikut dengan budaya masyarakat lain dalam menyambut sesuatu perayaan atau merikan festival tertentu . 

* Nice mukaddimah* Tapi ni mawar nak nasihatkan sikit + banyak *

Eh kalau mercun tu bunyi macam tin yang kena pijak or kemek tu mawar memang tak kisah dan tak kuasa nak marah marah ni, kalau korang nak main sampai pagi esok pun tak apa. Tapi ini agak agaklah sayang uii .. Asal malam je dah bunyi macam askar jepun serang rumah . *Bedentum Bedentam* ! Buatnya ada jiran or orang dalam rumah ni yang sakit jantung ke darah tinggi ke, sapa nak menjawab kalau terjadi apa apa ? please answer me darling !! ( nauzubillah bukan mawar mendoakan tapi risau jugak )

tiap2 malam aku kena hambat kau!!!

Bukan nak larang korang bersuka ria malam raya macam ni, tapi biarlah berpada, kan ke lebih bagus kalau duit yang disumbangkan pada tokeh tokeh pembunuh manusia tu digunakan untuk beli barang dapur and buat open house. Boleh jugak mawar and the geng serbu rumah korang ( ziarah ) .. Amalan mulia tau, korang jugak dapat pahalanya ;)

Tapi terus terang mawar cakap tulis . Rasa macam nak je cekik cekik bebudak yang main mercun depan rumah mawar ni . Dah macam tak ada ruang lain agaknya dalam taman ni, tapi rasanya JKKK dah sediakan taman depan rumah mawar ni je pun . Huu nasib baik kanak kanak rabina yang main, kalau ayah kanak kanak rabina ni yang main sekali kompem I KILL YOU .. Ngee~ sabar sabar . Ha ha ha ( emo sudaa )

Selain dari boleh save duit dari beli mercun yang mahal giler tu ( jgn bakar duit !! ) korang blh save nyawa ! Serius tak tipu. Jari ni dah tak terkira berapa jumlah nyawa yang dah melayang akibat / bahana / padah mercun tu. Bukan mercun "POP" okey.




Bersederhanalah dalam kegembiraan, tak salah nak merikan kemenangan setelah sebulan pertungkus lumus melawan hawa nafsu, tapi jangan pula lupa diri bila syawal menjelang. Time ni syaitan dah *terlepas* dari ikatan, seharusnya kita sama sama berduka cita dalam kegembiraan ni Ramadhan telah pergi meninggalkan kita .. Mungkin ini yang terakhir kalinya kita bertemu Ramadhn right? Siapa tahu ketentuan Ilahi ..

The moral Of the tulisan is .. Tolong main jaoh2 sikit yer anak anak sekalian .. Kakak nak buat asgmnt pn terganggu sebab asyik terkejut dengan bunyi letupan yang macam nak pecah rumah ni di buatnya. Boleh sweety ? ... Thanks ^_^





sekarang jam dah pukul 2.30 pagi -_=
im so penat hari ni .. dari pagi smpai ke petang rumah dibanjiri dengan tetamu
malam terpaksa bersengkang mata untuk siap kan projek
plus gangguan pencemaran bunyi lagi .. huhu
bilakah akhirnya penderitaan ini (",) ?




Link blog sahabat