5
Komen

Senyum Dalam Duka


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !! 

"Sesuatu isu hanya akan menjadi masalah sekiranya otak kita mentafsirkan isu itu sebagai satu masalah. Sekiranya kita menaggap itu sebagai satu cabaran, ianya akan lebih memberi kesan yang positif dalam hidup kita"

Taapp !! Bunyi suis radio ditutp kasar oleh Ana. "Pandailah kau cakap masalah takkan jadi masalah kalau kita fikir benda tu bukan masalah. Mana kau tahu apa yang aku rasa". Gadis sunti itu melepaskan kemarahannya. Marah betul dia mendengar apa yang cuba disampaikan oleh pakar motivasi dalam siaran radio tadi. Dari duduk, dia baring. Tidak selesa berbaring, dia mengiring. Ana menutup matanya rapat rapat. Dia ingin melupakan segalanya. Kepalanya terasa berat dan berserabut dengan masalah yang bertubi tubi datang dalam hidupnya sejak kebelakangan ni ..



Kalau boleh Ana ingin lari, lari sejauh mungkin untuk melepaskan dirinya daripada belenggu masalah yang ditanggungnya sekarang. Sakit kepalanya memikirkan tentang apa yang perlu dia lakukan untuk melenyapkan masalahnya. Makin cuba dilupakan, makin terbayang satu persatu masalah di ruang matanya. Tanpa disedari, air mata membasahi pipinya .. Berat dugaan ya Tuhan, keluh hati kecil Ana.

Sebentar tadi dia baru menerima keputusan peperiksaan IELTS (international english language test system) melalui pos. Dia memang berdebar menunggu keputusan, dan nyata keputusan kali ini tidak memihak kepada dirinya.. Ana gagal untuk mendapat sekurang kurangnya band 7 untuk melayakkan dirinya memohon untuk menyambung ke luar negara.

Baru seminggu lepas adik bongsunya dimasukkan ke hospital kerana demam panas. Ibu jadi tak betah menguruskan urusan rumah dan soal penjagaan adiknya secara serentak, lantas Ana ditugaskan untuk menguruskan hal rumah. Pening kepalanya memikirkan bagaimana mahu menguruskan hal rumah.

Ana paling tak tahan melayan kerenah dua orang adiknya yang gemar bergaduh sesama sendiri. Boleh dikatakan setiap hari mereka bergaduh sampai bertumbuk dan lebam. Tak ubah seperti anjing dan kucing, pantang tersalah sedikit pasti ada yang bercakaran. Ana jugalah yang penat meredakan pergaduhan mereka, kalau dibiarkan mahu juga salah seorang dari adiknya ni menempah katil bersebelahan adik bogsunya yang masih di hospital.

Ibu mesti susah hati kalau tahu keadaan di rumah sangat tidak teratur. Makan pakai tidak menentu, maklumlah anak dara yang tidak pernah buat kerja rumah yang menguruskan segala galanya. Selama ini dia hanya tinggal di asrama jadi dia tidak ada pengalaman menguruskan rumah tangga. Balik ke rumah pun sebulan sekali sahaja. Tak hairanlah kalau rumahnya tidak terurus sempurna semasa ketiadaan ibunya..

Soal bapa lagilah Ana benci untuk fikir. Dia punca masalah sebenar! Semenjak berbini muda ni tak pernah balik ke rumah langsung. Ana pun tak tahu sama ada bapanya masih hidup ataupun tidak. Dia lebih suka bapanya mati daripada menyusahkan ibunya saban hari.

Ana pun tak faham kenapa ibu hanya membiarkan perangai bapanya yang semakin menjadi jadi.. Mungkin ibu sudah tidak mahu ambil pusing lagi hal hal yang berkaitan bapanya ataupun ibu memang sudah patah hati mengenangkan sikap bapanya yang terlalu kejam menduakan dirinya.

Ana kagun dengan ibu. Walaupun banyak dugaan yang menimpa ibu, ibu tetap teguh dan jarang mengeluh. Ana ingin sekali mencontohi sifat ibu yang tak mudah melatah dan tak mudah mengaku kalah. Ana amati ibu tenang sahaja menghadapi badai kehidupannya. Tapi Ana tak mampu berpura pura seolah olah dia kuat seperti ibu. Ana rasa sakit hati tapi tak tahu nak salahkan siapa. Siapa yang menentukan hidupnya begini? Takdir Tuhankah?
"Adakah kau mahu menyalahkan tuhan?" Tiba tiba Ana terdengar suara bergema dari dalam dirinya..
"Mana boleh aku salahkan Tuhan.. Astaqfirullahalazim .." Ana berdialog dengan suara hati.
"Habis tu, kau memprotes dalam diam seolah olah kau tak bersyukur dengan segala kurniaan-Nya selama ini." Tegas suara hatinya berbicara.
"Aku cuma kesalkan kehidupan aku yang serabut dengan masalah, aku tak bermaksud menyalahkan sesiapa." Ana masih ingin membela diri walau dia sedar kesalahan diri cuma egonya masih tidak mahu mengalah.
"Kau tak perlu menyesal. Kau cuma perlu hadapi cabaran ini dengan tenang dan redhalah pada takdir Tuhan, kau akan selamat." Suara hati berkata lagi sebelum suasana menjadi sepi .
Ana merenung jauh, kotak fikirannya ligat memikirkan apa yang dia perlu lakukan untuk menghadapi takdir yang telah tertulis untuknya. Apa yang pasti, Ana sedar dia pelu redha dengan apa yang terjadi dan sentiasa sabar dalam mengharungi setiap episod duka hidupnya. Pasti sejalur cahaya pelangi akan kembali lagi menyinari cerita hatinya yang semakin hari semakin hambar.

