0
Komen

subahanallah ~ indahnya ~


janganlah kau mengeluh
kerana bencana alam hari ini
sesungguhnya bencana alam itu tiada yang kekal

pemandangan bintang-bintang di langit sangatlah indah
pekara ini tidak dapat diragukan lagi ...
keindahan yang sangat menarik hati 
ia berubah dengan bermacam aneka warna yang berbeza
keindahan pada waktu pagi berbeza 
dengan keindahan waktu magrib
waktu terbit matahari berbeza dgn keindahan terbenamnya mentari
keindahan malam purnama berbeza dengan
keindahan malam tanpa cahaya rembulan
keindahan langit yang cerah 
berbeza dgn keindahan langit yang diliputi awan..
bahkan ... keindahan itu berbeza pada jam yang lain,
pandangan tertentu dengan pandangan yang lain..
semua adalah keindahan dan dinikmati dengan renungan ..

bintang yang kelihatan nun jauh di sana
bagaikan mata yang indah berkilauan 
bagaikan kecintaan dan seruan
dua bintang yang berjauhan
seolah-olah saling bersahutan ..
kelompok-kelompok bintang yang lain
bertebaran di sana sini,
bagaikan kumpulan orang-orang yang sedang berdiskusi
nun jaoh di cakerawala langit..

rembulan yang pada awal kemunculannya di suatu malam
kelihatan kecil ..
seterusnya beransur-ansur membesar pada malam yang berikutnya
hingga sampai pada puncak kebulatannya kelihatan begitu cerah
setelah itu ia kembali mengecil 
dan kian menghilang dari pandangan ..

ruang angkasa ini tidak akan membuat
manusia bosan memandangnya
dan pandangan manusia tidak akan sampai pada penghujungnya
sesungguhnya itulah keindahan yang dimiliki oleh manusia untuk dinikmati ..
akan tetapi manusia tidak dapat menggambarkan keindahan
dan kebahagiaan yang mereka perolehi dengan untaian kata-kata

0 Kuntum Mawar:


Link blog sahabat