0
Komen

Bicara Tanpa Suara




Ringkas dan Padat . Mawar mohon maaf kalau selama dalam ruang sepi ni ada salah dan silap atau korang ada yang tak suka dengan cara mawar ke apa ke (banyak sangat kalau nak di senaraikan huhu dosa dosa dosa*) ku hulur sepuluh jari menadah keampunan dari mu .. Salah korang, mawar tak simpan lama lama . ( he he he macam korang ada buat salah pulak . ngee )

TingTongTingTong :: Peace !! Korang maaf kan tak ??


2
Komen

Fly in De Rod

  Assalamualaikum 
Salam Lebaran
Salam kemerdekaan
Salam kebebasan

Lokasi :: 
MELAKA go to SEREMBAN go to SERDANG go to SHAH ALAM go to KEDAH
 ( Home sweet Home ^,^ )

busy nya .. sesak nafas *.*

Dari Seremban mawar redah naik KTM ke serdang, singgah rumah Tok dekat Serdang . . Sempat berbuka kat rumah tok . Oh rindunya masakan tok !! kalau dekat kampus memang hari hari mengadap nasi bungkus . ~_~ cucu tok teharu ni tok tau tak?

Lepas hilangkan rindu yang kian lama terpendam, kaki terus mengorak langkah naik KTM dari Serdang fly terus pegi Shah Alam (mawar ni bukan anak orang bandar yang biasa turun naik ktm macam turun naik kereta) tak tau la pulak yang mawar kena tukar tren dekat KL Sntral !!

Mujurlah ada insan yang ringan untuk membantu hamba yang hilang arah ni (syukran..Grasias..Thanks..Matacih..) jasamu kan ku kenang . Tanpamu entah dimana ku kini . Pasrah ! Entah entah tak dapat la nak beraya sakan tahun ni kalau mawar sesat tadi . Ngee ~

Sepanjang perjalanan dari KL Sntrl tu menghala ke Shah Alam , ramai sangat manusia . Rata rata semua nak balik kampung masing masing agaknya . Sebab dorang pun macam mawar yang usong beg sebesar alam .


Alhmdllah walaupun penat seharian dalam tren kena bediri tapi tak pe, nikmat dan aura raya sentiasa bergolak dalam hati . Dalam minda ni sentiasa berlegar legar wajah bonda tercinta, wajah kasih ayah tersayang .


Walau macam mana sekali pun cara korang balik kampung halaman , mawar ucapkan semoga selamat tiba dengan apa adanya . Moga dirimu dirahmati sepanjang perjalanan . Insyaallah ..


TingTongTingTong :: Hoo hOOo Balik Kampong 



0
Komen

Semyuman Manis =)


Tak sabar nak tolong mak buat ketupat

Takbir bakal dilafaz penuh kesyukuran
Menyambut syawal yang mulia
Sesudah sebulan berpuasa
Moga sahabatku bukan sahaja selamat
Mengerjakan rukun puasa malah
Mendapat pengajaran dan keberkatan yang bermakna

Sahabatku ...
Lebaran persahabatan yang kita bina
Telah melalui banyak dugaan dan cabaran
Moga segala yang baik akan mendapat kita bina
Supaya ikatan persahabatan
Yang terjalin akan terus kekal

Sempena lebaran ini
Ingin kuambil kesempatan
Kupohon kemaafan ikhlas
Zahir dan batin (mengumpat dalam hati)
Jika ada salah silap
Sepanjang perkenalan kita (blogger)

esok mawar dah start cuti ^^,

Yuhuuu .... nak balik kedah ! 
Bye bye melaka . . jumpa lagi seminggu selepas raya
InsyaAllah .. ^_^


0
Komen

Mandat Diberi


Tak terlintas di benak hati 
untuk bersama dalam barisan kepimpinan
kerana aku bukan siapa siapa ..
hanya insan di " sebalik tabir " 

akan ku genggam kepercayaan penyarah
moga menjadi titik permulaan buat diriku ..