Tiada guna untuk bersedih atas kegembiraan yang telah hilang dan ianya pasti hanya bersifat sementara. Segalanya telah tertulis sejak di Loh Mahfuz dan Allah telah memberikan peringatan di dalam kitab sucinya supaya manusia tidak bersedih hati akan apa yang telah hilang daripadanya..

Bicara ILAHI ::
" Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Loh Mahfuz sebelum kami menjadikannya.. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Kamu diberitahu sypayang kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu... " surah al hadid :: 22-23

TingTongTingTong :: Lakaran cerita dari hati Si Jelita yang kini makin dewasa  
 
 
 
5
Komen

Program "Mutiara Kasih"


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!

Baru baru ni mawar pergi ke rumah kebajikan masyarakat dekat Cheras, bertolak dari Melaka pukul 5 pagi ! .. Yes .. awal kan? He hee semangat terlebih. Bangun tidur pukul 3.30 pagi sebab AJK pogram wajib turun awal ! dan alangkah indahnya kalau hari hari bangun awal macam ni and buat solat sunat dalam kehambaan hati kepada pencipta alam.. Huu

Setibanya Dua buah bas dengan selamat di rumah kebajikan masyarakat Sri kenangan cheras , kami di sambut dengan mesra oleh penghuni rumah tersebut. 2 bas?? Yes ramai tak? Mesti bonda & ayahanda terkejut lihat kanak kanak girang lari betaburan bersalaman dan bertukar senyuman ..He hee Peace bu ..!
__
__
__

Penghuni rumah seri kenangan seramai 112 dan rata rata dari mereka adalah kaum ayah, hanya segelintir je kaum ibu ..
__
__

Senaman pagi ( rutin harian ) 
__
__

Chiken dance !! :D ( semangat btl kawan mawar tu menari )
Muzik pun belum mula lagi ! .. HAhA
__
__

Aktiviti conteng menconteng muka peserta 
kelakar sangat time ni, habis muka macho !! kihkihkih ..
Hanya peserta lelaki je yang kena :P ( selamat mawar !! )
__
__

Dalam girang , hati ini tetap hiba ..
Izinkan anakmu bicara ..

Aku anak gadis yang lincah
penuh dosa dalam langkah
namun tidak ku rela melihatmu
menyusuri hari tua keseorangan ..

Pertama kali kau melihatku
tanpa jemu kau tatap wajahku
tersenyum ...
lantas tangan lembutmu ku cium
ku hulur salam penuh kasih .

Ku tatap wajahmu
Ku sentuh jari jemari
Ku belai rambut tuamu
... Tenang dalam dingin bicaramu
Terbit rasa kasih
Tak terucap ungkapan sayang di hati .

Bicaramu mesra
Dengan panggilan "mak"
kau bersuara gigih , walau terasa perit .
Ku usap belakangmu tanda mengerti ..

Air mata kembali menakung
Sedetik wajah ibu ku terbayang
Dalam diam aku berdoa
"Moga dirimu beroleh bahagia"

* Wajah tua yang penuh kasih sayang *

__ Salam Sayang Dari Mawar Berduri __

TingTongTingTong :: Kasih Ibu Hingga Ke Syurga, Kasih Ayah Jalan Ke Syurga



2
Komen

Down ...!

Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!



Tatkala embun subuh menyapa
Sayup kedengaran suara azan
Menyeru segenap manusia di pagi hari ..


Ahh ...
Aku malas !!!

Mata ini kembali ku pejamkan
Ku sebamkan diri ..

Terasa berat untuk memulakan langkah
Terasa rindu akan kebahagiaan
Tak ingin ku lalui jalan yang baru
Kerana aku rindu waktu itu

Semalam yang berlalu
Membuatkan aku lumpuh
Dunia kini tiada lagi kejujuran !

Sukar untuk
Memahami luahan jiwa ini
Sukar untuk
Menghayati sentuhan jiwa ini

Kerana aku tiada jawapan
Yang ada hanyalah persoalan ..
Kerana aku tak mahukan balasan
Yang ada hanyalah alasan ..



Dimanakah kejujuran?
Dimanakah keikhlasan?
Dimanakah ketulusan hati?


