16
Komen

Seketsa Ringkas :: Curang



Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!



Semuanya berlaku lebih kurang 10 tahun yang lalu.. Waktu itu hubungan Haris dan Haziqah tidak lebih dari kasih seorang abang kepada adiknya. Namun melihat gadis itu sering ditipu lelaki yang tidak bertanggungjawab, hubungan yang pada dasarnya hanya sebagai abang angkat bertukar kepada kekasih.

Tak tahu bagaimana perasaan ini boleh hadir dalam dirinya, mungkin kerana terlalu mengambil berat serta bimbangkan keselamatan diri Haziqah. Lantas kata putus diambil agar mereka mengikat tali pertunangan.

Haris sukar mempercayai dengan apa yang terjadi, ternyata pasangan hidup yang dicari selama ini rupa rupanya berada di depan mata. Setinggi rasa syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana menyatukan hatinya dengan Haziqah.



Haris dan Haziqah merupakan pasangan yang bercinta akhirnya mengakhiri zaman bujang ke jinjang pelamin.. Namun impian yang dilakar tidak kekal lama lantaran nafsu yang sukar dibelenggu, dan terpengaruh dengan kisah lama yang mencuit ingatan. 

Sebaik bergelar pengantin baru, Haris diterima bekerja di sebuah kilang elektronik yang cukup terkenal. Mungkin rezeki isteri, gaji yang diterima cukup berbaloi untuk mereka berdua. Tidak sampai setahun usia perkahwinan, Haziqah disahkan berbadan dua dan tentunya Haris insan yang paling bahagia. Boleh dikatakan setiap hari dia membuat kerja lebih masa bagi mengumpul wang untuk persiapan bayi yang bakal lahir.

Dan kini ... Hari yang ditunggu menjelma juga, kehadiran  orang baru seakan memberi semangat buat mereka. Jika sebelum ini Haziqah sering kali meluahkan rasa bosan kerana keseorangan di rumah, tetapi kini tak lagi ..

Malah ada ketika waktu Haris pulang dari kerja pun isterinya tidak sedar kerana terlalu asyik melayan si kecil yang pastinya memerlukan perhatian yang secukupnya.. Pejam celik, pejam celik tak lama lagi mereka bakal meraikan ulang tahun perkahwinan yang keempat.

Biarpun ada yang mengatakan lelaki susah untuk mengingati tarikh tarikh penting dalam hidup mereka tetapi tidak bagi Haris, selain dari hari jadi isteri dan anaknya, tarikh ulangtahun ini lah yang selalu berada di ingatan. Seminggu sebelum itu Haris sudah sibuk mencari hadiah yang sesuai buat Haziqah. Terngiang ngiyang suara manja isterinya minta dibelikan telefon bimbit medel terbaru dengan skrin sentuh yang lengkap berinternet.

********************************

Sejak memiliki telefon baru, perlahan lahan sikap Haziqah makin berubah. Tumpuannya tidak lagi kepada anak malah aktiviti sehariannya lebih kepada melayari laman sosial di internet. Hingga suatu hari, Haris berjaya membongkar kegiatan isteri yang cuba disembunyikan selama ini.

Patutlah setiap kali pulang ke rumah, anaknya ditinggalkan bermain seorang diri sementara Haziqah tak pernah lekang dengan telefon kesayangannya. Tidak cukup dengan itu, satu bulan sekali dia akan keluar berjalan di melaka dengan kawan kawannya. Haris hanya menurut tanpa mengesyaki sesuatu

Satu hari amarah Haris sudah tidak mampu dikawal lagi. Dia tergerak hati mengambil telefon bimbit Haziqah ketika dia berada di dapur.. Sebaik dibuka laman sosialnya, tertera wajah Haziqah tanpa tudung di kepalanya dan lagak persis si anak dara !!

Bila dibuka peti pesanannya, berderet deret nama Kamal, biarpun hati terasa sakit membaca massage tersebut, Haris gagah kan hati untuk mencari bukti yang nyata.

Rupa rupanya mereka adalah bekas pasangan kekasih yang secara kebetulan bertemu kembali di laman sosial, yang mambuatkan hati Haris panas bila membacanya mereka masih menggunakan panggilan manja "papa mama" dan tentunya dia telah meragut kesucian cinta yang selama ini Haris hulurkan.

Lebih meruntun perasaan apabila Haziqah bertindak di luar jangkaan, berkunjung ke bilik hotel atas permintaan "teman lelakinya".

Tumpuan Haris terganggu bila Haziqah masuk ke bilik.. Segera wajahnya bertukar pucat bila telefonnya berada di genggaman suaminya.. Tanpa diminta Haziqah cuba bertindak untuk menjernihkan suasana, memberi alasan seolah olah menegakkan benang yang basah !!

Tanpa sebaris ayat, Haris segera keluar dari rumah sambil mendukung anaknya.. Tekad hatinya untuk berpisah dan mungkin itulah jalan terbaik bagi mengembalikan zaman remaja Haziqah.. Sungguh dia tak rela jika anaknya mengetahui kecurangan ibunya. Bermain cinta dengan lelaki yang juga suami kepada orang lain.




TingTongTingTong :: Nak Handset 3310 Boleh?


Link blog sahabat