Ya Allah .. ku mohon agar diri ini tetap istiqamah dalam amanah-Mu

:: budak baru belajar ::


1
Komen

Piesss Piess . Tolong Selamatkan Hati Aku

Malam ke 21 puasa . . . Tahniah buat diri , moga segala amalan diterima Ilahi . Insyaallah . . Aura cuti dah sampai pada kemuncaknya , kawan kawan pun dah mula cerita segala yang berkaitan dengan raya . Uh , puasa belum berlalu kini timbul cerita baru . Kecil hati Sang Ramadhan kan . Ehh , mukaddimah macam dah lain dari tujuan je ni . he he he (gelak sopan) maaf lah erk .


Kali ni topik yang jarang dibicarakan oleh kita tapi aku pasti kebanyakan daripada kita mengalaminya termasuklah diri ini . aku amat berharap setelah korang baca kisah "Kata hati" ni korang akan menilai baik dan buruk amalan tradisi yang korang sentiasa amalkan secara diam mahupun sedar, ataupun tanpa pengetahuan orang lain .


Ianya satu perasaan halus yang sukar untuk ditafsirkan . Perasaan yang sinonim dengan kaum hawa iaitu CEMBURU . Bukan cemburu dalam soal cinta or kasih, tapi cemburu yang rumit jugaklah . Huh (mengeluh kejap)


Pernah tak perasaan cemburu anda datang dengan tiba tiba bila ternampak sesuatu yang agak sempurna or ' lebih ' dari diri korang . Tak kisah lah kalau terserempak dengan perempuan cantik yang korang sendiri pun tak kenal asal usul dia tapi boleh pulak rasa cemburu ni hinggap di hati . Kalau jawapan korang " Ya " sila teruskan pembacaan sebab aku nak ajak korang kepada satu situasi tentang kewujudan implikasi perasaan yang kurang sihat ni . Kalau korang tak pernah alami hal macam ni . Aku ucapkan Tahniah . Sebab hati korang memang A lah   ^_^


Pengalaman dari hati penulis . . .




Dia cantik . 
Dia bijak dalam pelajaran . 
Dia baik dan rajin belajar . Dan dia adalah kawan aku sendiri . 
Apa yang boleh aku katakan, aku punya rasa cemburu sebab dia bijak dan cukup semuanya sempurna di mata aku . Aku rasa pekara macam ni normal sebagai manusia, kita cenderung untuk cemburu apabila melihat kelebihan orang lain .


Tapi . . . Yang peliknya, hati aku seolah olah ada satu suara berbisik jahat untuk terus berfikir yang bukan bukan tentang dia . Setiap kali lepas solat, aku mohon doa agar Allah hilangkan tabiat buruk ni dan tunjukkan aku jalan kebenaran . Akhirnya pada petang ketika aku tengah baca Zikir Mathurat , diri terpanggil untuk membaca makna biat biat zikir tersebut . 


Aku amati akan maknanya . Satu persatu .


" Aku berlindung dengan Allah, Pencipta manusia, Raja kepada manusia . Sembahan manusia dari kejahatan syaitan yang bersembunyi . Yang melemparkan bisikan dan hasutan ke dalam hati manusia . " Surah an- Nas (114) : 1-5


Inilah jawapan yang aku temui dari terjerumus menjadi mangsa bisikan syaitan durjana ! Seharusnya aku lebih berhati hati . Aku tak rela tatkala buku amalanku dibentangkan di hadapan kita dan penuh dengan hasutan dan dengki yang kita sendiri tak tahu apa puncanya . Bertapa ruginya kita tidak dapat menjejakkan kaki ke Jannah Allah hanya kerana bisikan halus ! Nauzubillah ~


Syaitan sejak dari dulu lagi dah janji akan menyesatkan anak Adam . . Tak percaya ?? Jom buka surah Saad ayat 82 yang bermaksud " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku) , aku akan menyesatkan mereka semuanya ." Oh seram nya !! Terasa diri aku sentiasa diekori MUSOH !!