TingTongTingTong :: Ku titipkan persoalan di hujung helaan nafas

4
Komen

Wordless Wednesday


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!



TingTongTingTong :: Orang ada, dia pun ada .. Orang nak, dia pun Nak ?? kihkihkih


6
Komen

Kupunya Sekeping Hati


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!
__
__


Biarkan jari jemari ini menari dalam irama CINTA 


Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan
Dua tangan untuk kita memegang
Dua telinga untuk kita mendengar
Dua mata untuk kita melihat
Tapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita?

Pernah korang terfikir sama macam apa yang mawar fikir sekarang ni? Hum ... Kalau tak pernah, jom kita sama sama fikirkan sekarang, pasti ada hikmahnya !! * fikir fikir and fikir * akhirnya mawar rasa ini jawapan yang tepat dari seorang insan yang jahil dengan ilmu. "Kerana Tuhan telah memberikan sekeping hati lagi pada seseorang untuk kita mencarinya" .. Dan itulah namanya C.I.N.T.A



__
__
Dialog antara titisan air mata yang tak mampu disimpan

Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi dan bertanya siapa kamu? " Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi sayang telah kehilangannya".  Siapa kamu pula ? tanya air mata si gadis ..

" Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan gadis yang saya cintai berlalu begitu saja". Jawab titisan air mata yang kedua .. ^^^

Kepada hati yang pernah terluka ::

Perasaan cinta itu dimulai dari mata , sedangkan rasa suka itu dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang , cukuplah dengan menutup telinga.. Janganlah kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai kerana cinta itu akan berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jangka waktu yang cukup lama ..

Kerana .. Cinta akan datang kepada seseorang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya , walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun mereka telah disakiti sebelumnya & kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan sekeping hati yang telah mati !! ..


TingTongTingTong :: Lambat atau cepat, cinta akan menjadi milik semua :)


8
Komen

Jom Sertai Bloglist Wanblur


Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!

Toin toin .. Moga kalian sentiasa ceria walau hati sedang berduka lara .. Wuuwuu, lupakan sebentar akan duka anda sebab mawar ajak semua yang pandai membaca untuk join satu acara nih . Ehh bukan acara lumba lari ok, dah besar besar ni tak larat nak pecut lajulaju dah . He hee .. 
__
__

Jangan Join !! kalau korang tak nak .
t.a.p.i
Jom Join kalau korang nak jadi Geng Klik sini En Wanblur

Dalam acara ni ada 3 kategori macam yang tertera pada Papan Tanda di atas tu, jadi .. Setelah difikir dan di hitung yang mana satu nak di jadikan pilihan. akhirnya . . . .  Mawar pilih yang ke 3 sebagai pasangan ( ha haa ) ..   3 - KAMI BIASA JER !! 

Setelah itu mawar nak tag 2 orang blogger betuah ni , My BFF encik Ammar & Cik Panda ..


TingTongTingTong :: Alhmdulillah selesai penyertaan ^_^

3
Komen

Sakit Yang Terpilihara

Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!
__
__
__


DOA KU
Semoga kita mendapat Cukup kebahagiaan 
untuk membuat kita bahagia
Cukup dugaan untuk menbuat kita tabah
Cukup penderitaan untuk membuat
kita menjadi manusia yang sesungguhnya
&
Semoga kita mempunyai Cukup harapan untuk membuat
kita positif terhadap kehidupan




Hiduplah aku seperti lilin 
--
Menerangi kehidupan orang lain
--
Menahan azab diri terbakar
--
Memendam duka di hati 

.... Demi ...

Mengukir senyuman di bibir

Adakah Jurusan atau kos melambangkan tahap keimanan atau kefahaman seseorang dalam agama ? Mawar bukan dalam jurusan islamic tapi itu tak bermakna mawar jahil dalam islam . Oh tidak sama sekali, Mawar lahir dalam keluarga yang diredhai dan dididik dengan ilmu Allah sejak 4 Tahun. Adakah ini gambaran tentang diri seseorang? Akan ku buktikan padamu bahawa aku bakal memberi nafas islamic dalam jurusan luar dari agama sepertimu.


Bukan Mawar :: Kamu just counselling ,
 tak tau apa yang melibatkan dengan ukhwah fillah ni,
saya mengaji agama so saya tau la
 hukum ni macam ni hukum tu macam tu
 lalalala and lalala~ . . . . .

Mawar :: Hanya diam tanpa bicara 
( dalam hati ** Ya Allah selamatkanlah hati ini dari terus membalas kata )

Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak akan berada pada diri seseorang melainkan ia menjadi perhiasan baginya dan tidak dicabut dari dirinya .. Melainkan menjadi celaan baginya ( kalau tiada kelembutan dalam diri )

TingTongTingTong :: Budi Bicara dan Bahasa Melambangkan Siapa Diri Kita :)



9
Komen

Jom Jadi Bunga Di Taman

Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!

