4
Komen

aku beruntung kerana ada kamu


dalam dunia ini kita tidak mempunyai sesiapa
kecuali diri kita...
tapi
dalam kita "bersendirian"
kita beruntung kerana mempunyai sahabat
yang memahami kita
sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan
dan kejujuran dari seorang teman,
begitu jugalah dia ..
untungnya mempunyai sahabat yang sentiasa memahami
yang selalu berada di sisi
dia mendengar luahan perasaan,
harapan,
mahupun impian kita ..
1
Komen

perpisahan

saat demi saat
terlalu pantas menyusur waktu
meninggalkan jejak semalam
yang mungkin pahit untuk digamit
mengukir kenangan yg indah penuh kiasan
saat perpisahan datang bertandang
wajah kian sugul kepayahan
lafaz kian tenat
sesungguhnya teman...
air mata perpisahan itu
sejernih embun di dedaun
bak mutiara berkilauan
menyingkap rahsia keikhlasan . . . 

lumrah persahabatan
terhiris dan terguris menguji perasaan
hanyalah satu ujian
bukan satu halangan
untuk terus berkasih sayang
... hadapi dengan iman ...
suburkan dengan kemaafan ~


Link blog sahabat