Bicara aku :: TingTongTingTong , berwaspadalah dengan bisikan hati kita yang meluahkan rasa iri hati dan benci kepada orang lain , kerana ia mudah dipengaruhi oleh syaitan yang hina . Bukan mulia tau .


 







6
Komen

Nak Warna Warni . Tak Nak Hitam Putih !!


  • bacalah kalau rajin
  • abaikan tulisan ni kalau korang malas !!
Destinasi hari ini ialah di sebuah padang permainan . Aku pun tak pasti kenapa aku pilih padang permainan kanak kanak . Mungkin aku teringin melihat keletah budak budak yang menghiburkan hati . Ya , aku perlukan hiburan untuk hiburkan hatiku yang kosong . Tapi mungkin juga aku rindukan suasana kasih sayang.

Hidup aku kosong.. Kosong sekosong kosongnya . Tiada klimaks dan tiada babak yang membuatkan orang teruja. Semuanya sama . . . mendatar . . . Tiada apa yang seronok atau menarik untuk diperkatakan . Lagipun aku tak rasa ada orang yang ambil kisah warna warni hidup aku . Hidup atau matinya aku tak siapa yang sedar sebab aku hanyalah buih kosong yang akan hilang apabila dihempas badai .

. . . Tak ramai orang sedar aura kasih sayang jelas terpancar di ruang ruang taman permainan, cuba perhatikan dengan mata hati bukan pandangan mata kasar . Senyuman sang Ibu dan layanan si Ayah kepada si Manja tersayang mencetuskan rasa cemburu yang mendalam di lubuk hati aku. Ah , pergi segala duka yang menjeruk di hati . Tidak ingin aku ingat lagi kisah hidup yang kosong dengan kasih sayang .

Aku bukan anak yatim . Aku bukan anak haram dan aku bukan anak buangan . Aku ialah zuriat yang lahir daripada perkahwinan yang sah antara Adam dan seorang hawa . Dalam asyik aku melayan hati ada seorang budak menghampiri aku sebentar tadi . Mungkin dia ingat aku melukis sesuatu tapi bila dia tengok kertas ini hanya dipenuhi denagn tulisan , dia terus belari jauh meninggalkan aku . Tak sempat walau sesaat untuk aku menggamitnya .

Aku termangu . Bosankah aku sehingga seorang budak pun aku tak mampu aku tarik perhatiannya ?. Mungkin juga kanak kanak lebih tertarik kepada lukisan yang bercorak & warna warni . Kulihat seorang lagi kanak kanak cuba menerbangkan layang layang yang mempunyai corak yang cantik dan warna yang terang. Jarang sekali aku melihat kanak kanak bermain dengan layang layang yang warnanya hitam putih .



Cuma zaman kanak kanak aku tidak diwarnakan dengan corak bewarna warni . Kanvas kehidupan kecilku dibiarkan kosong sehinggakan aku tidak tahu membezakan corak manakah yang cantik dan tidak . Apa yang aku ingat, ibu dan ayah sentiasa keluar dari rumah seawal pagi dan pulang lewat malam . Aku ditinggalkan bersama bibik yang jarang sekali melayan aku bermain atau bergurau senda sudah tentu jauh sekali . Dia hanya memastikan aku cukup makan dan kebersihan aku terjaga . Pendek kata bibik hanya menumpukan kepada asas penjagaan fizikal dan membirkan Rohani aku sepi !

Inilah corak kehidupanQu . . .

Ada sesuatu di dalam hatiku yang berkata suatu hari nanti pasti akan kutemui penawar terbaik untuk mengusir kekosongan hati ini . Penulisanku terganggu sekali lagi . Kali ini bukan seorang budak yang menghampiriku tapi seorang yang layak ku gelar sebagai kakak . Dia tersenyum memandangku dan aku membalas senyumannya . Dia menghulurkan sesuatu dan berlalu pergi, rupa rupanya dia memulangkan kertas yang telah ku tulis tadi . Baru aku sedar salah satu dari kertas yang aku tulis terjatuh . Adakah dia telah membaca isi kandungan hati ini ??.