Apa khabar si jelita dan si jejaka
Moga khabarmu sentiasa dalam senyuman ;)

Bicaraku kali ini tertumpu pada Si Jelita, maaf kan aku kerana mengabaikan dirimu duhai Jejaka .. Hanya dunia wanita untuk kali ini.. Dan kamu kamu yang segak bergaya lagi macho, di persilakan tekan pangkah andai bosan dengan melodi kelembutan ku ini . He he .. Mawar bukan menghalau yee .. Cuma bagi izin je .. =)

**===========**

Si Jelita yang menghiasi taman sentiasa indah menjadi tumpuan Sang Kumbang . Si Jelita umpama sekuntum bunga yang harum dan mampu menarik perhatian sang kumbang lantaran ada duri yang memagari diri kamu umpama Bunga Mawar membuatkan Sang Kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekati kamu .

Aku suka jika kau seperti mawar aspirasi mujahidah . Bentengkan lah diri kamu dengan perasaan malu yang bertunjangkan keimanan dan keindahan taQwa pada Allah .. Sesuatu yang tertutup tu kan lebih baik dari yang sentiasa terbuka ;) .. Kalau kita nak makan pun kita akan ambil makanan yang terhindar dari lalat . Ye dak ? Yelah , kalau ambil yang terdedah.... Sure tak lama lepas tu terkena CB !! Huhu ..

Si Jelita lihatlah dirimu .. Kecantikan itu boleh menjadi fitnah kepada Si Jejaka, hoho ( kesiankan lah diri mereka ) Seandainya pakaian malu kau tanggalkan dari tubuhmu, jadi tiada apa yang mampu menjadi perisai untuk menjaga kamu .



Ehem ehem .. sebelum Si Jelita ingin mendekati cinta hati Si Jejaka , cintailah dirimu terlebih dahulu .. Mengkaji hakikat kejadian dirimu yang simbolik . Hargailah diri kamu sebaiknya okey ;) ? CoOl seLalu !! , Jangan pAnas ! Nanti cepat layu ..


TingTongTingTong :: Jom Main Kat Taman Bunga Nak Tak ?


9
Komen

Lelaki Cantik & Wanita Gagah

Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!
( Bagi salam ni sunat je, tapi jawab salam ni Wajib tau ) 

Okey bicara soal cantik dan gagah ni pekara biasa, tapi kali ni mawar nak buat sesuatu yang agak luar biasa sebab Cantik kali ni BUKAN untuk perempuan & Gagah kali ni BUKAN untuk Lelaki .. Ho hoo ..

__
__
__
__
__


__
__
__
__


Kecantikan seorang lelaki bukan pada pejal otot badan ,
 tapi pada Rohani

Lelaki yang cantik mampu mengalirkan air mata untuk ingatan (kenangan lalu)
Dia sedia menerima segala teguran
Dia yang memberi madu setelah menerima racun
Dia yang tenang dan lapang dada jika ditimpa musibah
Dia yang berbaik sangka dan tidak berputus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemulian hatinya
seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna pada seorang Lelaki

**===========**

Kegagahan seorang wanita bukan pada fizikal tubuh badan ,
 tapi pada kekuatan perasaan

Perempuan yang gagah mampu menerima semua kehilangan
Dia yang tak takut pada kemiskinan
Dia yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Dia yang tidak meminta minta agar dipenuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri tegus atas keimanannya
seluruh kegagahan ini ada pada Siti Khadijah yang Ehsan adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan



TingTongTingTong :: Selamat Bercuti // Hujung minggu yang panjang


7
Komen

Mencari Kamu Yang Sempurna

Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!

Tatkala tulisan ini di hamparkan, mawar (aku) makin terkulai layu dek panahan angin malam yang mencengkam kalbu .. Cuaca sekarang tak menentu, kadang kadang hujan .. kadang kadang panas kat Melaka ni, mesti orang kat sini pun turut tak menentu jugak kan, He he he =P . . . Detik ini teringin rasanya untuk berkogsi cerita di ruang bisu ni sebagai kenangan andai diri ini tidak lagi menulis suatu hari nanti, biarkan bicaraku menjadi tatapan sepasang mata tanpa suara .

******

Suatu hari seorang lelaki bertemu dengan Si Bunga Mawar. Di taman itu ia hidup sendiri, warnanya yang merah merekah membuatkan mata lelaki itu bersinar kagum. Ingin rasanya lelaki itu menyunting bunga ditaman, memetik segala hasrat yang mulai basah kuyup dengan segala keinginan ( mencari permaisuri di hati ) .

Sang mawar tidak sedar bahawa ada yang mengamati dirinya .. Ya Tuhan, harumnya .. keharuman yang luar biasa tatkala lelaki itu melintasi taman itu, lelaki itu memberanikan diri untuk menyapa .

" Selamat pagi Mawar " .. Mawar tersenyum, senyum yang menyejukkan .

