7
Komen

LOVE Rain


Mungkin ini jalan cerita gadis itu. . .

Dia (gadis itu) impikan kehidupan yang lurus, membina impian dengan hati yang mulus. Merangka kebahagiaan dalam setiap saat. Bermimpi dengan sang pelangi sehingga akhirnya dia rebah menyembah bumi. Ternyata Allah datangkan lelaki itu untuk dia merasakan cinta, tapi bukan untuk dia hidup dengan cinta lelaki itu.

Sungguh perit. Ini kali pertama dia rasakan hilangnya segala mimpi indah yang di bina.. Cuma satu yang dia harapkan, agar tiada dendam di hati seorang gadis yang lemah sepertinya, agar tiada benci di hatinya untuk lelaki itu.. Dalam sujud yang terakhir, dia panjatkan doa.. Mohon kekuatan diatas segala ketentuan. Benar, perancangan Allah adalah yang terbaik. 

Jalan cerita gadis itu mula ternoktah. Seakan akan ingin menyerah kalah. Malas bermain madah. Penat mengejar pelangi. Akhirnya dia pasrah. Dipendam cerita duka ini jauh di lubuk hatinya tanpa pengetahuan sahabat sejati, bagi dia, biarlah menjadi rahsia, agar lelaki itu bahagia tanpa pengetahuan sesiapa.

Berpisah 
Bukan kerana orang ketiga
Berpisah
Kerana belum tiba masanya
Berpisah 
Bukan angkara sesiapa
Tetapi  Berpisah ..
kerana ketentuan-Nya




:: Dia tidak akan jatuh dengan apa yang telah terjadi, malah dia akan buktikan yang dia juga mampu hidup bahagia walaupun pernah dilukai kerana dia yakin kebahagiaan itu datangnya dari Allah ::




7 Kuntum Mawar:

ammar said...

kadang2 kita berasa sendirian.sdangkan Allah sentiasa bersama hamba2Nya yang beriman dan bertaqwa.teruskanlah melangkah wahai sahabat...ssungguhnya tiada ssiapa bsendirian kerana Allah akan menghantar hamba2Nya untuk membantu mu.... (innallah hama'ana)

nUr said...

1 coretan hati y sungguh besar maknanya....=D

Mawar berduri said...

@ammar tiap insan impikan sesuatu yg indah. gadis ini x terkecuali. moga dia mampu mendidik hati dgn sebaiknya

# TQ sahabat.

Mawar berduri said...

@nUr ape lah yg besar mknanya tu ea?

nur farahin binti sulaiman said...

macam farah lalui mawar..

Hootoh Tudia said...

"Tetapi Berpisah, Kerana ketentuan-Nya" Hootoh suka dgn quote ini. Ia bukan noktah, Jika pertemuan dulu kerana izin-Nya dan Berpisah kini kerana ketentuan-Nya. Bukan sesuatu yang mustahil untuk diketemukan kembali juga dengan rahmat-Nya. In Sya Allah, dengan kuasa usaha dan doa. Gunakan ia sebaik mungkin.

zOrO said...

..segalanya...aturan NYA..brsangka baik sebaik2 jalan.

Link blog sahabat