Ada nota bahagian akhir kertas itu ~ " Walaupun tiada siapa yang mempedulikan kamu, cukuplah Allah bagimu " ~

Aku terpana . Aku mendongak mencari kelibat kakak tadi tapi dia dah pergi jauh dari pandangan aku . Ingin sekali aku mendakapnya dan mengucapkan terima kasih yang amat sangat . Tapi aku tak tahu bagaimana mahu mencarinya .

" Allah . . . " perlahan tapi cukup jelas untuk aku mendengar kalimat yang aku ucapkan .

" Allah . . . " Kusebut lagi dan lagi . Terasa seperti azimat keramat yang membasahi kekeringan hatiku . Aku tak tahu berapa kali perkataan keramat itu aku sebut sehingga aku benar benar puas . Hatiku girang tanpa punca . Yang pasti, aku yakin aku telah jumpa jalan keluar pada kekosongan hidupku yang telah lama aku pendam selama ini .

Sayup kedengaran suara azan, terasa kesegaran pada tubuhku dan aku rasa bahagia ! Aku mendongak ke langit dan tersenyum . . Syukur pada Mu kerana telah Mengetuk pintu hatiku untuk mengenali Hidayah Mu . Bulan yang mulia , makin aku kagum akan kekuasaan Mu Ya Allah . Ampun kan kekhilafan hati ini . 

Ku hayun langkah ku pantas membelah rumput hijau yang basah dek hujan yang menimpa . Destinasiku bukanlah rumah besar yang penuh dengan kekosongan tatapi rumah yang pastinya penuh dengan kebahagiaan hakiki . Aku tersenyum bahagia apabila kaki ku menjejak tangga masjid .

" Ya Allah , aku datang ke rumah-Mu untuk mengenali-Mu . Aku jahil ya Allah, bantulah aku untuk mengenali cinta-Mu . Hilangkan lah segala kekosongan di hatiku dan hiasilah ia dengan cahaya kasih-Mu ". Doaku dalam hati .

Benar kata kakak tadi , cukuplah Allah bagiku . Terima kasih atas kata katanya kerana telah menunjukkan jalan kebenaran . Semoga Allah memberkati hidup kakak dan sentiasa meletakkan dirimu dalam lindungan hidayah-Nya . Amin .
              

Firman Allah SWT ::
 " Maka katakanlah : cukuplah Allah bagiku , tiada Tuhan melainkan Dia : kepadanya aku berserah diri , dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar ." Surah al-Taubah (9) : 129


TingTongTingTong : Mawar lah "kakak" yang dimaksudkan insan ini . dapat di teka akan resah hatinya memalui penulisan yang di coret kan atas helaian putih kian usang . MOga Allah bersama mu sayang . . . dari jauh ku lihat tiap langkah longlai yang di aturkan nya . . pilu rasa hati . ingin sekali mendakapnya memberi seribu pengharapan baru bahawa dia tidak keseorangan . Allah Bersama mu selalu .




2
Komen

Memang Tak Boleh Duduk Diam

situasi :: kesuntukan masa untuk siapkan asgmnt
lokasi :: perpustakaan 
operasi dijalan kan :: selama 3 jam

budak budak tekun belajar

Seyes mawar cakap, masa dalam lbry pagi tadi memang best. bukan sebab jumpa banyak rujukan, tapi rasa macam tempat tu kami yang punya. Haha . Pegawai lab tu pon dah usha panas je dengan bebudak perempuan ni. Sekali tegur, tak makan saman (puasa kn tak boleh makan) .... Bising balik. Dua kali tegur, Diam sesaat .. lorh ! baik rupanya. tapi lepas tu tau apa bebudak ni buat smpai tak ada suara suara sumbang dalam lbry tu . . . *,*

!! snap snap N snap !!



