0
Komen

:: mujahid idaman ::




Menjadi idaman..

adalah muslimin yang beriman 
yang hatinya disalut rasa taqwa 
dan  jiwanya penuh penghayatan islam..
yang sentiasa haus dgn ilmu 
yang sentiasa dahaga dgn pahala 
baginya solat adalah maruah dirinya 
yang tidak pernah takut utk berkata benar 
yang tidak pernah gentar melawan nafsu 
yang sentiasa bersama kumpulan org2 yg berjuang di jalan ALLAH 

Muslimin idaman.. 
adalah muslimin yang menjaga tutur katanya 
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya 
tidak bermegah dgn harta dunia yg dicarinya 
sentiasa membuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang 


Mendambakan..
muslimin yang menghormati ibunya 
berbakti kpd kedua org tua dan keluarga 
dia yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga 
yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam 
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan 
kerana baginya dunia adalah sementara menuju akhirat 

Qu doa kan 
kau sentiasa bersedia untuk menjadi imam 
yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi Rasulullah 
yang boleh diajak berbincang dan berbicara 
yang menjaga mata dari berbelanja 
yg sujud penuh syukur dgn rahmat Allah ke atasnya 

Moga dirimu 
bukan seorang yang suka membazir masa 
matanya kepenatan kerana banyak membaca 
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir 
tidurnya lena dgn cahaya keimanan 
bangunnya subuh penuh kecerdasan 
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan 

Mudan-mudahan
dia adalah muslimin yg tidak terpesona dgn buaian dunia 
kerana dia mengimpikan syurga 
di situlah rumah idamannya 

andainya 'dirimu' MUSLIMIN IDAMAN itu 
bertuahlah solehah yang bakal memilikimu 
doaku pada ALLAH ::
moga aku berjaya menjadi MUSLIMAH SOLEHAH 
moga kau diami usrah hasanah 

ketahuilah, 
kunci usrah hasanah ada di genggaman mu 
kiranya engkkau menjadi MUSLIMIN IDAMAN dan memiliki MUSLIMAH SOLEHAH 

seiring bersama menuju syurga idaman...

0 Kuntum Mawar:

Link blog sahabat