" Selamat pagi. Siapakah gerangan saudara sehingga pagi-pagi begini kamu berada di taman yang sepi ini ? "

" Aku berniat mencari isteri yang sempurna. Setiap hari tanpa pengetahuan mawar, aku mengamati kamu lalu tumbuhlah rasa yang aku sendiri tak mampu ungkapkan, kamu telah berikan aku keharuman lewat malam yang disampaikan angin . Aku fikir kamulah yang aku cari "

" Betulkah aku yang kamu cari ? Tak malukah kamu menikah dengan bunga sederhana sepertiku? Apa yang membuat kamu kagum? Tiada apa yang aku mampu berikan pada kamu ".

" Mawar, sudah lama aku mencari isteri yang sempurna. Mungkin inilah harapan terakhir aku. Melihat warnamu yang merah, aku terkesima . Jika kamu mengizinkan aku ingin melamar kamu. Bersama mengarungi bahtera hidup ini. "

" Kalaulah betul itu yang kamu inginkan, baiklah. Tunggu lah lagi seminggu .. Setelah itu jenguklah aku kembali."

" Terima kasih mawar, ternyata aku tidak salah memilih. Lagi seminggu aku akan datang ke sini."

*** Seminggu berlalu, lelaki itu mendatangi taman itu, langkah kaki ini disusun dengan teratur, cepat dan gemalai. Ketika aku tiba di tempat itu, tiba-tiba hati aku lumpuh !! beterbangan segala harapan yang mewarnai hati yang basah dengan tinta penantian. Mawar yang akan aku persunting, yang akan aku petik ternyata tidak lagi berada di tangkainya. Mawar itu telah luruh ke tanah merah, berselerak di tiup angin. Aku masih tak mengerti mengapa ini semua terjadi? Warna yang merah kini berubah pudar menjadi layu, tak sesegar seminggu yang lalu. Aku menghampirinya, duduk termenung seperti seorang anak kecil yang merengek mahukan mainan yang telah rosak. ***



" Selamat pagi, Masihkah ada keinginan untuk kamu menikah dengan ketidaksempurnaan aku? Inilah aku, Sang Mawar yang sempat membuat kamu kagum .. Kenapa wajah kamu tercengang dan seolah olah tidak memahami hakikat hidup ?."

" Mengapa kamu jadi seperti ini? Angkara siapakah yang salah? "

" Tak ada siapa yang patut disalahkan, ini adalah siklus kehidupan. Aku hanya mampu tabah menghadapi takdir yang membelenggu.. Inilah jalan yang harus aku jalani."

" Tapi aku mencari isteri yang sempurna Mawar.."


" Jika demikian aku bukanlah belahan jiwamu."

** Aku berganjak dari taman, kekecewaan menghantui setiap langkahku .. Air mata menderas.. Mawar yang sempat mencengkam jiwa, kini hanya mimpi ngeri yang tak mungkin aku lupakan untuk selamanya..**


Inilah kabar aku dulu, menjadi lelaki yang takut gagal dari kesempurnaan, seperti seorang pecinta yang tak jelas arah dan tujuan, menghujani kulit lepuh para bidadari, menjadikan aku gundah. Sehingga suatu malam, handset aku menjerit jerit di atas sejadah, waktu itu aku terlelap mencipta mimpi yang samar.. Aku dibangunkan oleh guruh suara RingTone dan cuba untuk amati siapa yang merani mengganggu . Arhh, aku tak peduli, mata makin dipejam sehigga mimpi bertandang .....

Aku nampak susuk tubuh datang menghampiri, begitu bercahaya! cantik rupawan! .. " betulkah kamu mencari isteri yang sempurna?" dengan tiba tiba aku ditanya .

" Ya .. Ya .. Aku mencari isteri yang sempurna . Mahukah kamu mengabulkan keingina aku yang belum terwujud ini ?"

Tidak semena mena aku terasa sejuk. Kemudian aku melihat pakaian aku serba putih !! Bukankah ini kain kafan? Aku terfikir . . . ALAM BARZAH !

" Si ... siapa kamu?" tergagap aku bersuara ..

" Aku adalah amalan kamu, aku tercipta dari kamu! Akulah isteri yang sempurna, yang selama ini kamu ciptakan sendiri. Menikahlah dengan aku sambil menunggu semua manusia kembali ke alam sunyi ini."

************************

TingTongTingTong :: Ada sesiapa yang nak cari isteri sempurna ?


1
Komen

Setitik Dakwat Mampu Membuat Sejuta Akal Berfikir



Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!

Menangis tak semestinya menunjukkan seseorang itu lemah
Bahkan menangis kerana takut kepada Allah
Boleh melonjakkan semangat seorang hamba
Untuk mengorbankan segala-galanya yang dimiliki demi Tuhannya

BUKAN

Menangis kerana ditinggalkan kekasih hati kerana cinta 
Bahkan bukan menangis kerana takut keseorangan
Tanpa insan di sisi sebagai peneman ..