Haha. cover sound takot ganggu semut nak tido

skarang mesti dah tau kenapa budak perempuan ni semua boleh diam dari kena cekop kan. Haha. Rupa rupanya ada projek lain yang diorang ni buat kat celah celah rak buku tuu *** zasss .. Jangan hiraukan pandangan sumbing orang lain yang ada dalam lab tu, jeles lah tu sebab tak boleh join sekali  =D .

Mawar kalau nak belajar kena ada moOd. And kalau nak bagi ada moOd, hati kena selalu tersenyum. sO gunakan kekretiviti yang ada pada diri untuk menceriakan hari hari di pekan Masjid Tanah tu . Hahaha
// Pesanan penaja beca Kota EpamOsa //


0
Komen

Bicara tanpa suara 2


nah ! ni untuk cegu .. 
 ( sambil tarik tangan mawar p kat meja dia )

"abang sayang cegu"
"cegu pon sayang abang jugak.. semua cegu sayang" ^_^


percaya x budak umur 4 tahun buat benda ni ??
sangat kretiff .. terharu ...!
0
Komen

Benarkah kau cinta

Benarkah kau cinta,
Pada Sang Pencipta
Yang mencipta dirimu dengan segala keelokan
Yang mencukupkan dari segala kekurangan..
Sedang dirimu masih lalai menunaikan amanah,
Pancainderamu kurang digerakkan ke arah redha-Nya
Bibirmu masih berat mengucapkan kalimah-kalimah zikrullah,
Sebagai bukti rasa cinta seorang hamba..

Benarkah kau cinta,
Pada susuk tubuh mulia bergelar utusan Allah
Penyampai risalah agung, pembawa rahmat sekelian alam
Tika sunnah hidup Baginda masih jauh dari pengamalan
Selawat dan salam tiada kedengaran
Begitukah pameran cinta seorang umat.
Benarkah kau cinta,
Pada dua insan yang melahirkanmu
Menjaga dan mendidikmu sehingga mengenali diri
Tetapi kau masih tak mengerti
Bagaimana membalas jasa suci
Membiar diri hanyut dalam fana duniawi.
Benarkah kau cinta,
Pada sahabat yang sentiasa menjadi pendampingmu
Bersama berkongsi rasa suka dan duka hidupmu
Tetapi ma'ruf jarang sekali kau ajaki
Perkara mungkar susah sekali ditegahi
Beginikah luahan cinta seorang sahabat sejati.
Fahamilah makna cinta
Jangan kau kelam dengan kalimahnya
Agar Iman tidak terus dirosak munafik
Carilah jawapan dalam kembara hidup ini
Kepada sebuah persoalan
Benarkah kau cinta...
ingin ku kirimkan rasa sayang dan rindu ini buat mu
:: moga hati ttap utuh dalam kiriman cinta ilahi ::


9
Komen

Saya Anggun Berbaju Kurung

waahh penat nya mata ni dari tadi tekebil kebil terpandang memandang tulisan dalam teks ni. Oh asgmnt =_= ...! zaaass .. nak lari jaoh jaoh dari kertas putih 

amik berok band tajaan bunda kesayangan ni and terus on line blog. baik nye anak ibu ni kan. tiba tiba !! ada satu contest ni mawar jumpa dekat blog si dia yang memang pemes bin meletop orang nya sape lagi kalau bukan budaklelaki ni ade join acara baju berbaju .. hahaks :) comel comel


tekan sini kucing meow meow
macam yang mawar cakap, ianya So sweEtt ..

contest ni mudah je. hanya perlu tampal gambar korang pakai baju kurung dan kalau lelaki kena baju melayu. eh eh nak pakai ke baju kurung? Ops .. jangan tau .. >.< nanti mawar pejam mata rapat rapat


ting tong ting tong. gambar ni di ambil masa muka tengah lapar sebab tunggu bilal masjid azan magrib. hehe waktu ni mawar join majlis berbuka bersama ahli kakak adik jiran studnt kuim dekat restoren terapung dekat Kuala Sg baru. dekat je dengan kediaman kolej mawar.. (berapa banyak dekat daa) kebetulan masa ni mawar pakai baju kurung.. selalu jarang pakai kurung dan kerap kali sarung jubah je sebab mudah n simple :) ...

Hah.. dh siap atur cara majlis ni ^_^ moga berhasil .. walaupun agak tergelincir

TingTongTingTong :: jum serbu ramai ramai
0
Komen

Fitrah >> Fitnah





cinta itu fitrah dan apabila Fitrah bertukar menjadi Fitnah


jangan biarkan diri bertasbihkan cinta tapi biarkan "cinta bertasbih" kerana Allah yang satu




suburkan cinta dengan baja zikrullah

siram kan dengan air ketakwaan

moga ia subur dengan keimanan


1
Komen

Bukan sekadar lafaz





Ya Allah.. jauhkanlah kami daripada mengulit mimpi indah dalam cinta yang semakin hari semakin menjauhkan kami daripada Mu. tuntunlah hati ini untuk mengenali cinta Mu, mendahulukan cinta Mu dan tidak menduakan Cinta Mu..




mana mungkin rasa cinta ini
ku curahkan untuk lelaki yang alpa
lupa pada cintanya pada pemilik cinta
mana mungkin rasa cinta ini
ku serahkan kepada lelaki yang kedekut
kedekut untuk mengucapkan ayat-ayat cintanya pada pemilik cinta
mana mungkin cinta ini 
ku amanahkan buat seorang lelaki yang culas
culas dalam melaksanakan amanah pemilik cinta
mana mungkin ku merasa bahagia
jika aku menjulang-julang pemimjam cinta
tapi mengetepikan pemilik cinta 

barang siapa yang cintakan sesuatu, maka dia akan menjadi hamba kepada apa yang dicintainya.. barang siapa yang mencintai sesuatu, maka dia banyak menyebutnya, mengingatinya dan memikirkan nya (ibnu Ata'illah - dalam kitab Al-hakim)

setitik dakwat mampu membuat sejuta akal berfikir =)



3
Komen

Harus kau tahu . . .


~dengar kan bisikan ini ~

Saat kita berbaring di bawah bintang-bintang
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku..

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli, 
Hari demi hari, dan selamanya, 
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci, 
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku..


Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama, 
Merasa sakit atau kemanisan bersama, 
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku..

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita. 
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi, 
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas..

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya. 
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya, 
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..


Hasil Nukilan: Dingin Bayu

***

terdetik di hati untuk menyatakan akan hal ini, sebelum ni dah bersawang lama lama lamaa nya folder madah indah hiasan hati tersimpan rapi dalam file lolipop mawar ni, nasib bukan selama2nya ia bersawang .. baru berkesempatan utk menatap kembali dengan mata hati.. 

sekilas mata menatap, iras iras bicara cinta
sekerdip mata melihat, persis seribu pengharapan dari hati si bulan untuk tatapan bintang pujaan .. sehingga sanggup kehilangan apa saja asal kan bukan *dia* yg tercinta ! Oh .. sungguh puitis .. !

bila cinta mula berputik di hati, orang yang dulunya lurus bendol, dh mula pandai selok belok dunia, orang yang sebelumnya skema, kini dah mula segak bergaya, yang dahulunya berhati batu, kini kian berbunga hatinya dek panahan cinta.. benar kah ??

Allah.. allah ... allah ..
andai kata cinta yang di hulurkan itu pada Dia yang Maha Pencipta Cinta
alangkah indahnya .. alangkah berTUAHnya .. alangkah bagusnya 
kerana kata kata mu " tak mampu hidup tanpa dia si kekasih hati andai cinta dia hilang dari mu" 
iye iye je tak boleh hidup ? frust sekejap je .. lepas tu hidup mu akan kembali sedia kala ..

moga allah tetap di hati kamu.. mahupun hati ku .. agar cinta yang di miliki juga seiring sejalan dalam meraih cinta Agung itu .. amin amin amin ^_^ 


.:: couple halal ba'da Nikah ::.

Link blog sahabat