***

Hiduplah sebagaimana yang kamu mahu
Sesungguhnya kamu akan tetap mati
Cintailah sesiapa yang kamu mahu
Sesungguhnya kamu tetap akan terpisah dengannya
Dan buatlah apa saja yang kamu mahu
Sesungguhnya kamu akan dipertanggungjawabkan
Dengan apa yang telah kamu lakukan ..

Jadilah kamu seorang yang tinggi dengan didikan agama
Merendah diri dengan akhlak terpuji & baik hati
Sentiasa haus dengan ilmu nasihat sebagai persiapan menjadi yang soleh & solehah


TingTongTingTong :: Dakwat mawar tetap ada untuk kamu


2
Komen

Sampai Hati Dia Buat Aku

Assalamualaikum dan Salam Senyum Mesra !!


Bicara mawar kali ini akan diringkas seringkas ringkas-ringkasnya . He he terok nye BM budak nih . Aduss, tapi tidak kisah sangat sebab mawar tahu korang mesti faham kan ;) .. Tajuk dekat atas ni macam sedih je bunyi nya, tapi mawar tetap mampu tersenyum sekarang ni. Percaya tak? Eh eh  nak bukti ke? ... Nah ambil ni >>>    =)    <<<   Haaa kan dah senyum sorang sorang ni, adoii ...

Masa ni tengah ber'emosi hampir seminggu fikiran mawar kacau dodol, baru sekarang mawar sedar dan rasa bertapa sukarnya untuk merelakan hati memaafkan orang yang dah buat aniaya pada kita. Kawan kawan penah rasa macam ni tak? rasa macam nak menagis, tapi mawar tak nak bazirkan mutiara yang mahal ni untuk orang jahat .

Dan Al-kisahnya, tadi masa lepas solat magrib mawar duduk duduk baca Quran dan sekali dengan terjemahan . (Eh .. itu pun dah bagi tahu ke) . Okey okey kembali ke panggal cerita. Sepasang mata ni tertumpu pada sebaris ayat yang bermaksud :: ... Hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani .. ::

Hati mawar menagis lepas baca kalam Allah ni ( surah al-Nur (24) : 22 ) .. Oh berdosanya aku !! Ya allah, tidak layak diri ini untuk menghukum insan lain, kerana aku juga insan biasa sepertinya.. kerap kali melakukan kesilapan . ~_~ . Mujur masih ada sahabat yang sudi merawat emosi mawar dari terus hanyut melayan hasutan syaitooon laknatullah . Huhu


Tuutt tuuttt. . . (bunyi msg)
          Dapat msg dari sahabat ::

Kalau satu hari awak nak menangis
bgitau saya, Saya tak janji nak buat awak tersenyum
tapi saya boleh menangis bersama awak ..

Kalau satu hari awak ada masalah
bagitau saya, Saya tak janji nak bagi awak penyelesaian
tapi awak boleh kongsi dengan saya ..

Kalau satu hari awak mahu berjalan pergi
bagitau saya, Saya tak janji untuk halang awak pergi
tapi saya boleh berjalan bersama awak ..

Kalau satu hari awak perlukan seseorang
untuk mendengar cerita awak
bagitau saya, Saya janji akan dengar untuk awak ..



^_^
hati kembali tersenyum dan rela memaafkan segala perbuatan 
yang telah menyakitkan sekeping hati ini





0
Komen

Wordless Wednesday



credit to :: Sahabat


6
Komen

Kembali Menatap ABC


Setalah 12 hari bermalas malasan kat rumah, kini tiba masanya harus ber-rajin rajinan di kampus .. Midtrm and kuis dah melambaikan tangan tak henti henti.. Eh, buku mana buku?? Alamak . . . Barau mawar perasan, BUKU TAK BAWAK BALIK !!! (nauzubillah) Mujurlah Nota kaki tak tertinggal sekali kat melaka tu.. Ni betul betul " cuti " belajar namanya -_+ hu hu

bekorban perasaan demi masa depan

Lepas ni mungkin jarang untuk mawar luangkan masa mengadap ruang bisu ni lagi, kalau ada time lapang tu insyaallah tak kan dilupakan ;) He he .. Moga Allah merahmati kalian, thanks sebab sudi jadi teman mawar yang tak setia ..

TingTongTingTong :: Jangan nakal-nakal ye, belajar rajin-rajin tau !


1
Komen

Poligami .. Nak ke?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Duhai Kasih Allah

Cerita kali ni mawar dapat ilham dari seorang kawan, sementara cuti masih bersisa and diri tak sibuk dengan urusan di kampus ni, senang berkongsi pengetahuan dengan kehadiran sahabat. Walau budi dan diri masih baru, tapi dari tutur kata yang dihulurkan dalam salam persahabatan amat menghargai antara satu sama lain. Insyaallah. Moga kau tetap menjadi "sahabat" :) . Credit to Encik IR 

***

Kebahagiaan Yang Dicari ATAU Kesengsaraan Yang Diimpikan ( Poligami )

Poligami is "praktik pernikahan lebih dari satu"
Monogami is "seseorang hanya memiliki satu suami atau isteri"

Allah telah berfirman dalam surah An Nisa' ayat 3 Yang bermaksud  .::.  "Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya) maka berkahwinlah wanita-wanita lain yang kamu senangi, dua tiga ATAU empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinlah seorang sahaja atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."

Ehem ehem !! Dah baca maksud dari kalam Allah ni, faham akan maknanya. Poligami tak salah jika itu terjadi dalam hidup kita, tapi mengapa kita nak marah marah jika suami minta kawin lain tanpa menceraikan kita terlebih dahulu. Jika kita isteri Pertama jangan hukum isteri Kedua !! Dia perempuan dan kita jugak perempuan, dia faham perasaan kita sebab telah dimadu kan oleh Sang Suami dan kita jugak kena memahami hati dia ( iserti ke2 ) kerana dia tak minta untuk dimadu kan. (kecuali yg jenis gedik2 dengan laki org) Percayalah akan takdir allah, sejauh mana pun kita berlari dari kenyataan ini ia tetap akan terjadi dalam hidup.

Ehh jangan salah tafsir ye, mawar bukan sokong dengan hidup berPOLIGAMI tapi mawar akur dengan kenyataan dalam ayat di atas. That's all okey, mawar tak nafi memang susah untuk berkongsi hidup, berkongsi kasih sayang, dan macam-macam lagi lah yang harus dikongsikan bila telah bermadu ( tak tersenarai dibuatnya ) kita nak kongsi barang dengan adik beradik sendiri pun agak berkira, inikan pula berkongsi hidup. right?

Bagi suami ini bones yang dia dapat di dunia, tapi belum tentu sama dengan si isteri. Bukan senang melayari bahtera bersama pasangan dan bukan mudah untuk bekorban. Rata rata suami di luar sana mempunyai keinginan nak isteri lebih dari satu, alasannya "alaa.. nanti madu ayang boleh tolong ayang buat kerja2 rumah ni, abg bukan apa.. kesian kan ayang je penat bekerja lps tu siap kan makan pakai abg lagi, itu je" . Wah wah wah bukan main murni hati si suami kalau itu lah niat utama lelaki untuk kawin lagi satu. Tapi ape kes sampai nak buka cawangan ketiga and empat?? ( ada alasan lagi ke )


Duhai Si Isteri jangan kau susah hati, dalam islam itu sendiri telah menetapkan peraturan dan disiplinnya. Soal berlaku baik dan adil kepada isteri, bukan sahaja diwajibkan untuk mereka yang berPOLOGAMI sahaja, bahkan kepada sesiapa sahaja yang berMONOGAMI juga wajib melakukan kebaikan & keadilan kepada Si isteri. Kalau Si suami cuai dalam berpoligami bukan beerti puligami itu buruk, cuma sikap perlaksananya itu yang salah. Ramai juga yang monogami tapi tetap Menzalimi isteri, tak bertanggungjawab terhadap keluarga, dll..

Kepada Encik encik di luar sana, sila jangan salah guna kuasa yang ada di tangan anda.. Kerana setiap apa yang anda lakukan di dunia akan dihitung di akhirat kelak.. ;) okeyh .


TingTongTingTong :: Daripada biar Si Suami ada perempuan simpanan >_<


0
Komen

Mereka Dah Sampai Seru


# Permaisuri Pertama

sahabat yang telah lama terpisah (hampir 5 tahun)

Permaisuri :: 20 tahun

Walimah di musim perayaan, nice kan ? memory raya + merdeka + kawen .. Sejujur nya macam susah nak percaya bila ada kawan bagitau yang Si Pengantin ni nak kawen, mana tak nya, dulu masa sekolah sekali n satu bilik dengan mawar, dia ni brutal kott (manusia kn boleh berubah) .. Diam diam berisi pulak kau ye Pikah, adehh macam kelakar pun ada jugak. Lama tak dengar berita kau selama ni, and Allah pertemukan kita dalam situasi yang sangat sangat menarik ^_^ 

Mawar tak sempat borak panjang dengan Si Pengantin ni sebab dia busy bergambar, al maklum aje lah kan, saat bahagia harus dirakamkan buat kenangan hingga anak cucu. Ah, im jels with yOu girl .. Tahniah ;)


ukhwah terjalain di ambang bahagia


Doa ku moga dirimu menjadi isteri yang solehah buat suami tersayang and berkekalan hingga akhirnya dalam bahagia . Tak lama lagi mawar dapat anak menakan lah yer (ha ha tak de kaitan) .. 2/9/2011 dirimu bergelar PUAN !!! .. Ngee, umor isteri 20 tahun, si suami tak pasti berapa umur dia ( malu nak tanya ) mawar agak dalam 28 macam tu lah kot . ( ramalan cuaca aje ) okey.


****

# Permaisuri kedua

Geng !!

Permaisuri :: 20 tahun

8 Jun 2011 dirimu kini bukan lagi keseorangan, kau telah bertemu dengan pemilik tulang rusuk yang selama ini dicari . Oh moga berkelalan hendakknya, amin ..  Maaf la erk, tak sempat nak ambil gambar pengantin lelaki atas sebab sebab tertentu. He he he 

***

# Permaisuri ketiga

Serasi bersama ^^,

Permaisuri :: 20 tahun

Suami isteri masing2 dah bekerja, tak macam mawar yang masih bertemankan buku2 yang boleh tahan jugaklah tebalnya . 


Jadi kesimpulannya, ramai lagi kawan mawar yang dah berkeluarga dan ada jugak yang dah punya cahaya mata ( hehe maju betol dorang nih ) tak pe tak pe, rezeki dorang awal so korang jangan susah hati pulak ye . Masing masing dah ditentukan . Bila? Dimana? Dengan siapa? Bagaimana? itu semua telah tercipta dalam perancanagn Dia Yang Esa. Usah terburu buru ( biar lambat asalkan selamat kn? ) hihi

Akir kalam . . . Salam Kebahagiaan dari Mawar Berduri 


0
Komen

Tolong Main Jauh Sikit Yer Sayang



  • Sila baca dengan nada Marah Vs Geram, Okey?


Mawar nak tanya sikit .. Hum ADAT ke BUDAYA erk main mercun tu ? Huu sila lah jawab dalam hati ye, ehem ( meh sini cek nak habaq mai ) kalau korang nak tahu sebenarnya mercun ni bukanlah budaya or adat kita, hum mungkin kita ( korang ) terikut ikut dengan budaya masyarakat lain dalam menyambut sesuatu perayaan atau merikan festival tertentu . 

* Nice mukaddimah* Tapi ni mawar nak nasihatkan sikit + banyak *

Eh kalau mercun tu bunyi macam tin yang kena pijak or kemek tu mawar memang tak kisah dan tak kuasa nak marah marah ni, kalau korang nak main sampai pagi esok pun tak apa. Tapi ini agak agaklah sayang uii .. Asal malam je dah bunyi macam askar jepun serang rumah . *Bedentum Bedentam* ! Buatnya ada jiran or orang dalam rumah ni yang sakit jantung ke darah tinggi ke, sapa nak menjawab kalau terjadi apa apa ? please answer me darling !! ( nauzubillah bukan mawar mendoakan tapi risau jugak )

tiap2 malam aku kena hambat kau!!!

Bukan nak larang korang bersuka ria malam raya macam ni, tapi biarlah berpada, kan ke lebih bagus kalau duit yang disumbangkan pada tokeh tokeh pembunuh manusia tu digunakan untuk beli barang dapur and buat open house. Boleh jugak mawar and the geng serbu rumah korang ( ziarah ) .. Amalan mulia tau, korang jugak dapat pahalanya ;)

Tapi terus terang mawar cakap tulis . Rasa macam nak je cekik cekik bebudak yang main mercun depan rumah mawar ni . Dah macam tak ada ruang lain agaknya dalam taman ni, tapi rasanya JKKK dah sediakan taman depan rumah mawar ni je pun . Huu nasib baik kanak kanak rabina yang main, kalau ayah kanak kanak rabina ni yang main sekali kompem I KILL YOU .. Ngee~ sabar sabar . Ha ha ha ( emo sudaa )

Selain dari boleh save duit dari beli mercun yang mahal giler tu ( jgn bakar duit !! ) korang blh save nyawa ! Serius tak tipu. Jari ni dah tak terkira berapa jumlah nyawa yang dah melayang akibat / bahana / padah mercun tu. Bukan mercun "POP" okey.




Bersederhanalah dalam kegembiraan, tak salah nak merikan kemenangan setelah sebulan pertungkus lumus melawan hawa nafsu, tapi jangan pula lupa diri bila syawal menjelang. Time ni syaitan dah *terlepas* dari ikatan, seharusnya kita sama sama berduka cita dalam kegembiraan ni Ramadhan telah pergi meninggalkan kita .. Mungkin ini yang terakhir kalinya kita bertemu Ramadhn right? Siapa tahu ketentuan Ilahi ..

The moral Of the tulisan is .. Tolong main jaoh2 sikit yer anak anak sekalian .. Kakak nak buat asgmnt pn terganggu sebab asyik terkejut dengan bunyi letupan yang macam nak pecah rumah ni di buatnya. Boleh sweety ? ... Thanks ^_^





sekarang jam dah pukul 2.30 pagi -_=
im so penat hari ni .. dari pagi smpai ke petang rumah dibanjiri dengan tetamu
malam terpaksa bersengkang mata untuk siap kan projek
plus gangguan pencemaran bunyi lagi .. huhu
bilakah akhirnya penderitaan ini (",) ?



Link blog sahabat